Sep 24, 2010

Kak Wati

Lewat sebulan dua ini, tanyalah sesiapa pun...
apa dia topik perbincangan tatkala beraya..rata2 akan sebut tentang kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati & 3 yang lainnya....malahan, mungkin beberapa kes2 sebelumnya...

Kadang2 naik muak dgn suratkhabar2 yg sengaja meletakkan 'headline'2 sensasi, sekadar utk meraih 'rating' & jualan yg tinggi...

Utk kami sekeluarga, lebih mengenali beliau dgn nama Kak Wati.
Secara ringkasnya, ibu bapa Kak Wati merupakan anak angkat kepada keluarga sebelah mertuaku.

Sedari 2005, aku berpeluang berjumpa dgn Kak Wati.
Masa tu dia membuat kenduri doa selamat atau istilah zaman sekarang 'house-warming' di banglo mewah Taman Harmonis, Gombak. Kak Wati menyewa 2 biji bas utk mengangkut ahli2 keluarga dari Seri Medan, termasuk mak ayah mertua aku..

Sekitar 2006/07, baru2 lepas kahwin. Aku ke Tenggaroh, Mersing utk menghadiri satu majlis perkahwinan. Masa tu hanya ada Kancil, so terpaksa pinjam keta sahabatku Mohammad..PFX8870 (entah di mana kereta tu ye skrg?)
Di sana, aku berpeluang duduk semeja dgn Kak Wati & Nash (sebelum bercerai)..

Antara kenangan yg tak bole aku lupa ialah kali pertama beraya di rumah Kak Wati di Seri Medan adalah...
Kak Wati tidak menggunakan sampul duit raya...
ibarat seperti konduktor bas sambung2...pegang note RM100, RM50 & RM10 sebijik mcm pegang tiket bas...
Bayangkan kalau bapak budak mcm aku ni pun dihulurnya RM50 dgn selambanya..
Mak ayah lagi la, 2-3 helai note RM100...

Bilamana hari raya kedua, kebiasaannya akan ada open house di situ..seluruh kampung & kampung2 bersebelahannya akan turut serta..

Tak sangka, semua itu tinggal kenangan...
Sebenarnya, bukan wang ringgit jadi ukurannya..
Kemurahan hati Kak Wati, aku yakin sesiapa yg mengenainya secara peribadi pasti tak akan lupa...
Kerana itu juga, ramai yg ambil kesempatan...Byk juga cerita yg aku dengar dari mertuaku...Begitulah orang byk duit agaknya, ibarat gula yg dihurung semut...

Semoga....rohnya ditempatkan di syurga...
diampunkan dosa2nya & diganjari setiap amal kebaikannya...Amin...

Sep 16, 2010

Exposé (Soft Mode)

I must admit, my earlier posting was way too harsh, depending which side you are looking from..

The outburst, although true, might not be appropriate.

I was speaking through my heart. And I felt so relieved after that tell-all posting.
Mind you, it was just 50%-60% of the whole story.

Nevertheless, at least, people around me, who questioned my reaction during 2nd Raya (on the reception day at Pt. Sulong) will know why I behaved that bad..Somehow, I grateful, I still managed to control my anger, to ensure no unnecessary incident which might bring shame to Ayah, Atok Mok & the rest of my family. Something that I may regret for the rest of my life.

The only reason I wrote the other day, is to explain...what I feel all this while.

Ayah, the most patient person I ever met, is ever-forgiving. Every time Ayah asks me to be forgiving, I told him all I need is time. Hope Ayah will understand that.

After my exposé, I feel much better.

Yesterday, Y & A went back to Putrajaya. We shook hands, witnessed by Ayah. His prayer is answered. Again, I told them, all I need is time. It is so difficult to forgive, what more to forget. I may not possessing such a great character as Ayah. But I know, time will heal.

For what I did & wrote, I ask apology. I may reveal 'aib' & weaknesses of my own blood sister, which is forbidden as Allah reminds in Surah Al-Hujurat.

I won't create reasons to justify & claim whatever I did were all right.

I am just a normal person....anger, hatred &  all 'mazmumah' deeds misled me to do inappropriate actions.

Doesn't matter, who is right & who is wrong. 
Damage is done.
Let bygones be bygones.

I already did what I believed the best for everybody.
I will move forward and always pray for the best.

May Allah bless  & guide me for every single thing that I do in this world.
I ask for forgiveness, strength to follow the path of Rasulullah..

You my dear readers, are the witnesses, when my death came, that I have no more heart feeling for this ill-fated episode, one of the greatest test of my life so far...

Wassalam....


p/s: thanks for your comments & smses. I am grateful to have good friends surrounding me..

Sep 13, 2010

Exposé (Untold Story)

2008
Sekitar April, Y cuti semester yg panjang. Kerja part time di Giant Muar, jual tudung, bertaukeykan seorang warga Pakistan.

Masa tu, Atok Mok mula bimbang, jangan2 la ‘tersangkut’ dgn budak tu…
Hati2 bila dia beri makanan, arwah Mak & Atok Mok selalu pesan Y.

Sebulan sebelum raya 2008, aku dapat panggilan phone dari budak Pakistan tu, A namanya. Dia bagitau hasrat hati nak berkawan dgn Y, bla..bla..bla…

Aku, as any person around me knows, bukanlah seorang yg suka prejudis. Conclusion daripada perbualan kami kira2 sepuluh minit itu ialah, dia nak ‘melobi’ agar aku bagi support & endorsement bila Mak & Ayah tau perhubungan mereka. Pada aku takde masalah.

Bercakap melalui telefon, susah la nak judge kan. Tapi, as far as I am concerned, aku tiada halangan asalkan niat ikhlas.

Aku ajak dia datang rumah raya nanti.
Raya 2008, datanglah manusia bernama A ini ke rumah. Sebelum tu, dia pernah ke rumah jumpa Mak & Ayah. Mak & Ayah dah pre-empt aku, agak hesitate dgn budak Pakistan seorang ni. Bukan sekadar soal kewangan. Fizikal & taraf pendidikan  juga. Ye lah, Mak Ayah tentunya mahukan yg terbaik utk anak2nya. Kene ambil kira soal sekufu atau tidak.

Tolak soal2 material & fizikal ke tepi, pada aku bukan semua warga asing tu buruk. Di PwC, aku pernah team-up dgn seorang budak Pakistan masa audit di Plaza Sentral. Usman namanya.
Pokok pangkalnya, hati budi & akhlak baik. Fullstop.

1st impression, aku teragak2. Mungkin cara pakaian yg rugged, mungkin air muka yg ‘tut’. Tapi aku masih mampu bersangka baik saat itu.


Dia bawa sekali bermacam butir dokumen utk diendorse kami sekeluarga.
Bawak buku bank berbalance RM20,000 (sila wow OK), working permit, sijil berhenti sekolah (taraf SPM kalau di Malaysia) serta dokumen2 lain etc.
Aku pun tak le arif sgt soal working permit, PR etc. Belek2 dokumen lebih kurang..

Mak Ayah tanya pendapat aku. Aku pun tak tau nak cakap apa. OK la kot. Pasal takde apa2 reason utk aku kata tidak. Walaupun duit kat bank tu, anytime bole jadi RM0.00 (cam aku le tu..hehehe). Mak agak risaukan soal financial. Mak mana yg sanggup tengok anaknya melarat…
Pendek kata, jika kita mengiyakan kali ini, maka akan lebih jauh perhubungan mereka & lebih serius.
Mak Ayah putuskan utk izinkan berkawan biasa sahaja..

2009
Y graduated tahun 2009 (kalau tak silap aku). Chambering pula di Wangsa Maju.

Kerap juga Y pulang ke Muar, & pastinya mereka akan bertemu.
A ada sebuah Iswara..setiap kali jemput Y siap parking depan rumah. Ayah pernah meluahkan hasrat kurang senang dgn caranya itu.
Mana taknya, seingat aku, tak berani walau sekali aku nak menjemput wife aku (masa tgh bercinta) kat rumah. Kalau pun tak takut Allah, at least segan la dgn orang tua..

Kebetulan sekali aku balik ke Muar, masa tu nak dihantarnya Y ke rumah selepas keluar berdating. Aku ternampak Y siap salam cium tangan.
Amboi!!!!!

Masuk2 rumah, aku terus sound Y. Belum apa2 dah berani buat camtu.
Selang beberapa jam, A sms aku minta maaf on behalf dia & Y.
Dia bagitau mereka betul2 menyesal & takkan buat lagi. Siap pujuk rayu aku bagitau Y betul2 sedih bla..bla..bla…
Aku reply simple aje, minta maaf dgn Allah..
Sesungguhnya, aku pun bukanlah mulia sangat.
Tapi, agak2 la beb…..Jaga sikit batas tu.

Sebulan dua sebelum puasa, aku dpt panggilan telefon dari Ayah.
A & Y nak bernikah raya nanti. What?!!
Ayah minta pendapat aku. Aku tanya Ayah balik, Ayah OK ke?
Nada Ayah ragu2, tapi mengenangkan akibat2 buruk kalau hasrat tak dipenuhi, maka Ayah pasrah. Ayah pun ada bagitau, semua ahli2 keluarga lain tak setuju. Aku pun cakap la, kalau Mak Ayah setuju, aku ikutkan sahaja. Soal buah mulut orang lain, nanti akan diusahakan sama2. 

Mak pun tertekan. Puas juga nasihatkan Y supaya tak payah nikah dgn A tu. Tapi sejak sedari kecil, sukar utk tidak menolak sebarang permintaan Y.
Dan Mak pun ikutkan saja, bimbang takut kahwin lari dan sebagainya. Lagi la malu….
Tempoh puasa & raya tahun 2009 amat mencabar buat aku.

Setiap seorang yg aku jumpa, tiada langsung yg menyokong tindakan Mak Ayah ini.
A.M. menitiskan air mata di depan mata, disaksikan wife aku. Mintak sangat2 supaya dipertimbangkan semula keputusan ini.
Ditambah ahli2 keluarga yg lain, masin mulut A.M. ni. Harap2 sangatlah dibatalkan saja hasrat tu.

Aku jadi keliru. Masih ada secebis baik sangka pada hubungan mereka berdua, walaupun sedikit tercalar oleh insiden cium tangan itu…

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum majlis nikah (lebih kurang hujung Syawal 1430H / tahun 2009)....Entah kenapa, A minta tangguh majlis. Alasannya beberapa urusan yg belum selesai. Sepatutnya minggu tu mereka (A & Y) bersama2 Ayah harus ke Johor Bahru utk urusan interview dgn Ketua Kadi Negeri (begitu strict Johor punye urusan pernikahan, maskahwin je murah lagi RRM22.50 aje…)

Setahu aku, antara dokumen yg akan Pejabat Agama minta adalah surat pengesahan status bujang/berkahwin dari Majlis Agama di Pakistan tu.
Entah sampai sekarang Ayah tak tunjukkan pada aku. Berdasarkan perbualan aku dgn Ayah, surat yg difaks tu agak meragukan juga..

Masa tu, memang turning point yang terus menutup ruang utk aku berbaik sangka dgn si A ni.
Paling aku geram, setelah semua persiapan (catering dah ditempah, tok kadi dah diberitahu etc), suka suki je nak postpone last minute!!!
Bila aku renung2, mungkin ada hikmahnya…Bila cakap dgn Mak Ayah, diorang pun OK. In fact, masa set appointment ngan Ketua Kadi, Ayah ada bagitau juga harap2 Ketua Kadi tu dapat nasihatkan Yan tentang risiko2 berkahwin dgn warga asing ni.

Bermula dari situ, bermulalah sebuah episod baru.

Dibantu beberapa ahli keluarga yg lain, kami discovered permit yg digunapakai A selama ni, sejak lapan tahun sudah adalah permit pertanian. Maknanya pekerja di ladang etc. Tapi disalahguna hanya sekadar syarat melepasi sempadan Malaysia. Di sini, dia berniaga.
Terus aku terkenangkan dokumen yg ditunjukkan pertama kali berjumpa. Kat situ seingat aku siap ada title “Managing Director”..Cewah...

Oh, Ciki tertipu!!!

Berniaga, memanglah sunnah..Tapi kalau agak2 Rasulullah masih hidup, adakah baginda akan menyalahgunakan permit, membelakangkan peraturan yg ditetapkan oleh sesebuah pemerintah???? Ikutkan Y, ini sekadar fitnah dunia. Fine, Aku tak pandai sangat bab2 agama ni…
Bukan budak KISAS la katakan…

Pernah sekali, A ditahan di pusat tahanan PATI di KLIA kerana overstay. Menangis sakanlah Y. Mak & Ayah terpaksa meneman.
Ingat lagi kata2 Mak masa tu. Menangis bagai nak rak. Cukup tak berkenan Mak dgn peristiwa tu.

Dalam pada itu, Mak & Ayah terus ikhtiar berjumpa ustaz2 minta agar dilembutkan hati mendengar kata Mak Ayah.

Masa terus berlalu.

Ada sekali aku berjumpa Y di Alamanda, Putrajaya face to face, meluahkan rasa kurang senang kami semua dgn perhubungan mereka.
Y hanya diam, menangis…Aku cuba terangkan sebab2 kami tak bagi kahwin dgn A.
Even Ayah pun secara peribadi tidak senang. Tapi dek sayangkan anak perempuan yg seorang ni, terpaksa mengalah.

Kemudian aku arrangekan pertemuan dgn A, juga one to one di One Utama, utk meluahkan pendirian kami sekeluarga.

Aku explain satu persatu dgn dia. Bukan soal rupa, taraf pendidikan yg kami persoalkan. Satu2nya reason utk kami membantah perkahwinan ini adalah kerana bimbangnya Mak Ayah sekiranya A membawa pulang Y ke Pakistan lantas terus menetap di sana. Mendengarkan kisah2 klise, tentang Pakistan yg mengongkong isteri, menjadikan isteri ibarat hamba yg harus sentiasa patuh & taat without fail kepada suami.
Memanglah A cuba menyakinkan aku bahawa dia benar2 ikhlas & plan nak menetap terus di Malaysia.

Banyak lagi soal2 berbangkit, soal anak2, soal PR dsb.
Pendek kata, terlalu banyak risiko yg terpaksa kami sekeluarga tanggung jika terjadi apa2 kelak.

Aku minta, siap merayu agar renggangkan hubungan. Mungkin ambil masa, tapi slowly but surely tentu boleh. Tu je permintaan kami sekeluarga.

Ternyata, tak diendahkan rayuan aku tu...
Mereka terus berhubungan. Zaman skrg, bukannya mcm dulu2 bole dikurung anak dara dlm bilik. Y memiliki kebebasan mutlak. Apa lagi yg mampu dibuat utk menghalang.
 
Sekitar Dec, 2009 . Hari Ahad ptg… Y dtg di rumah aku. Lepas Maghrib & mandikan Amierah, Y terus tido.
Malam itu, banyak kali Ayah telefon tapi Y tidur mati langsung tak sedar. Aku angkat panggilan Ayah. Ayah bimbang kerana malam sebelumnya, dikatakan dia tak tidur kat rumahnya di Putrajaya. Terkejut gak aku mendengarnya.

Tanpa fikir panjang, terus aku browse segala sms dlm phone Y, kot2 ade klu ke mana Y pergi semalam.
Lantas aku terbaca beberapa sms yg membangkitkan api amarah aku

Antaranya, (without missing a single dot)
From A to Y (8:16am 27/11/09):
“Xpe la. Zairy pn dah gler skrang. Blik nnti nak jmpe die n n hentam die. Sayng tdo dlu la. Nnti abg call k. Nite mmuahh.”

Cepat2 aku forwardkan sms2 yg relevant ke handphone aku. Bahan bukti tu Joe!!
Aku bluetoothed juga beberapa foto yg aku kira amat melampau & tak bole diterima.
Antaranya:-



Aku terus call A & menengking sekuat hati. Tangan aku mengigil. Wife aku pelik, tak pernah nengok aku berperangai ala2 Hulk Hogan…
Memang kalau A ada depan aku, rase2 dah bertumbuk dah aku.
Aku cakap nak jumpa skrg. Dia dgn nada tak bersalah hesitate nak bagitau aku, dia kat mane masa tu.
Aku kata, nak jumpe die secepat mungkin. Biar settlekan once & for all!!!!

Aku kira malam tu ada communication between A & Y. Subuh esoknya, masa balik dari surau, keta Y dah takde. Mungkin Y dah tau aku marah2 mlm td & aku dah geledah phone die.

Mak Ayah sejak pagi dah call aku kat ofis, tanyakan perkembangan. Aku cakap memang nak jumpe budak celaka tu..
Dari percakapan Mak Ayah, bunyinya mcm sekarang mereka nak ke Putrajaya jumpa Y.
Blk kerja, aku amik wife & Amierah & bergegas ke Alamanda. Mak, Ayah, Y, A bersama kroni2 A(Pakistan) dah sedia menanti.
Mak awal2 dah ckp, pasal apa kroni2  A ni join sekali.
Konon2 mcm jurucakap pulak. Orang Pakistan ni cakapnye memang lembut & berbelit2..
Mana la gadis2 tak cair..
Aku luahkan perasaan aku yg mmg tgh geram. Aku cakap sekali yg Mak Ayah mmg dah tak setuju mereka bersama.

Tunjuk sekali sms konon2 nak hentam aku.
Mak punye la melenting, cakap nak buat report polis.
Mlm tu, tangan aku menggigil lagi. Ringan je nak sepak (pakai tangan) & sepak (pakai kaki) mamat sekor ni.
Mmg tgh marah api kemarahan.

Aku bagi kata dua kat Y. A ke Mak?
Y nak dua2…Begitulah jawab Y, tegas & agak kasar.

Sempat dibaginya aku sebijik, mengungkitkan kisah tahun 2007 masa aku ada konflik di tempat kerja & wife aku yg aku suruh dia berhenti kerja gara2 morning sickness yg teruk.
Fine. Sekurang2nya aku lega kerana dah minta maaf pada Mak Ayah berkenaan kejadian tu. Lagipun, niat aku merahsiakan kerana tak mahu mereka bimbangkan kami berdua.

Baru ku sedar, selama ni dia memendam begitu lama. Mujur Y meluahkan.
Kadang2 yg disangka kawan itulah lawan. Berwaspadalah..

Tiada yg positif dari pertemuan itu. Mak Ayah kata jangan, mereka berdua berkeras mahu teruskan. Si A lagilah, elok sikit dari tunggul kayu malam itu. Sikit2, tanya Y..sikit2 tanya Y…

Mak ajak Yan dtg rumah aku malam tu, dijawabnya…Y takkan datang rumah Abg EE. Mak tanya lagi, sampai bila..Y jawab “Sampai bila2…”
Fine. Berpeganglah pada janjimu itu wahai Y.

Masa aku buat kenduri doa selamat panggil org surau, sengaja aku buat ketika family belah mertua aku ada kat sini. Ramai yg bole bantu. Kalau buat time Mak ada, aku takut kesihatan Mak akan terganggu. Mak bukan reti duduk diam. Takut bila dia sibuk2, melarat pula sakitnya nanti.

Bole pulak Y cucuk jarum dgn Mak. Cakap masa pindah2 cari kita, masa makan2 tak jemput pun. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……
Berkenaan majlis tu, fakta sebenar adalah aku pun jemput Mak Dah sekeluarga & Atok Mok jugak. Mereka singgah lepas pulang dari menziarahi Ayah Mie (almarhum). Oleh sebab ada yg buat statement taknak ke rumah aku sampai bila2, perlu ke dijemput??

Keadaan Mak sudah tak begitu baik ketika itu. Rawatan kimoterapi berjalan hingga ke Feb’10. Dalam pada masa yg sama, ikhtiar kami selanjutnya adalah mendapatkan khidmat nasihat Imigresen.

Memang si A ni kerap keluar masuk M’sia melalui Thai. Kadang2 ikut Penang. Entah, aku pun kadang2 malas nak ambil peduli....Oleh sebab ada informer yg rajin update, tahu la juga pergerakan si A ni.

Suppose dah blacklisted pasal penah overstay, tapi lolos….Biasa la, sempadan Malaysia ni bukannye kawad besi. Jaga sini, sebelah sana dia lompat masuk.
Apa2pun, permit terakhir didapati sebagai pekerja sebuah syarikat IT. CSA ke ape lebih kurang.. Valid sampai 2013.

Yang menariknya, Y pun confess (mengaku) kat Ayah, dah bayar RM10,000 kat imigresen.
Informer pun ada bagitau gak perkara yg sama.

Tapi imigresen sama imigresen, takleh le nak tikam kawan.
You scratch my back, I will scratch yours!!!!Diam diam sudah lah….

Ish, ape pulak salah..Fitnah dunia je semua tu…Bak kata Y.
Betul la tu. Jadi, tuan2 puan2 duit2 hasil sebegitu tidaklah menjadi satu kesalahan sebenarnya…

Y keje gomen, maybe termaktub dalam piagam?!! Tak usah heran la kalo ranking corruption Malaysia makin merudum…Ala, fitnah dunia je…..
Opss, sori kalo org2 gomen yg terasa di sini. Tak semua…

Segelintir cuma….

Patut la melambak dah orang2 asing kat Malaysia. Kat Low Yat pun skrg aku dengar melambak2 org Pakistan ni.
Nak datang, buat business silakan la. Tapi ikut la saluran yg betul..

Lagi satu, tolong la hormat orang.
Kalau family tak suka, ada la rasa malu sikit..

Antara merek berdua, kerap juga cash bertukar tangan antara Y & A. Antara sebab yg aku bole nampak ialah Y ni dah termakan byk budi. Pinjam duit (maybe tak perlu pulang kot)..
Sebab tu bila suruh lupakan A, Y akan jawab A dah byk berkorban..
Habis tu, Mak Ayah berkorban seumur hidup awak tu tak bernilai ke???

Fast forward...
Puas juga Ayah ikhtiarkan agar imigresen ni buat ambush kat Tropicana Mall City, tempat si A ni berniaga tudung.
Tapi setiap kali serbu, mesti dia menyorok.Kalau tak salah, tak perlu la nak menyorok kan?!

Waktu tu, Mak dah tak berapa kuat.
Mak mengadu, seminggu lebih dah Y tak call & agak lama tak blk Muar.
Sampaikan Ayah hantar sms lebih kurang berbunyi "Jangan sampai balik Muar ziarah batu nisan aje"
Yang geramnya, dibalasnya Y "Eloklah ingat kematian. Dosa sesama manusia kene minta ampun." Di mata Y, aku, Mak Ayah dah byk menganiaya si A ni...
Menyirap darah aku masa Ayah tunjukkan sms tu. Memang rase nak lempang orang je masa tu!!!!

Jalan terakhir, kami akalkan supaya ikut pergi ke JAWI. Konon2 utk uruskan soal nikah.
Bila dikaunseling seorang ustaz, tup2 Y mengaku yg mereka ni dah bernikah..tahun 2008...
Wah, ni cerita baik ni....

Masa tu Mak Ayah ada lagi di rumah aku...
Mak mengadu lagi, Y tak jenguk pun Mak yg tgh tunggu dalam kereta (Y & Mak Ayah ke JAWI dgn kereta berasingan)

Malam itu..
Kemuncaknya...bila Y sms Ayah bagitau kalau Y & A x dpt berkahwin, Y nak bunuh diri...Ayah mengalirkan airmata depan aku...

Kemudian dtg pula sms Y menuduh aku & wife aku menjadi dalang hingga Mak Ayah tak izinkan mereka kahwin...
Dikatakan aku penghalang kebahagiaan Y.
Y sms juga pada wife aku, kutuk kaw2 punye cakap wife aku ni macam2...Mak Ayah pun tak suka masa nak kahwin dulu...bla..bla..bla..
(Sila refer phone wife aku, masih segar di dlm inbox itu!!)

Saat itu, aku terus kecewa...Aku tak untung apapun menghalang mereka berkahwin & tak rugi apapun kalau izinkan mereka kahwin.
Niat aku cuma satu, hanya yg terbaik utk Y. Ditambah nasihat2 ahli keluarga lain & seorang pegawai imigresen sendiri yg sungguh2 minta kami halang.

Aku cuma pedulikan masa depan dia.
Tapi bila begitu kata2 Y, aku reply...selepas ini aku takkan peduli apa pun pasal dia lagi.

Jadi, aku terus berbincang dgn Mak Ayah..kita mengalah sahajalah. Izinkanlah mereka kahwin. Kalau itu benar2 yg diingini dalam hidupnya.
Tak sanggup aku nengok Mak & Ayah stress dgn keadaan skrg.

Ayah sms, izinkan mereka bernikah. Tapi bila Ayah cakap tanak buat kat rumah, Y reply pulak "Macam tak ikhlas je bunyi Ayah"..Subhanallah, TAK TAHU MALU!!!! Bagi nikah dah cukup baik.
Sedar la skt, org tak suka sebenarnya!!!
Dah la tu, kerap pula menelefon Ayah bertanyakan soal urusan penikahan. Tak ditanya langsung tentang kesihatan Mak yg kesakitan akibat kimoterapi...

Dipendekkan cerita...20 Jun 2010 dilangsungkan pernikahan di Masjid Putrajaya.
Awal2 aku dah pesan Mak Ayah, aku takkan hadir...

Masa majlis nikah, Mak dah tak larat nak bangun. Aku hanya mampu berdoa dari jauh.
Bukan doa utk pengantin. Doa agar Mak & Ayah tabah dgn dugaan ini...

Mudah sahaja hujah aku, masa nikah tahun 2008 dulu tak bagitau pun kita. Anggap macam kita dah mati gamaknya...

Utk makluman, Y & A claim yg mereka bernikah dgn org tabligh di Merlimau tahun 2008.
Bila Mak tanya kenapa tak bagitau, mereka cakap nak elak maksiat...
hohoho....Nak justified gambar di bawah ni kot...



Kira macam tak salah la, gambar ni diambil sekitar 2009. Maknanya mereka dah sah sebagai suami isteri...
Siapalah aku nak menentukan halal haram. Moga di padang Mahsyar nanti terjawab....

Mak agak kecewa aku tak dtg majlis nikah. Tapi Mak tetap harap nanti bila majlis di Muar, aku akan ada.
Apa nanti Mak nak jawab kalau sedara2 tanya, Mak memujuk.
Aku bagitau Mak insya-Allah aku akan blk 25 Julai tu nanti.
(Niat nak duduk depan pintu, tak berani masuk dewan takut aku mengamuk kat dlm tu)
Kita merancang, Allah menentukan...Mak pergi meninggalkan semua tanggal 8 Julai 2010.

Maka majlis resepsi di Hotel Seri Pelangi, Muar terpaksa dibatalkan.

Ramai ahli keluarga yg terkilan...hajat arwah Mak utk mengadakan majlis tak kesampaian..
Ramai yg plan utk tidak hadir majlis tu nanti sebenarnya..
Bila jadi macam ni, Atok Mok pakat2 dgn adik-beradik Mak yg lain utk buatkan majlis Raya ke-2 nanti. Demi memenuhi hasrat terakhir arwah...

Jodoh memang ketentuan Allah.
Tiada siapa yg mampu menghalang.
Namun, adakah jodoh itu yg terbaik??
Sama2lah berdoa....
Orang2 kafir tu pun jodohnya Allah tentukan. Namun pengakhiran di akhirat tak semestinya baik.

Bahagiakah ikatan pernikahan yg disulami cerca nista, air mata, derhaka, ugutan & lain2nya?

Satu pengajaran utk aku, seorang ibu pasti tidak ragu2 menebus nyawanya demi anak yg dikandung & dibesarkannya..

Aku harap anak2 yg bakal kami besarkan ini, mengerti apa itu kehidupan akhirat berbanding keseronokan hidup dunia yg fana ini....

Dalam sebuah episod sedih dalam hidup aku ini, memang aku punya kelemahan, kekurangan diri...Moga2 Allah ampunkan aku andai aku yg silap & batil...

Hati aku sangat pedih. Namun, pedih lagi hati Ayah diperlakukan sebegitu.
Satu sms Ayah yg tak mungkin aku lupa, inilah ujian terbesar dalam hidup Ayah..

Kini, Mak pula telah tiada..

Semoga aku punya kekuatan utk terus berbakti pada Ayah, di kala aku susah atau senang, di kala permintaan dipenuhi ataupun tidak...

Untuk sesetengah orang, maaf mungkin mudah. Namun, setelah apa yg aku lalui, biarlah masa yg menentukan...

Masih ku ingat kata2 Mak sejurus kami bersepakat merelakan pernikahan mereka..
"Lepas ni, keadaan mesti dah tak macam dulu kan EE?!"
Rupa-rupanya itu antara kata2nya yg terakhir....

Buat "senseless Y" & "selfish A"..
Hajat2 kalian dah dipenuhi...Semoga berbahagia dunia & akhirat..


~ End of Story ~

Sep 10, 2010

Kau Pergi Jua

Ramadhan sudahpun melabuhkan tirainya..
Cepat benar masa berlalu, masih byk 'hutang2' dgn Allah yg masih belum dilunaskan...

Terasa sgt, tak layak rupanya aku utk meraikan sebuah kemenangan di malam Syawal..

Harap2...sekelumit amalan yg dipersembahkan tidaklah pula dicampakkan ibarat kain buruk, tatkala menghadap Allah kelak...

Banyak juga iktibar & pengalaman2 yg baru ditimba buat pedoman...
Mudah-mudahan redha Allah bersama2 kita, asalkan ikhlas & istiqamah kita dlm mencari redhaNYA..

Syurga Allah itu diraih bukan dgn sedikit atau banyaknya amalan..tetapi dgn rahmat Allah jua..

**********

Memori Ramadhan 1431H

Tanggal 04.09.10, berkesempatan utk bertemu rakan2 seperjuangan tatkala di UIA dulu..
Sebelum2 ni, selalunya kami berbuffet di luar.
Namun, tahun ini ubah selera..
Potluck buffet, begitulah konsep yg dipersetujui semua.
Pada aku bukan makanan jdk ukuran, lebih pada pengisian.

Dapat bersolat Maghrib, Isya' & Terawikh berjemaah bersama2, ternyata ada 'zouk' yg tak mampu aku jelaskan dgn kata2..

Itulah antara pengajaran Ramadhan utk aku kali ini, ikhlaskan niat, perbaiki & perbaharui sentiasa.

Sering kita berniat & azam pada awalnya, tapi selalu pula kita ter'alpa' & terleka di pertengahannya..Natijahnya, pengakhirannya pasti kurang sempurna...


More pictures click here.

Thanks everybody, semoga ukhwah berkekalan hingga akhir hayat.

**********

Salam Aidilfitri 1431H

Usah ditanya bagaimana sambutan tahun ini.
Pemergian Mak meninggalkan bekas yg dalam di sanubari aku..

Buat pertama kalinya dlm hidup aku, tiada baju Melayu yg aku tempah.
Jika sebelum2 ini, pasti Mak yg beria2 memastikan segalanya 'in order'..

Di kesempatan ini, ingin aku memohon ampun & maaf pada kalian yg sudi membaca coretan aku di sini.

Moga Ramadhan yg dilalui dpt dijadikan azimat & pedoman buat hari2 yg mendatang...

Selamat Berhari Raya...

Agak terlewat utk aku mengingatkan..hidupkanlah 2 malam hari raya, mudah-mudahan hati kita takkan mati tatkala dimatikan hati2 umat manusia...Amin....



Sep 5, 2010

An Epilogue (final episode)

++Previous episodes++

8th July 2010
Pkl 4am aku bgn pagi itu..
Aku blk ke DC utk amik baju keje, perlu sambut visitor dr Indonesia lps lunch nanti..

Lps Subuh, belikan nasi lemak utk semua..terus bergegas ke HUKM.
Keadaan Mak tiada perubahan..Masih bernafas guna tiub oksigen..Terkenang kata2 Dr.Azrif semalam..
Agresifnya sel kanser yg menyerang Mak. Baru 2 minggu lps Mak duduk di DC, jagakan Amierah kerana isteriku berkursus BTN di K.Pilah..

Aku belum puas berbakti pada Mak...
Hari itu, aku plan ke ofis sebentar..sebenarnya keliru utk buat keputusan..
Antara tuntutan kerja & tanggungjawab sebagai seorang anak...
Tapi, andai Mak boleh berkata2, pasti disuruhnya aku ke ofis...

Mak orang yg paling risaukan aku, sekiranya aku ada masalah di tempat kerja..
Dulu kat PwC, Mak bersungguh mtk aku crk keje lain, akibat excessive travelling...
outstation ke Sarawak & Sabah...Mak risaukan makan minum aku, selalu pesan aku hati2..takut aku 'tersangkut' di sana...
Itu antara sebab kenapa aku kini di Toyota..

Bila aku pernah ada problem dgn boss, Mak yg paling supportive..
Dihantarnya air dr seorang ustaz, buat penguat semangat.
Berkat doa Mak, aku mampu bertahan sehingga sekarang..

Bila aku khabarkan tentang offer bos utk promote aku, beliau sgt gembira...
Pelik juga dia bila aku bagitau aku reject offer tu.
Tapi aku counter blk, explain kat Mak aku belum ready..
High reward, high risk...
Responsibility comes with a price..
Sebab aku blm sedia utk korbankan quality time bersama org2 tersayang..
Aku serahkan padaNYA jua...

Seorang Dr. dtg buat check up...
Dia pesan, Mak dlm dying condition...
Dia bagi tips, perhatikan nafas..Bila makin perlahan, maka bersedialah...

Aku call bos mtk excuse tak dpt dtg ofis..
Mujurlah dia memahami...

Aku sms adik2 aku, mtk diorg cepat2 dtg HUKM.
Aku sms kat saudara mara, mohon keampunan buat Mak agar dipermudahkan 'urusan'.

Tiba waktu Zuhur..nafas Mak makin perlahan..Aku pegang kaki kiri, sejuk sungguh ibarat 'chilled'..Kaki kanan masih hangat..
Aku yakinkan diri, terus ke surau utk solat Zuhur..Harap2 Mak tak pergi tanpa aku di sisi.

3.15pm...aku rasa kaki kanan Mak dah sejuk sepertimana kaki kiri..
Aku cuit Ayah, bagi isyarat supaya standby..

Ayah, Yan, Wan, Syafiq & aku bergilir2 membisikkan kalimah Allah di telinga...
Aku yakin, setiap nafas Mak yg perlahan & dalam itu mengikuti bicara kami, insya-Allah...

Pertama kalinya dlm hidup aku, melihat bagaimana nyawa seorang itu ditarik...
Tepat jam 3.45pm, Mak menghembuskan nafas terakhirnya...

Benahlah firman Allah...bila sampai ajal seseorang, tidak akan diawalkan mahupun dilewatkan walau sesaat.

Tak sangka, Doc bagi tempoh seminggu-3 minggu..
Sehari sahaja, Mak dah pergi buat selamanya....

Puas aku menenangkan Syafiq yg meraung...
Ayah tampak tenang....di hati, siapalah yg tahu...
32 tahun mereka bersama....

Syukur pada Allah, semua anak2 di samping. Berkat kasih sayang Mak yg tidak jemu mendoakan anak2nya...
Mak paling seronok kalau anak2 blk ke rumah..
Masa sihat, pasti dimasakkan makanan2 favourite kami..

Bersyukur sangat, dpt mandikan & kapankan Mak bersama adik2 aku semua..
Hanya itu khidmat terakhir kami buat Mak..
Perginya Mak, mungkin baik utk Mak & semua yg ditinggalkan..

Mudah-mudahan segala amal soleh, ilmu2 yg disampaikan (Mak seorang guru di Maktab Adabi) & doa anak2nya sebagai bekalan buat bertemu Allah, Amin...

Al-Fatihah...