Jun 8, 2011

New Chapter (part I)

Ianya bermula amat pantas.

Bermula beberapa hari selepas kenduri 100 hari arwah Mak.
Aku mengusulkan kepada Ayah utk cari teman. Bukanlah sebagai pengganti. Lebih kepada peneman di kala sunyi.
Mudah sahaja Ayah menjawab. Nantilah Ee...

Aku pun tidak mengulas lanjut. Telah terlalu ramai yg membisikkan kepada aku agar memanjangkan perkara ini kepada Ayah. Kasihan kat Ayah, kata mereka.
Malah sebulan dua selepas pemergian Mak, sudah ada yang mencetuskan idea itu.

Sebagai anak sulung, aku berkewajipan (menurut seorang ahli keluarga) menanyakan hal ini kepada Ayah.

Bukan mudah seperti yang disangka.
Seperti ada batu besar yg tersekat di kerongkong.
Apatah lagi, aku & arwah Mak sgt rapat. Terasa seperti aku khianat..
Itu emosi aku. 
Hakikatnya, hidup perlu diteruskan. Aku turut sayangkan Ayah sebagaimana Mak. 
Aku kira, inilah pengorbanan aku utk Ayah yg selama ini membesarkan kami.

Menurut hemat aku, 100 hari tempoh yg agak munasabah. Aku turut menimbangkan perasaan & penerimaan ahli2 keluarga yg lain.
Namun, bila melihatkan keadaan Ayah dari hari ke hari, sayu hati aku. Terus aku diberi kekuatan utk membuka mulut tentang hal itu.

**********

Aku masih ingat tarikh itu, 6 Feb 2011.
Ayah memanggil aku di dapur..
Hanya kami berdua...
Terus bercerita tentang seseorang yg baru dikenali.
Dari riak wajah Ayah, nampak ceria & bersungguh bercerita tentang 'dia'.

Ayah turut bercerita tentang beberapa calon2 lain (3-4 orang kesemuanya).
Ada yg diperkenalkan melalui sahabat, ada dari ahli keluarga yg lain.
Malah ada seorang yg punyai pertalian keluarga.

Sesuatu yg jelas...hanya hati aku yang mampu merasainya...

~ bersambung ~

3 comments:

  1. Relakan la ciki, bukan kita penentu kebahagian, biarlah Allah menentukan

    ReplyDelete
  2. mak aku pon pernah melaluinya.. tapi x kesampaian sebab keadaan kesihaan x mengizinkan.. diri dia sendiri pun x terurus..
    bg aku, sebagaimana mana kita, dia pun perlukan teman.. sebab dia perlu hidup lama...

    ReplyDelete
  3. semoga membuat pilihan yg terbaik dan tepat, ameen :-D

    ReplyDelete