Nov 9, 2011

Chill Out

should be simply put as "careful with water pressure"
:: found in Japan ::

bukan di negara One Malaysia ye..
Disclaimer: Copied from www.engrish.com

Nov 7, 2011

Happy Birthday, My Love

7 November 2011 @ 11 Zulhijjah 1432H

Dear Nadiah Misman,

I am sorry, my dear. Tonight supposed to be a happy moment (every day is a happy day, though). It's your birthday. Everybody will happy on their birthdays. For thousands reasons. Big cake, expensive gift, romantic dinner, surprise party and whatnot.

I guess, life is full of uncertainties & unexpected events. How on earth would I expect to be alone in the hospital, on your birthday?!

This is just another test for us. We should appreciate regardless of anything. I am just happy that we are still together, weathering any circumstances. We will treasure every moment, seeking wisdom and move forward, Insya-Allah.

I pray to Allah, we will be together in this world & Akhirat. Amin.

Yours forever,

Mohd Zairy Mohd Tamam



Fakta kes:-
10 Zulhijjah 1432H @ 6 November 2011

- 11.00am : Aktiviti melapah lembu korban di Kg. Pt. Baru.
- 11.45am : Kaki kiri tertusuk parang panjang Wak "..". Berdarah tidak henti. Hampir pitam akibat kehilangan darah yang banyak.
- 12.30pm : Tiba di wad kecemasan, Hospital Putra Batu Pahat.
- 12.45pm : Minor OT. Exploration & minor surgery. Urat kecil terputus berdekatan jari kelingking. 5-6 jahitan.
- 2.00pm : Admission di bilik 213. Expected to be discharged tomorrow noon. Recovery within 2-week, insya-Allah.


Nov 1, 2011

Takkan Penuh

Ada 2 perkara yang tak akan dapat kita penuhkan sampai bila-bila.

Pertama AKAL.
Malahan, semakin orang itu berilmu, dia mendapati banyak lagi cabang-cabang ilmu lainnya yang masih belum diterokai.

Kedua NAFSU.
Kerana itu kita melihat semakin hebat orang itu mengejar nafsu, maka semakin tidak puaslah dia dengan kehidupan dunia ini.

"Kejar dunia, nescaya akhirat akan lari meninggalkan kita. Mari kita kejar akhirat, insya-Allah dunia pula akan berlari-lari mengejar kita"

Oct 28, 2011

Daerah Itu

Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagiMu Allah, yang mengurniakan kehidupan & segala kebaikan dalam di dalamnya, sama ada berbentuk kesenangan mahupun kesulitan. Berbahagialah bagi yang menempuhnya, sentiasa dalam ketaatan & kepatuhan kepadaMu..

Mutakhir ini, dunia automotif dikejutkan lagi oleh satu lagi bencana alam setelah terjadinya tsunami di Jepun, Mac'11. Banjir Thailand Okt'11 menjadi bukti bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa & makhluk tiada kuasa. Rakan di H sudahpun menghentikan operasi, manakala di T sebulan dua lagi pasti juga terasa kesannya nanti. Kesan banjir juga melumpuhkan operasi industri elektronik, malahan sumber makanan juga. Mudah-mudahan sahaja tidak terlalu besar impaknya, Amin.

Kilang H di Ayutthaya

Salah satu kilang komponen T


Menarik untuk direnung bagaimana usaha-usaha men'divert'kan air bah itu daripada memasuki kota Bangkok, menyelamatkan kubu terakhir lambang kemegahan & kemajuan negara yang tidak pernah dijajah (nota: Malaysia juga tidak terjajah)






Terkenang kisah banjir besar yang melanda kaum Nabi Nuh, apabila mereka yang tidak beriman (termasuk ahli keluarga baginda sendiri) menyangka bahawa mereka akan terselamat dari banjir itu. Berusahalah semahunya, berikhtiarlah hatta dengan teknologi tercanggih yang tak pernah terfikir dek akal manusia kebanyakan.
Moga hati akan celik menyedari bahawa kekuasaan Allah itu tiada tolok tandingnya. Pengabdian kepada Pencipta kita adalah satu-satunya jalan keluar dari segala permasalahan hidup.


Berkebetulan, kira-kira dalam tempoh 8 bulan aku akan menjejakkan kaki ke sana. Barangkali dalam tempoh yang agak panjang (1-2 tahun). Sekiranya begitu ketentuan Allah.

Mudah-mudahan, ada rahmat di sebalik kejadian yang berlaku ini. Paling tidak, akan terdetik di fikiran & sanubari mereka bahawa Pencipta Sekalian Alam ini sebenarnya ingin agar makhluk-makhluk ciptaanNya ini kembali kepada fitrah kejadian manusia..

Insya-Allah..

Oct 23, 2011

Ihtifal Taska Darul Hannan 2011


Jigsaw puzzle contest..no.1..
Alhamdulillah..
tak sia2 practice tiap2 hari kat umah..

Miyah jdk burung hantu


Pelajar 4 tahun
Highlight of the day
:: Aci Aci Buka Pintu ::


Sep 26, 2011

Kakak & Adik

 Adik, Kakak nak pinjam 'car' kejap, boleh?


 Kakak kan dah ada 'horse'!!

Milo Kakak pun macam sedap je tu, nak..... 


Nak jugak, nak jugak!!!!

Moral of the story: "Jangan dijolok sarang tebuan"

************************************************* 

Duduk bawah ni macam best, kan Umi?


Alamak, camne pulak nak turun ni??

Moral of the story: "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
Er, kait ke?


Sep 24, 2011

He is Back

Alhamdulillah...
Setelah hampir seminggu, Ahmad Ziyad kembali pulih.
Mudah-mudahan sentiasa dalam kesihatan yang baik..

Jadual harian semakin padat..
Terasa ingin berjaga sepanjang malam, melangsaikan 'chore', memastikan segalanya in order..

Banyak kami alami, banyak pula yang kami belajar & teladani..

Harap-harap dapat menjadi lebih baik dari hari-hari, bulan-bulan, tahun-tahun sebelumnya....



Sep 19, 2011

Jiwa Hamba, Rasa Bertuhan

Menempuh hari2 yg mendatang,pastinya tidak lengkap jika tidak diuji. Ujian boleh hadir pelbagai bentuk; kemiskinan,kesakitan,kehilangan dll.
Uniknya ujian,adakalanya seseorang merasakan itulah ujian terhebat sedangkan orang lain merasakan ia biasa2 sahaja. Vice versa. Ada pula yg menghadapi dugaan maha dahsyat di mata umum, tapi dia mampu tersenyum & menganggap ia hanya jentikan manja dari Tuhannya.

Sifat redha itulah yg harus diteladani. Orang biasa boleh sahaja sabar , tapi orang yg dekat dgn Allah, dia redha malah bersyukur atas setiap ujian.

Semuanya boleh dicapai dgn adanya rasa kehambaan dlm diri. Seorang hamba akan terima setiap suruhan & arahan tuannya tanpa byk soal. Kerana demikian fitrah hamba. Di samping itu, datangkan pula rasa bahawa kita ini punya Tuhan. Yang padaNya kita pohon & minta pertolongan. Jika sikap hamba membawakan sifat 'khauf/takut', rasa bertuhan pula memberi sifat 'raja'/harap'. Bila hati kita keras, agak mustahil utk mendapat rasa ini. Lebih menyedihkan, jiwa kita bertambah hitam & kosong, setiap kali dibebaskan dari ujian itu.

Alangkah beruntungnya sesiapa yg mempunyai sifat hamba & rasa bertuhan ini.

Ya-Allah, moga aku tergolong di kalangan orang sedikit itu, sungguh aku sedar masih jauh dari jangkauanku..

:: nota dari DSH, 17.9.11 ::

Sep 14, 2011

Not H1N1 but..

Alhamdulillah...baru dapat pengesahan Ahmad Ziyad tidak menghidap virus Influenza A H1N1 seperti yang disyaki oleh Dr.Mardziah Alias. Demam yang berpanjangan serta simptom-simptom lainnya, membuatkan Doktor 'expecting for the worst'.

Mujurlah, syukurlah....

Selain itu, Ahmad Ziyad turut menunjukkan simptom Ekzema seperti ruam, kemerahan, kulit kering dll.
Menurut Doktor, ia hanya muncul sekiranya sistem pertahanan / imunisasi sedang lemah.
Harapannya, ia akan dapat diubati & tidak berpanjangan.

Banyak yang kami belajar, banyak lagi yang kami belum tahu.

The stay continues...until when?
As a matter of fact, we really do not know.

Sep 13, 2011

Doctor vs Mechanic

Seorang mekanik bertemu dengan seorang doktor seraya berkata;
"Wahai Tuan Doktor, mengapa berbeza benar jurang gaji & penghargaan masyarakat antara kita. Sedangkan, tidak jauh beza kesukaran pekerjaan Tuan & saya. 


Jika Tuan menggantikan organ-organ yang rosak dengan yang lain, saya juga begitu. Tuan menggantikan jantung atau paru-paru yg rosak dengan organ yang didermakan, saya gantikan enjin rosak dengan yang baru.


Jika Tuan buat pintasan jantung (bypass surgery), saya pula mahir dalam membuat pintasan wayar (wire re-routing).


Malah, kerap kali juga Tuan Doktor melakukan 'trial and error' terhadap pesakit-pesakit. Saya juga berbuat demikian!


Lantas, tiada bezanya antara kita. Para mekanik patut mendapat pengiktirafan sebaik para doktor."

Jawab si Doktor; 
"Baiklah. Untuk setiap prosedur & masalah yang Tuan sebutkan tadi, cuba Tuan lakukan ketika enjin kereta itu sedang berfungsi!!"

++++++++++++

Day 2 (13 Sept'2011 @ 15 Syawal 1432H)

Pada awalnya, Ahmad Ziyad disyaki menghidap radang paru-paru (pneumonia - pronounced as n(y)oōˈmōnēə)

Masuk hari ke-2, demam & batuk masih belum surut. Barangkali antibiotik masih belum berfungsi sepenuhnya. Sebentar tadi, sampel 'throat swab' (bayangkan siri CSI, nak ambil sampel DNA melalui sampel air liur) diambil. H1N1? Nauzubillah..

Harap-harap segalanya akan kembali normal..
Maafkan Abi ye Ziyad. Mungkin Abi masih belum cukup usaha, ikhtiar, doa & tawakal.

"Dan apabila aku sakit, Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku." (Al-Syu'ara - 26:80)



Sep 12, 2011

Another Déjà Vu

After 2 years plus...we are here, again.

Not much changes physically, but it triggers me, emotionally...

Ahmad Ziyad, semoga lekas sembuh
Abi, Ummi & Kakak miss your smile, sweetie...



Sep 11, 2011

Looking For That ...

Kian cuba memahami hakikat..

Tak semua yg kita hajatkan Allah akan segerakan.
Ia bergantung kepada beberapa asbab..

Mungkin dilengahkan kerana tidak elok utk kita.
Mungkin di 'sana' ganjarannya lebih berlipat ganda.

Atau mungkin sahaja ada 'sesuatu' yg masih belum beres.

Ya, ibarat sebuah rumah yg bocor tatkala hujan..
Tentu ada lubang yg mungkin sebesar lubang jarum, namun bisa jua membasahi seluruh rumah..

Carilah urusan yg belum beres itu.

Jika dosamu pada Allah, taubatlah dgn sesungguhnya.
Andai berdosa dgn manusia, maka mohonlah ampun & kesilapan lalu..



Sep 7, 2011

One of the Hardest Things To Do

Bukan mudah utk mengakui kesilapan. Tambahan pula sekiranya dengan pengakuan salah kita itu lebih membawa banyak kerugian berbanding kebaikan.

Mendengar berita tentang Honda Recall baru2 ini mengingatkan aku tentang Toyota yang satu ketika dahulu turut mengejutkan orang ramai dgn upacara recall besar-besaran. Sehingga diabadikan dalam Wikipedia. Boleh baca di sini.

Sebagai salah seorang yg terlibat secara langsung dlm bidang automotif, aku amat memahami tentang kepentingan sebiji skru yg tidak dipasang mampu membawa kematian.

Lantas, tindakan recall sebenarnya sesuatu yg sangat mulia. Berani mengaku salah walaupun berdepan dgn kritikan & kerugian yg bukan sedikit.

Itu sesungguhnya jauh lebih baik daripada menuding jari menyalahkan orang lain atas setiap kesilapan yang berlaku.

Moga dapat jadi iktibar bersama.


Sep 6, 2011

Post Mortem

Tak sukar nak menilai sama ada amalan2 kita yg berkobar2 semasa Ramadhan, adakah benar2 membawa kesan terhadap hidup kita..

Hari ini, saat ini, masihkan ada semangat itu?

Sep 5, 2011

Back to Office

Selamat kembali bertugas..
Pastinya mood raya masih terasa..

Aku pulak, masih meneruskan cuti lagi sehari..
Tak sanggup nak meredah jem hari Ahad. Nak blk awal, it isn't me..
Time raya, memang aku raya se'sakan'nya. Malas pulak nak masuk ofis esok..hehe..

Bukannya apa, susah nak pegi rumah sedara2 kalau bukan time raya.
Bila masa yg orang tak marah kalau kita dtg umah pagi2, tgh2 hari buta ataupun 10-11pm..

Walaupun begitu, aku sudah mulai belajar menjiwai perasaan tuan rumah.
Lebih empathetic...

Syawal kali ini, penuh cerita suka duka..
Mudah-mudahan aku akan ambil iktibar & hikmah setiap satu...

Semalam, berhasil berkunjung ke rumah ustazah Rubiah..
Beliau mengajar aku bahasa Arab dari Tingkatan 1-3 (1993-1996)
Atas kapasiti sebagai guru tingkatan & aku pernah pula menjadi ketua darjah, hubungan kami agak akrab. Beliau banyak juga menegur aku bukan sekadar dalam matapelajaran yg diajar..
Tentang keperluan menutup aurat (masa aku bermain bolasepak utk team sekolah).
Berkenaan tanggungjawab sebagai anak, sebagai ketua yg dilantik.

Besar impak seorang guru, terutama utk murid2 yg baru nak mengenal dunia.

Mudah-mudahan generasi yg kita lahirkan, akan dididik oleh guru2 yg soleh & solehah..
agar Islam akan lebih dijulang, Amin..


Sep 2, 2011

Indahnya Kenangan Dahulu

Benarlah kata orang, syahdunya Aidilfitri kerana ketika itulah terimbau memori lama. Terimbas segala rasa yang terpendam dalam hati, suka & duka.

Aku tidak terkecuali.

1- Ketika sahur, Mak sentiasa akan pastikan anak-anaknya bangun. Bimbang tidak larat di siang hari. Milo panas Mak adalah hirupan wajib utk aku...
Semasa kami tidak lagi tinggal bersama, Mak sering risaukan aku yang lebih cenderung bersahur dgn roti & kadang2 hanya kurma. "Kenapa tak makan nasi, Ee?"

2- Mak cukup suka bila aku mengaji kuat2. Pernah juga Mak mintak aku mengaji sebelahnya masa aku nak baca Quran dalam bilik. "Ee, Mak nak dengar. Duduk sini je.."

3- Ketika kami di Tenggaroh 6, aku & Mak buat karipap sardin utk jualan. Hari pertama, licin..Hari kedua, banyak pula lebihannya. Hari ketiga, tak buat terus selamanya.
Ayah pun, kalau nak makan karipap, memang kene tunggu aku ade kat rumah. Akulah tukang 'torak'nya. Selalu Mak komplen kalau orang lain yg torak, pasal kulit tebal/nipis sangat..Selalunya ungkapan biasa dalam telefon, "Ee balik minggu ni kite buat karipap sardin"

Sesuatu yang aku ingin belajar dari Mak tapi failed, nak 'klim' tepi tu. Mak buat sangat kemas. Pernah jugak aku beli acuan yg dah siap tu, tapi Mak tak suka. Mak sangat teliti. Mak suka klim sendiri.

4- Baju raya, Mak yang tolong tempahkan. Kiranya tiap2 kali raya, tak perlu bimbang.
Tahun ini, utk pertama kalinya aku tempah sendiri. Masih dengan tailor yang sama. Harus bagaimana aku tidak terkenangkan arwah Mak...

5- Aku ni kalo beraya, bole kata kategori extreme..siap tido umah org lagi.
Mak memang paling bising kalo time time raya. "Tak ingat rumah"..
Ada sekali tu, aku beraya sakan sampai tgh malam. Akibat ngantuk sgt, aku tido sekejap kat Petronas, sampai la Mak tepon tanya aku kat mana!
Rupa2nya, Petronas tu betul2 kat sebelah tanah perkuburan kat Bakri Bt.6!!

Kini Mak sudah tiada lagi.
Mudah-mudahan saban tahun akan lebih kuat ingatanku padanya & bertambah doa2ku kepada arwah. Moga dimakbulkan Allah jua..Amin..

Aug 24, 2011

Usah Dicari Tanda, Jiwailah Maknanya



Selama 20 tahun lebih aku berpuasa, antara hari yang dirai adalah kemunculan malam yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam yang berpuasa.
Benar, tidak semua yang berhasil memperolehnya. Malah, ada juga yang tidak ambil 'pot' langsung tentang kepentingannya. Barangkali puasa itu sendiri tidak mendatangkan 'zouk' & rasa yang sepatutnya. Tinggallah puasa itu sekadar lapar & dahaga (diri ini tidak terkecuali).

Mungkin sedari kecil, sudah digembar-gemburkan oleh cikgu-cikgu tentang 'ajaib'nya malam itu. Pokok akan bersujud. Air sungai berhenti mengalir & bermacam2 lagi.
Tatkala pagi pula, hari mendung. Suasana hening & tenang. Senarainya panjang...

Antara kelaziman aku sendiri, utk memerhatikan sekiranya terdapat tanda2 terjadinya malam Al-Qadr itu. Ternyata, jika ditanya kepada 10 orang, kemungkinan kesepuluh itu memberikan hari yg berbeza-beza.

Pernah aku berkongsi suatu ketika dahulu tentang pendapat Imam Al-Ghazali berkenaan hari-hari kemungkinan berlakunya malam itu. Ada pertikaian tentangnya. Namun, siapalah kita nak dibandingkan dengan  ilmu & amalan beliau. Ada juga pendapat, seperti HAMKA yang menyatakan bahawa malam ini sudah tidak ada lagi. Hanya terjadi ketika turunnya Al-Quran. Wallahua'lam..

Apapun yang kita yakini, pastinya keampunan Allah yang kita cari.

Tidak salah dengan 'curiosity' kita dengan tanda2 terjadinya malam itu. Namun, apa yang paling penting ialah untuk kita terus-terusan berusaha mengharapkan agar Allah menemukan kita dgn malam itu.

Jika kita sekadar yakin bahawa malam tadi (atau malam2 lainnya) terjadinya Lailatul-Qadar berdasarkan tanda-tanda, tanpa kita berbuat apa-apa amalan yang dituntut & menurut sunnah Rasulullah..ia tidak akan mengubah apa-apa.

Berbaki beberapa hari ini, tidak ada istilah terlalu lambat untuk kita berusaha meraih redha & pengampunan Allah. Insya-Allah..

Wallahua'lam...

Aug 17, 2011

Penyakit Orang Baik

Alhamdulillah, sudah 17 hari kita bermujahadah melawan nafsu.
Sungguh, puasa kita tidak seteruk puasa umat2 terdahulu.
Namun, guideline yg Allah dah tetapkan ini sesuai & cukup utk memantapkan taqwa kita.
Andai dulu gred D, mungkin kini C. Mungkin sebelum ini C, sekarang dah C+.

Hakikat iman yg bertambah & berkurang ini, menyedarkan kita agar sentiasa berusaha memastikan gred itu tidak sampai E & 'failed'!!
Menyampaikan pesan seorang ustaz, andai kita terasa iman kita terlalu lemah & sangat rendah..sekurang-kurangnya pastikan segala tuntutan fardhu itu dpt dipenuhi & tidak ditinggalkan langsung.
Mudah-mudahan...

Bagi mereka yg sudah berjaya istiqamah dgn amalan2 wajib & sunat, tentu lain pula bentuk ujian & dugaannya. Syurga itu sungguh mahal harganya. Tidak mudah utk kita memilikinya. Allah pun dah berpesan, jangan kita menyangka kita sudah beriman sedangkan belum langsai lagi ujian2 yg Allah akan turunkan, demi memastikan ia benar2 tulen.

Antara yg perlu diberi perhatian bagi mereka ini, tidak lain tidak bukan adalah 'keikhlasan'.
Uniknya ikhlas ini, sedekah RM0.10 itu bakal menempatkan dia ke syurga Allah berbanding seseorang yg membina masjid sebesar alam & jutaan RM namun ada sifat ujub, riya' & takabbur dalam hati.
Sia2 belaka amalan andai ada sekelumit sifat mazmumah ini dalam hati kita.

Berkisar amalan Ramadhan, usahlah kita menyebut2 (walau dgn apa niat sekalipun, bimbang 'tergelincir' dalam kategori ujub, riya' & takabbur) bahawa terawikh kita solid 20 rakaat saban malam. Quran pun sudah dikhatam (tadarus mahupun sendirian). Zakat sebelum 2 Ramadhan sudah langsai serta lain2nya.

Biarlah terawikh kita lapan rakaat, tapi cukup syarat, adab & tertibnya (Ya, sebahagian imam2 yg cenderung memecahkan rekod catatan terbaik). Cukup sekadar habis beberapa juzuk dari Al-Quran, namun kita dpt menghayati maksud & mengamalkan isi2 kandungannya (Berbanding khatam 30 juzuk tapi lintang pukang tajwid & mahrajnya, takut2 bertukar maksud). Zakat?Yang paling afdal menurut sunnah Rasulullah adalah di pagi Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Tidak salah membayar awal, elok juga mana tahu terlupa.

Sayugia diingatkan juga, para pemegang amanah zakat ini..Mudah-mudahan isu serbuan ke gereja & gerakan kristianisasi yg agak sensasi akhir2 ni (walaupun isu ini sudah lama sejak azali) membuka mata kita supaya jangan diabaikan golongan2 asnaf ini. Benar, salahkan mereka kerana berpaling dari ke pusat zakat ke gereja. Namun, seribu kali salah kerana kita sebenarnya punca mereka berpaling..

Berbalik topik asal, sama2 kita jaga amalan kita, berwaspada juga dgn niat & gerak hati kita.
Agar, bilamana musuh kita kembali selepas Ramadhan..taqwa kita terus terpelihara.
Dalam sepotong ayat dari Al-Quran, antara dialog Iblis & Allah, Iblis menyatakan bahawa "Aku bersumpah akan menyesatkan seluruh hambaMu, kecuali mereka yg mukhlisin (golongan yg ikhlas)".

Ringkasnya, ikhlas antara senjata utama kita utk mempertahankan taqwa & iman kita. Kita bimbang, sungguhpun banyak amalan kita tapi tiada satupun yg bernilai di sisi Allah.

Wallahua'lam.

Nota kaki:
Ujub = Hairankan diri (Eg: Apasal asyik muka aku je yg pegi terawikh ni.)

**********************************************
Renungi sebuah hadith Rasulullah ini:-
Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
· lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,
· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”.
Apabila lelaki itu menjawab, “Ya, wahai Tuhanku”, Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.
Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, “Engkau dusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian. “Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.

Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”.
Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.
Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. “Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”.

Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil, apabila dia berbohong dengan mengatakan, “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.


Aug 14, 2011

Not Another Same Old Story

Salam Ramadhan...

Sememangnya indah sungguh bulan ini.
Surau & masjid lebih penuh daripada hari2 biasa.
Bazar2 Ramadhan kelihatan sesak & meriah, tentu sahaja rezeki2 penjual amat murah. Lupakan sahaja penjual yg bidan terjun ataupun tidak.
Yg penting , pastikan tiada pembaziran ketika membeli.

Semangat kita utk beribadah pun tentunya lebih luar biasa daripada biasa..
Ia normal. Namun, apa yg perlu kita lakukan sebenarnya adalah, cuba utk konsisten.

Lazimnya, semakin hampir kita dgn Syawal, roh Ramadhan seolah2 pudar & tak bermaya.

Sedangkan hakikatnya, di akhir2 Ramadhan inilah peluang terbaik utk kita rebut sebanyak mungkin hikmah & berkat Ramadhan.

Saling memperingatilah kita..
Kita yang lebih tahu bagaimana 'trend' tahun2 yang sudah.
Tentu sekali kita mahukan yg lebih baik dari sebelumnya.


Latihan Ramadhan ini, antara hikmahnya agar kita dapat terus-terusan konsisten utk 11 bulan yang mendatang.
Semoga, latih tubi kita ini akan berjaya.. Kita pun tidak pasti sama ada akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Wallahua'lam...



Jul 20, 2011

What is Audit

Once upon a time there was a shepherd looking after his sheep on the side of a deserted road. 


Suddenly a brand new Porsche screeches to a halt. The driver, a man dressed in an Armani suit, Cerutti shoes, Ray-Ban sunglasses, TAG-Heuer wrist-watch, and a Pierre Cardin tie gets out and asks the shepherd, 


'If I can tell you how many sheep you have, will you give me one of them?' 


The shepherd looks at the young man, then looks at the large flock of grazing sheep and 
replies, 'Okay.'


The young man parks the car, connects his laptop to the mobile-fax, enters a NASA Website, scans the ground using his GPS, opens a database and 60 Excel tables filled with algorithms and pivot tables. 
He then prints out a 150-page report on his high-tech mini-printer, turns to the shepherd and says, 
'You have exactly 1,586 sheep.'

The shepherd cheers, 
'That's correct, you can have your sheep.'


The young man takes one of the animals from the flock and puts it in the back of his Porsche. 


The shepherd looks at him and asks, 'If I guess your profession, will you return my animal to me?' 


The young man answers, 'Yes, why not?' The shepherd says, 'You are an auditor.'
'How did you know?' asks the young man. 



'Very simple,' answers the shepherd.


'Firstly, you came here without being wanted. Secondly, you charged me a fee to tell me something I already knew. Thirdly, you don't understand anything about my business.....Now can I have my sheep back?'



Jul 9, 2011

Bersih: My View


Dalam dunia politik Malaysia terkini, bolehlah dibahagikan kepada 3 golongan majoriti:-
A - The Establishment
B- Anti Establishment
C- On the Fence

Intro
A ini adalah mereka2 yg sedang berkuasa. Penyokong2 A merasakan tidak perlu mengambil risiko menggantikan A dgn B, atas musabab keamanan, kemakmuran & kejayaan hari ini, A lah yg mengusahakan.
B dilabelkan pengkhianat negara, tanpa B pasti akan lebih aman & makmur Malaysia ini.

B pula merasakan A sudah terlalu korup akibat terlalu lama berkuasa. Apa sahaja yg dilakukan A, ada sahaja tak kena walaupun hakikatnya ada dasar2 yg elok & baik. B juga yakin, sekiranya diberi peluang menggantikan A, pasti lebih baik & makmur Malaysia ini.

C merupakan golongan atas pagar, memerhati, sama ada dgn minat mahupun tidak..akan semua yg berlaku. Jangan pandang rendah golongan ini, kerana merekalah sebenarnya penentu siapa yg berhak memimpin, antara A & B.

Flashback: General Election 2008
Jika ditanya mengapa 5 negeri tumbang di tangan B (1 negeri di'diri'kan semula), maka kelompok C lah faktor utamanya. Mereka dikatakan sudah bosan & muak dgn A, memberikan mandat kepada B, mengharapkan keadaan akan menjadi lebih baik.

Bersih 2.0
A berpendapat mengapa perlu Bersih 2.0 ini diadakan. Tidak ada asas sama sekali. Malah, agenda politik semata2.
SPR sudah tentu telus, kalau tidak, masakan 5 negeri berjaya dimenangi B (semasa GE 2008).
Cubaan menggagalkan sudah tentu pada tahap maksimum. Membenarkan bererti membiarkan pihak B menunjukkan kekuatan sokongan. Sudah pasti bukan waktu terbaik di kala pilihanraya umum semakin hampir.

B tentu sekali tidak setuju. Hujah mereka, jika telus perjalanan pilihanraya 2008, lebih dari 5 negeri mampu dikuasai, lantas kerajaan Persekutuan pun mampu diambil alih.
(16 September 2008? Oh, itu ada kisah menarik di sebalik. Mungkin di lain ketika)
Kerana itulah Bersih ini dianjurkan. Siapa mengepalai, siapa arkitek pencetus ilham mungkin berbeza yg tersirat & tersurat. Pendek kata, sedikit sebanyak ada percaturan politik meskipun ada yg menafikan.

C pula tentu sekali bengang dgn keadaan yg sungguh huru hara.
Sebijaknya, duduk di rumah atau pergi ke tempat yg tiada kaitan.
Tapi, yg terpaksa menempuh kesukaran, pastinya A pun dimaki, B pun dicarutkan.

Nak dimarah polis yg membuat sekatan (roadblock), mereka pun tahu siapa mengarahkan.
A sudah pasti bersungguh mahu menggagalkan.
B pula semestinya tetap teguh dgn perancangan, tambahan pula para penyokong sudah komited utk ke KL (tiket bas, kapal terbang etc)

Post Bersih 2.0
Ada yg terkorban..Subhanallah...

A & B masing2 berpendapat mereka berjaya mencapai objektif...
Itu masih subjektif..Tunggulah pihak C membuat pilihan, antara A atau B.
Di mana majoriti golongan C akan cenderung, nescaya merekalah yg akan menggalas tanggungjawab memimpin. Terimalah amanah itu, jagailah sebaik-baiknya.

Kesimpulan
Hidup kita ada matlamat..
Utk kaum Muslimin, akhirat adalah matlamat abadi & hakiki.

Baik A, B mahupun C, jika meyakini itulah yg terbaik & diterima Allah, anda berhak utk terus mengimani kepercayaan itu. Masing2 percaya dgn perjuangan masing2, berdasarkan hujah2 serta dalil2 tersendiri.
Oh ya, terlupa akan golongan D. Iaitu mereka yg tidak langsung ambil 'pot'. Tidak pernah mengundi, malah tidak pernah mendaftar sebagai pemilih. Mereka juga ada alasan tersendiri.

Perbalahan ini pastinya tidak terhenti di sini. Hatta selepas pilihanraya ke-13 akan datang.
Penting sekali utk menghayati sifat toleransi Rasulullah...Mudah-mudahan semua pihak masih dapat berfikir secara rasional & waras, untuk kebaikan semua pihak.

Bukankah Rasulullah telah bersabda umatnya akan terpecah kepada 73 golongan & satu golongan sahaja yg diterima Allah? Nah, terserah...Anda pilih, Allah yg menentukan.

Siapapun kita, A, B, C, D, berdoalah agar Allah terima segala amalan. Yang paling utama, ditempatkan kita di kalangan orang2 beriman, bersama Rasulullah & para Sahabat di syurga Allah yg kekal abadi selamanya...

Wallahua'lam...

Jun 25, 2011

New Chapter (final part)

Semuanya sudah jelas....

Kami ke Bandar Muktafi Billah Shah..kira2 400km perjalanan dari KL.

Kalau inilah yang dikatakan jodoh ketentuan Ilahi, maka sesungguhnua aku redha & berkongsi  rasa dgn Ayah..

5 Jun 2011, satu lagi lembaran baru dalam hidup aku..
Rombongan itu sederhana saiznya..
Namun, cukup lengkap..
Aku & semua adik beradik...
Cik Taib (abang kepada Ayah), Mak Timah bersama Abang Long sekeluarga(sepupuku)..
Di sebelah keluarga arwah Mak, Mak Dah (adik Mak ke-5), Ayah Pa & anak2...

Pada aku, cukup melambangkan sesuatu...
Mengorbankan 'rasa' demi kebaikan Ayah....

Semoga dgn episod baru ini, akan lebih dalam & kuat ingatanku pada arwah Mak..
Untuk mendoakan kesejahteraannya di sana...

Al-Fatihah

~ tamat ~

Jun 18, 2011

New Chapter (part III)

Cuti shutdown bulan Mac aku manfaatkan utk mengajak Ayah ke rumah makcik tu.
Pemergian kami ke sana, tidaklah kami heboh2kan...

Namun, seperti biasa, salah faham pasti terjadi.

Apakan daya, antara menjaga hati orang tua & orang2 sekitarnya...memang aku selalu terhimpit dalam situasi2 sebegitu.
Tak mengapa, aku tahu apa yang aku buat & hanya Allah yg layak menilai adakah baik tindakan aku atau sebaliknya.

Aku agak berdebar, mungkin sama debarannya dgn Ayah tatkala berhadapan dengan mak & ayah 'makcik' itu...
Masakan tidak, situasinya tak ubah seperti aku ditemuduga oleh bakal mertuaku beberapa tahun yang sudah...

Ayah kelihatan yakin & nekad dengan keputusannya..
Aku kira pihak sebelah sana juga tidak ada apa2 halangan melihatkan 'profil' Ayah yang sebegitu..

Nah, seperti yang Ayah suarakan sebelum ini...
Kami mungkin ke sini lagi dalam tempoh 2-3 bulan dari hari ini...

Insya-Allah

Saat ini, aku dapat bayangkan hanya kekuasaan Allah yang dapat menghalang hasrat Ayah ini..
Bukan aku, adik2 mahupun ahli keluarga yang lain...

~ bersambung lagi ~

Jun 11, 2011

New Chapter (part II)

From Part I .

Terkedu pun ada, rasa gembira pun ada..
Cuma memang agak tak sangka....Benar2 satu kejutan.

Aku faham Ayah. Sunyi antara perasaan yg sgt menyakitkan..
Apatah lagi dia dah biasa berteman. Anak2 pun duduk jauh. Dalam sebulan, sehari dua je kami dpt bersama2.

Tentulah tergerak di benaknya utk mencari seseorang buat peneman hidup.
Bersyukur juga aku dah 'buka'kan jalan utk Ayah tempoh hari.
Mungkin kerana itu, aku juga orang pertama yg Ayah luahkan perkara ini.

Dalam perbualan kami di dapur itu juga, Ayah ada menyuarakan hasrat utk menyegerakan 'majlis', mungkin sebelum Ramadhan tahun ini.

Ketika itu, aku cuma minta Ayah utk mempertemukan kami adik beradik dengan 'makcik' yg Ayah ceritakan itu. Sekurang-kurangnya, beri kami peluang utk berkenalan.

Selang 1-2 minggu, Ayah memberitahu 'makcik' itu akan datang ke Putrajaya.
Berkumpullah kami anak beranak. Adik-adik aku agak kehairanan.
Mungkin gagal menangkap maksud di sebalik pertemuan itu.
Aku dpt rasakan mereka 'kurang selesa'. Mungkin agak janggal dengan kehadiran orang baru.

Entah apa kebetulannya, minggu berikutnya dalam kuliah Subuh, Ustaz mengajar bab2 fiqh munakahat..
Disentuhnya isu2 tentang pertunangan, pernikahan & perkara2 berkaitan. Teringat aku tentang Ayah...
Sejurus habis kuliah, terus aku jumpa ustaz Hisyamudin itu, berceritakan perihal keadaan aku sekarang. Mohon pandangan & nasihat.

Beliau nasihatkan aku utk ke rumah 'makcik' itu.
Memang itu antara yang aku fikirkan. Maka, ia menguatkan lagi hasrat aku itu.
Tak lupa ustaz memesan, akan ada halangan & bantahan. Itu biasa. Tapi perlukan cara berhikmah menanganinya...

Terus aku telefon Ayah...
"Ayah, jom kita pegi Terengganu..."

~ bersambung ~

Jun 8, 2011

New Chapter (part I)

Ianya bermula amat pantas.

Bermula beberapa hari selepas kenduri 100 hari arwah Mak.
Aku mengusulkan kepada Ayah utk cari teman. Bukanlah sebagai pengganti. Lebih kepada peneman di kala sunyi.
Mudah sahaja Ayah menjawab. Nantilah Ee...

Aku pun tidak mengulas lanjut. Telah terlalu ramai yg membisikkan kepada aku agar memanjangkan perkara ini kepada Ayah. Kasihan kat Ayah, kata mereka.
Malah sebulan dua selepas pemergian Mak, sudah ada yang mencetuskan idea itu.

Sebagai anak sulung, aku berkewajipan (menurut seorang ahli keluarga) menanyakan hal ini kepada Ayah.

Bukan mudah seperti yang disangka.
Seperti ada batu besar yg tersekat di kerongkong.
Apatah lagi, aku & arwah Mak sgt rapat. Terasa seperti aku khianat..
Itu emosi aku. 
Hakikatnya, hidup perlu diteruskan. Aku turut sayangkan Ayah sebagaimana Mak. 
Aku kira, inilah pengorbanan aku utk Ayah yg selama ini membesarkan kami.

Menurut hemat aku, 100 hari tempoh yg agak munasabah. Aku turut menimbangkan perasaan & penerimaan ahli2 keluarga yg lain.
Namun, bila melihatkan keadaan Ayah dari hari ke hari, sayu hati aku. Terus aku diberi kekuatan utk membuka mulut tentang hal itu.

**********

Aku masih ingat tarikh itu, 6 Feb 2011.
Ayah memanggil aku di dapur..
Hanya kami berdua...
Terus bercerita tentang seseorang yg baru dikenali.
Dari riak wajah Ayah, nampak ceria & bersungguh bercerita tentang 'dia'.

Ayah turut bercerita tentang beberapa calon2 lain (3-4 orang kesemuanya).
Ada yg diperkenalkan melalui sahabat, ada dari ahli keluarga yg lain.
Malah ada seorang yg punyai pertalian keluarga.

Sesuatu yg jelas...hanya hati aku yang mampu merasainya...

~ bersambung ~

May 28, 2011

5th

Alhamdulillah....

1. Hari ini, 28 May 2011, genap 5 tahun usia perkahwinan kami.

2. Terlalu banyak peristiwa suka duka dihadapi bersama. Ada yang dikongsi bersama orang2 lain, ada yang kami pendamkan. Setiap satu punya hikmah & kebaikan tersembunyi.

3. Syukur, DIA izinkan kami tetap bersama. Mudah-mudahan sehingga akhir nyawa. Bertemu di syurga, Amin.

4. Banyak lagi kekurangan utk kami bersama2 perbaiki. Saling melengkapi, itulah rahsia rumahtangga bahagia. Moga kami berhasil menggapainya.

5. Terima kasih buat kedua ibubapa kami. Atas restu mereka, kami menjadi apa kami sekarang ini.



p/s: quite a memorable day..we are at awana genting for one night stay, courtesy of taxpayers...thanks guys..
wah,mlm ni layan champions league final kat lobby lounge sure happening..go barca!!!!

May 19, 2011

Kisah Si Penjual Kuih & Anak

Anak : Ibu, hari ni Man nak bawak kuih pegi sekolah ye? Karipap Ibu sedap. Kawan2 Man pun suka.

Ibu : Bawak 2 keping je. Ko makan sorang. Kalau kawan2 suka, dia kena beli.

Anak : Ish, segan la Man nak mtk duit kat diorg. Dulu Ibu bagi je Man bawak lebih skt utk kawan2.

Ibu : Itu dulu Man. Masa jaja kuih tepi jalan, selalu tak abis. Sebab tu Ibu tak kisah Man bawak lebih. Sekarang ni Ibu dpt tender jual kuih kat Kopitiam baru tu.

Anak : Hmm, ok la kalau macam tu. 3 bijik seringgit kan Ibu?

Ibu : Eh, mane bole! Ibu jual kat Kopitiam sekeping RM0.50 tau Man!!

Anak : Wow, mahalnye?!! Masyuuuk......
Berapa Kopitiam tu charge customer diorg?

Ibu : Ade ibu kisah???Tapi pelanggan diorg semua naik keta beso2, Merc la, BMW la..Kalau sekeping RM1 pun, ape ade hal...

Anak : Abis tu takkan Man nak jual RM0.50 kat kawan2. Malu la Man. Baik beli kat kantin je. Masih RM1 dpt 3 bijik..

Ibu : Man kena ingat, Ibu buat ni utk kebaikan Man jugak. Ibu nak beli keta beso mcm pelanggan Kopitiam tu. BMW 5 series baru tu cantik kan Man??

Anak : Ala Ibu ni. Nanti anto Man pegi sekolah naik Kancil buruk tu jugak. Merc E -class tu kat dlm garaj tak gerak2 Man nengok?!!

Ibu : Shhh, jgn cakap kuat2. Gearbox rosak. 10 ribu nak ganti. Menyesal pulak jarang guna, pastu tak penah anto servis sejak beli..

Anak : Nanti BMW tu jdk camtu gak.....

Ibu : Itu bukan isu Man. Yang penting niat Ibu ikhlas nak meningkatkan taraf hidup kita. Bila kita berkereta besar, orang akan pandang tinggi kat kita.

Anak : Abis ni kena jual sekeping RM0.50 gak la ni?

Ibu : Ala, kalau kat London karipap sebijik Pound Sterling 0.50 tau?
Cuba convert RM, tak ke sekeping RM4-5. Masih murah Man.

Anak : OK la Ibu. Man beli kat kantin je la. Taknak Man hilang kawan disebabkan karipap Ibu yg sedap ni...Tapi kawan2 Man semua memang suka sgt kat karipap Ibu ni. Diorang dah mcm ketagih tau..Ibu letak candu ke ape?

Ibu : Alamak, camne kamu bole tau ni Man????
Korang semua ketagih candu la ni....


May 18, 2011

May'11 Shutdown: Day 5


Periodical maintenance..+ special project..itulah yg dimaksudkan dgn plant shutdown di kilang tpt aku bekerja (aku dah ckp aku budak kilang, aku keje kilang..ade yg tak percaya..)

Setahun dlm 2-3 kali..
Utk kali ini, cuti isnin (16/5) kami dah ganti masa 2 May..
semalam Wesak..mmg public holiday.
Hari ini, kami dah cuti in advance (4 Jun-Agong's Birthday) & esok kami cuti Awal Muharam (suppose 27 Sep)
Pelik skt, tapi itulah norma jadual kami.

Bercakap tentang periodical maintenance, hari ini nak menghantar Dugong ke service centre.
Benda2 mekanikal ni, mmg perlukan jadual servis berkala. Kalau nak tunggu breakdown baru nak baiki, byk sgt kesan buruk. Bukan sekadar kos yg melambung, kadang2 benda lain yg tak sepatutnya rosak pun boleh jahanam...

Pengalaman aku sendiri, ada sekali supplier buat hal. Waterjet machine rosak, 2 hari production line kene stop bahana breakdown itu. Bayangkan 200 bijik keta yg tak bole produce. Bayangkan operator yg dibayar gaji tapi duduk borak2 kosong..beratus-ratus ribu impaknya...

So, buatlah pertimbangan yg wajar.
Mmg, adakala kita cenderung utk 'skip' beberapa ketika. Takde budget, takde masa & lain2.
Cuma, bila dah terkena...baru nak terngadah...Tidak guna menyesal...

Alhamdulillah, Kancil & Dugong setakat ni masih memberikan khidmat bakti yg memuaskan..

Cuma, ade sesuatu bermain di fikiran. 
When we will be apart next year, would it be temporary, or forever?
Let me thing about this...

May 17, 2011

May'11 Shutdown: Day 4


Cuti umum...
Siapalah yg tak suka akannya..
Di kala kita menikmati cuti, ada pula orang lain yg tetap memerah keringat..


Pagi ini, lori punggah sampah beroperasi seperti biasa.
Harus benar kita menghargai khidmat mereka.


Jadual pagi ini, breakfast bersama jiran2 no.5 & 7..
Agak lama tak berborak panjang & bertukar2 cerita.
Moga2 ada sesuatu yg bermanfaat..


Setiap dari kita pasti mempunyai cabaran tersendiri..
Bukanlah hidup jika tiada masalah..
Mengambil kata2 seorang teman, "dgn bercerita dpt menyelesaikan sebahagian dari masalah itu.."
Harap2 begitulah...
Pada Allah jua kita sandarkan segala pengharapan..


OK, got to go..
McDonalds Puncak Alam..here we come..
Thanks for operating on public holiday!!!
[ Oh ya, double or triple pay kot harini...ok what!! :-) ]

May 16, 2011

May'11 Shutdown: Day 3


Happy Teachers' Day..
Utk Ayah, K.Long, K.Ngah, Cik Tonah, Pak Su, Mak Su, Mak Ikin, Mak Uteh, Mak Tam, Mak Jah..  
Oh, terlalu ramai...tak mampu nak sebut sorang2. Tu tak masuk member2 lagi..Maaf ye..

Besar jasa guru..walaupun sekadar mengajar budak2 tadika.
In fact, ilmu yg diajar ketika waktu kecil yg paling bernilai..
Bayangkan guru yg mengajar matematik 1+1..sampai ke besar akan dipraktikkan..
Melimpahnya jariah para guru, Masya-Allah...
(make sure hati ikhlas selalu, sentiasa sabar w/p kadang2 rasa nak cekik je bdk yg degil sgt tu..hehe)

OK, tu intro...
Harini nak buat ape ek??
Ok, mula2 kene ke HUKM, utk sample darah..
Jumaat ni ada check up..
Bercakap psl check up, sesuatu yg aku perlu discuss dgn doktor..
Berkenaan perancangan tahun depan..
Bos aku yg minta aku discuss..so, ape2 nak tanya sila tanya kat dia..ok?
hehehe...

Eh, tak memasal wife aku pun cakap nak cuti gak ari ni..
Kalo ku tahu sambung cuti, eloknya blk kampung..durian pun tgh ranum...
Walaupun aku dah tak berapa 'gila' kat durian ni, at least jual tepi jalan dpt gak duit jajan..
Oh, jajan sekarang diharamkan...eloklah.
Tapi haramkan nasik lemak??Sungguh kurang bijak...

Hmm, since Ziyad & Amierah tak cuti, kena gak anto school.Tak baik ponteng sekolah anak2ku..
Bagilah chance Abi & Ummi ronda2 berdua-duaan..ahaks..
Ye la, hari guru..kene gak belikan sesuatu utk cikgu2 ni..

Any idea, please......