Mar 30, 2010

Kisah Muhammad Najmi

Beberapa hari yg lalu (25 Mac 2010), adik bongsu mak aka Mak Su selamat melahirkan seorang bayi lelaki..
Muhammad Najmi bin Ahmad Jamhari...
Ikut pangkat, Amierah mendapat seorang pakcik saudara yg baru...subhanallah....

Ikut perkiraan, bln Mei baru due, namun atas sebab2 kesihatan (darah tinggi), maka doktor di hospital Batu Pahat terpaksa juga membuat pembedahan, aku kira demi menyelamatkan ibu & kandungannya..

Namun begitu, Muhammad Najmi mengalami sedikit komplikasi..jantungnya lemah & ada air terkumpul di bahagian otak/kepala..
Kini dirujuk ke hospital JB....
La haula wala quwata illa billah....

Baru sebentar tadi, dapat jua aku bercakap dgn Pak Su & Mak Su..
Tak mampu aku nak teruskan kata2, mendengar sebaknya Mak Su memohon agar didoakan kesihatan bayi keduanya, setelah menunggu kurang lebih sepuluh tahun...

Tidak byk yg dpt aku bantu..
Sekadar berpesan agar membaca ayat2 terakhir dari surah Al-Baqarah (284-286) serta surah As-Syarh (Alam Nasyrah...hingga akhir)..
Antara kandungan ayat2 tersebut:-
- Kepunyaan Allahlah segala yg di langit & di bumi
- Allah tidak akan membebankan seseoarng melainkan dgn kesanggupannya...
- Rintihan agar Allah tidak membebankan sesuatu yg tak sanggup kita pikul...
- Setiap kesulitan pasti ada kemudahan....

Inilah ayat2 yg sering aku amalkan tatkala aku terlantar hampir 2 tahun yg lalu,,,,
Walaupun kali ini bukan aku yg terkena secara langsung, namun aku tetap dpt rasakan derita Pak Su & Mak Su...
pastinya tidak akan sama yg memikul dari yg sekadar memandangnya...

Aku tersentak...

Bila2 masa Allah boleh tarik kembali nikmat sihat yg aku abaikan, lupa utk bersyukur atas nikmat yg tak ternilai ini....

Buat kalian yg masih setia membaca coretan ini...pohon doa sama2 agar Muhammad Najmi beroleh kesihatan normal..
esok dijangka doktor bermesyuarat & kebarangkalian utk pembedahan adalah tinggi...
Ya-Allah..permudahkanlah urusan mereka.....Amin...Amin...Amin.....

Apa Kes??

"Kejap bukak,kejap tutup...
kejap bukak balik...ape ni???"

Begitu agaknye sebahagian respon dr pembaca blog abu humairah...

Harap2 takde la sangkaan2 yg tidak elok, tiba2 blog tak bole access..
mcm la orang nak baca sgt!!! :-)

Beginilah utk memendekkan cerita...

Menulis blog ni sesuatu yg kalau baik niat kita, insya-Allah baiklah ia..
Tapi dlm masa yg sama, kita sebagai insan yg byk kekurangan, terkadang 'terbabas' jua...

Ada juga yg beranggapan org yg menulis blog tentang diri sendiri,
ibaratnya menelanjangkan diri kita utk tontotan umum..secara kiasannya...

Aku tetap percaya, jika baik niat kita insya-Allah akan dpt manfaatnya bersama..
Oleh kerana itu jugak, aku akan tetap teruskan penulisan...insya-Allah..
W/p mungkin dlm suasana yg lebih 'terkawal'...

Blog lama aku, anggaplah dah di'archive'kan...
Di dalam tu mmg byk kenangan pahit manis semenjak aku bertarung dgn kanser, sehingga sekarang ini..

Namun, bagi mengelak unsur2 yg tidak diingini maka aku kira seharusnya aku bermula semula...
Utk mereka yg tertanya2 kenapa facebook aku pun ditutup sama, maka jawapannya tetap sama..
untuk mengelak unsur2 yg tak diingini jugak...

Unsur tak diingini??
Cukuplah utk posting pengenalan kali ini..
mungkin kita bole berbicara tentangnya di lain masa, insya-Allah.....