Oct 1, 2010

Down Memory Lane :: KLIA ::

Maaflah...akhir2 ini sukar utk tidak tersentuh bila terkenangkan memori2 lalu bersama arwah Mak..

Awal2 kerjayaku bermula (Tahun 2004), aku pernah ditugaskan ke Sabah & Sarawak..
Masa tu jadi auditor kat PwC, entah rezeki apa dapat pulak assignment utk Co. yg kilang2nya nun jauh kat Labuan, Kuching & Lahad Datu.

Mula2 disuruh standby tu, teruja la juga..Almaklumlah, dpt naik kapal terbang utk pertama kali. Free pulak tu..
Kalo AirAsia yg tiket RM0 pun kene bayo airport tax..hehe..
Outstation allowance pun bole tahan..Dapat le mengumpul skt2 nak kahwin, masa tu baru2 tunang...

Masa di KLIA, colleague2 aku yg lain semua dtg lone ranger..semua dah biasa travel..

Mak & Ayah yg menghantarku ke KLIA masa tu..
Tunang (kini isteri) bersama Faiza (isteri Azim) pun dtg sama...
Terasa lak cam nak gi haji...ramai tukang hantar...ahaks..

Mmg Mak yg berkeras nak dtg dari Muar utk hantar ke KLIA.
Puas aku pujuk takyah hantar..Seronok agaknya dpt hantar anak yg bekerja jauh2...

Itu masa 1st trip...

Lepas sebulan, aku pulang ke KL...
Selang 2 hari, manager aku (Shirley Lim namanya) panggil kami lagi, suruh pack up utk pegi sana semula...What??

Lepas tu, tobat Mak & Ayah tak hantar ke KLIA dah...
Kalo tiap2 bulan cam gini, tak ke naya....hehe...

Apapun, bila kerap sgt aku kene outstation, Mak suarakan kebimbangan...
Mak tanya, "kalo lepas kahwin nanti selalu kene oustation camni, kan susah Ee?"

Sememangnya, aku pun tak berapa selesa bila kerap sgt ke sana..
Ikut history, utk tahun ke 2 & seterusnya...akan tetaplah aku ke sana nanti...
Dan lagi, working hour aku yg mmg payah nak jumpa matahari pun antara sebab aku terasa cepat2 nak blah...

Alhamdulillah, lekat pulak rezeki aku di Toyota ni...tahun 2005 aku join..
Skrg dah 2010??Hmmm, 5 tahun lebih gak la.....

Selepas cuti raya yg panjang...check2 emel...dpt pulak arahan aku kene gi training di Bangkok, Toyota Motor Asia Pacific (TMAP)..nasib le 5 hari je..
kalo 5 bulan??huwaaa....

Bila bagitau kat Ayah, dia cakap nak hantar aku ke KLIA ahad nanti....
Kalau Mak masih ada, tentu dia bersungguh nak hantar jugak... 

Lantas, terimbaulah kembali kenangan2 lalu...

Sep 24, 2010

Kak Wati

Lewat sebulan dua ini, tanyalah sesiapa pun...
apa dia topik perbincangan tatkala beraya..rata2 akan sebut tentang kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati & 3 yang lainnya....malahan, mungkin beberapa kes2 sebelumnya...

Kadang2 naik muak dgn suratkhabar2 yg sengaja meletakkan 'headline'2 sensasi, sekadar utk meraih 'rating' & jualan yg tinggi...

Utk kami sekeluarga, lebih mengenali beliau dgn nama Kak Wati.
Secara ringkasnya, ibu bapa Kak Wati merupakan anak angkat kepada keluarga sebelah mertuaku.

Sedari 2005, aku berpeluang berjumpa dgn Kak Wati.
Masa tu dia membuat kenduri doa selamat atau istilah zaman sekarang 'house-warming' di banglo mewah Taman Harmonis, Gombak. Kak Wati menyewa 2 biji bas utk mengangkut ahli2 keluarga dari Seri Medan, termasuk mak ayah mertua aku..

Sekitar 2006/07, baru2 lepas kahwin. Aku ke Tenggaroh, Mersing utk menghadiri satu majlis perkahwinan. Masa tu hanya ada Kancil, so terpaksa pinjam keta sahabatku Mohammad..PFX8870 (entah di mana kereta tu ye skrg?)
Di sana, aku berpeluang duduk semeja dgn Kak Wati & Nash (sebelum bercerai)..

Antara kenangan yg tak bole aku lupa ialah kali pertama beraya di rumah Kak Wati di Seri Medan adalah...
Kak Wati tidak menggunakan sampul duit raya...
ibarat seperti konduktor bas sambung2...pegang note RM100, RM50 & RM10 sebijik mcm pegang tiket bas...
Bayangkan kalau bapak budak mcm aku ni pun dihulurnya RM50 dgn selambanya..
Mak ayah lagi la, 2-3 helai note RM100...

Bilamana hari raya kedua, kebiasaannya akan ada open house di situ..seluruh kampung & kampung2 bersebelahannya akan turut serta..

Tak sangka, semua itu tinggal kenangan...
Sebenarnya, bukan wang ringgit jadi ukurannya..
Kemurahan hati Kak Wati, aku yakin sesiapa yg mengenainya secara peribadi pasti tak akan lupa...
Kerana itu juga, ramai yg ambil kesempatan...Byk juga cerita yg aku dengar dari mertuaku...Begitulah orang byk duit agaknya, ibarat gula yg dihurung semut...

Semoga....rohnya ditempatkan di syurga...
diampunkan dosa2nya & diganjari setiap amal kebaikannya...Amin...

Sep 16, 2010

Exposé (Soft Mode)

I must admit, my earlier posting was way too harsh, depending which side you are looking from..

The outburst, although true, might not be appropriate.

I was speaking through my heart. And I felt so relieved after that tell-all posting.
Mind you, it was just 50%-60% of the whole story.

Nevertheless, at least, people around me, who questioned my reaction during 2nd Raya (on the reception day at Pt. Sulong) will know why I behaved that bad..Somehow, I grateful, I still managed to control my anger, to ensure no unnecessary incident which might bring shame to Ayah, Atok Mok & the rest of my family. Something that I may regret for the rest of my life.

The only reason I wrote the other day, is to explain...what I feel all this while.

Ayah, the most patient person I ever met, is ever-forgiving. Every time Ayah asks me to be forgiving, I told him all I need is time. Hope Ayah will understand that.

After my exposé, I feel much better.

Yesterday, Y & A went back to Putrajaya. We shook hands, witnessed by Ayah. His prayer is answered. Again, I told them, all I need is time. It is so difficult to forgive, what more to forget. I may not possessing such a great character as Ayah. But I know, time will heal.

For what I did & wrote, I ask apology. I may reveal 'aib' & weaknesses of my own blood sister, which is forbidden as Allah reminds in Surah Al-Hujurat.

I won't create reasons to justify & claim whatever I did were all right.

I am just a normal person....anger, hatred &  all 'mazmumah' deeds misled me to do inappropriate actions.

Doesn't matter, who is right & who is wrong. 
Damage is done.
Let bygones be bygones.

I already did what I believed the best for everybody.
I will move forward and always pray for the best.

May Allah bless  & guide me for every single thing that I do in this world.
I ask for forgiveness, strength to follow the path of Rasulullah..

You my dear readers, are the witnesses, when my death came, that I have no more heart feeling for this ill-fated episode, one of the greatest test of my life so far...

Wassalam....


p/s: thanks for your comments & smses. I am grateful to have good friends surrounding me..

Sep 13, 2010

Exposé (Untold Story)

2008
Sekitar April, Y cuti semester yg panjang. Kerja part time di Giant Muar, jual tudung, bertaukeykan seorang warga Pakistan.

Masa tu, Atok Mok mula bimbang, jangan2 la ‘tersangkut’ dgn budak tu…
Hati2 bila dia beri makanan, arwah Mak & Atok Mok selalu pesan Y.

Sebulan sebelum raya 2008, aku dapat panggilan phone dari budak Pakistan tu, A namanya. Dia bagitau hasrat hati nak berkawan dgn Y, bla..bla..bla…

Aku, as any person around me knows, bukanlah seorang yg suka prejudis. Conclusion daripada perbualan kami kira2 sepuluh minit itu ialah, dia nak ‘melobi’ agar aku bagi support & endorsement bila Mak & Ayah tau perhubungan mereka. Pada aku takde masalah.

Bercakap melalui telefon, susah la nak judge kan. Tapi, as far as I am concerned, aku tiada halangan asalkan niat ikhlas.

Aku ajak dia datang rumah raya nanti.
Raya 2008, datanglah manusia bernama A ini ke rumah. Sebelum tu, dia pernah ke rumah jumpa Mak & Ayah. Mak & Ayah dah pre-empt aku, agak hesitate dgn budak Pakistan seorang ni. Bukan sekadar soal kewangan. Fizikal & taraf pendidikan  juga. Ye lah, Mak Ayah tentunya mahukan yg terbaik utk anak2nya. Kene ambil kira soal sekufu atau tidak.

Tolak soal2 material & fizikal ke tepi, pada aku bukan semua warga asing tu buruk. Di PwC, aku pernah team-up dgn seorang budak Pakistan masa audit di Plaza Sentral. Usman namanya.
Pokok pangkalnya, hati budi & akhlak baik. Fullstop.

1st impression, aku teragak2. Mungkin cara pakaian yg rugged, mungkin air muka yg ‘tut’. Tapi aku masih mampu bersangka baik saat itu.


Dia bawa sekali bermacam butir dokumen utk diendorse kami sekeluarga.
Bawak buku bank berbalance RM20,000 (sila wow OK), working permit, sijil berhenti sekolah (taraf SPM kalau di Malaysia) serta dokumen2 lain etc.
Aku pun tak le arif sgt soal working permit, PR etc. Belek2 dokumen lebih kurang..

Mak Ayah tanya pendapat aku. Aku pun tak tau nak cakap apa. OK la kot. Pasal takde apa2 reason utk aku kata tidak. Walaupun duit kat bank tu, anytime bole jadi RM0.00 (cam aku le tu..hehehe). Mak agak risaukan soal financial. Mak mana yg sanggup tengok anaknya melarat…
Pendek kata, jika kita mengiyakan kali ini, maka akan lebih jauh perhubungan mereka & lebih serius.
Mak Ayah putuskan utk izinkan berkawan biasa sahaja..

2009
Y graduated tahun 2009 (kalau tak silap aku). Chambering pula di Wangsa Maju.

Kerap juga Y pulang ke Muar, & pastinya mereka akan bertemu.
A ada sebuah Iswara..setiap kali jemput Y siap parking depan rumah. Ayah pernah meluahkan hasrat kurang senang dgn caranya itu.
Mana taknya, seingat aku, tak berani walau sekali aku nak menjemput wife aku (masa tgh bercinta) kat rumah. Kalau pun tak takut Allah, at least segan la dgn orang tua..

Kebetulan sekali aku balik ke Muar, masa tu nak dihantarnya Y ke rumah selepas keluar berdating. Aku ternampak Y siap salam cium tangan.
Amboi!!!!!

Masuk2 rumah, aku terus sound Y. Belum apa2 dah berani buat camtu.
Selang beberapa jam, A sms aku minta maaf on behalf dia & Y.
Dia bagitau mereka betul2 menyesal & takkan buat lagi. Siap pujuk rayu aku bagitau Y betul2 sedih bla..bla..bla…
Aku reply simple aje, minta maaf dgn Allah..
Sesungguhnya, aku pun bukanlah mulia sangat.
Tapi, agak2 la beb…..Jaga sikit batas tu.

Sebulan dua sebelum puasa, aku dpt panggilan telefon dari Ayah.
A & Y nak bernikah raya nanti. What?!!
Ayah minta pendapat aku. Aku tanya Ayah balik, Ayah OK ke?
Nada Ayah ragu2, tapi mengenangkan akibat2 buruk kalau hasrat tak dipenuhi, maka Ayah pasrah. Ayah pun ada bagitau, semua ahli2 keluarga lain tak setuju. Aku pun cakap la, kalau Mak Ayah setuju, aku ikutkan sahaja. Soal buah mulut orang lain, nanti akan diusahakan sama2. 

Mak pun tertekan. Puas juga nasihatkan Y supaya tak payah nikah dgn A tu. Tapi sejak sedari kecil, sukar utk tidak menolak sebarang permintaan Y.
Dan Mak pun ikutkan saja, bimbang takut kahwin lari dan sebagainya. Lagi la malu….
Tempoh puasa & raya tahun 2009 amat mencabar buat aku.

Setiap seorang yg aku jumpa, tiada langsung yg menyokong tindakan Mak Ayah ini.
A.M. menitiskan air mata di depan mata, disaksikan wife aku. Mintak sangat2 supaya dipertimbangkan semula keputusan ini.
Ditambah ahli2 keluarga yg lain, masin mulut A.M. ni. Harap2 sangatlah dibatalkan saja hasrat tu.

Aku jadi keliru. Masih ada secebis baik sangka pada hubungan mereka berdua, walaupun sedikit tercalar oleh insiden cium tangan itu…

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum majlis nikah (lebih kurang hujung Syawal 1430H / tahun 2009)....Entah kenapa, A minta tangguh majlis. Alasannya beberapa urusan yg belum selesai. Sepatutnya minggu tu mereka (A & Y) bersama2 Ayah harus ke Johor Bahru utk urusan interview dgn Ketua Kadi Negeri (begitu strict Johor punye urusan pernikahan, maskahwin je murah lagi RRM22.50 aje…)

Setahu aku, antara dokumen yg akan Pejabat Agama minta adalah surat pengesahan status bujang/berkahwin dari Majlis Agama di Pakistan tu.
Entah sampai sekarang Ayah tak tunjukkan pada aku. Berdasarkan perbualan aku dgn Ayah, surat yg difaks tu agak meragukan juga..

Masa tu, memang turning point yang terus menutup ruang utk aku berbaik sangka dgn si A ni.
Paling aku geram, setelah semua persiapan (catering dah ditempah, tok kadi dah diberitahu etc), suka suki je nak postpone last minute!!!
Bila aku renung2, mungkin ada hikmahnya…Bila cakap dgn Mak Ayah, diorang pun OK. In fact, masa set appointment ngan Ketua Kadi, Ayah ada bagitau juga harap2 Ketua Kadi tu dapat nasihatkan Yan tentang risiko2 berkahwin dgn warga asing ni.

Bermula dari situ, bermulalah sebuah episod baru.

Dibantu beberapa ahli keluarga yg lain, kami discovered permit yg digunapakai A selama ni, sejak lapan tahun sudah adalah permit pertanian. Maknanya pekerja di ladang etc. Tapi disalahguna hanya sekadar syarat melepasi sempadan Malaysia. Di sini, dia berniaga.
Terus aku terkenangkan dokumen yg ditunjukkan pertama kali berjumpa. Kat situ seingat aku siap ada title “Managing Director”..Cewah...

Oh, Ciki tertipu!!!

Berniaga, memanglah sunnah..Tapi kalau agak2 Rasulullah masih hidup, adakah baginda akan menyalahgunakan permit, membelakangkan peraturan yg ditetapkan oleh sesebuah pemerintah???? Ikutkan Y, ini sekadar fitnah dunia. Fine, Aku tak pandai sangat bab2 agama ni…
Bukan budak KISAS la katakan…

Pernah sekali, A ditahan di pusat tahanan PATI di KLIA kerana overstay. Menangis sakanlah Y. Mak & Ayah terpaksa meneman.
Ingat lagi kata2 Mak masa tu. Menangis bagai nak rak. Cukup tak berkenan Mak dgn peristiwa tu.

Dalam pada itu, Mak & Ayah terus ikhtiar berjumpa ustaz2 minta agar dilembutkan hati mendengar kata Mak Ayah.

Masa terus berlalu.

Ada sekali aku berjumpa Y di Alamanda, Putrajaya face to face, meluahkan rasa kurang senang kami semua dgn perhubungan mereka.
Y hanya diam, menangis…Aku cuba terangkan sebab2 kami tak bagi kahwin dgn A.
Even Ayah pun secara peribadi tidak senang. Tapi dek sayangkan anak perempuan yg seorang ni, terpaksa mengalah.

Kemudian aku arrangekan pertemuan dgn A, juga one to one di One Utama, utk meluahkan pendirian kami sekeluarga.

Aku explain satu persatu dgn dia. Bukan soal rupa, taraf pendidikan yg kami persoalkan. Satu2nya reason utk kami membantah perkahwinan ini adalah kerana bimbangnya Mak Ayah sekiranya A membawa pulang Y ke Pakistan lantas terus menetap di sana. Mendengarkan kisah2 klise, tentang Pakistan yg mengongkong isteri, menjadikan isteri ibarat hamba yg harus sentiasa patuh & taat without fail kepada suami.
Memanglah A cuba menyakinkan aku bahawa dia benar2 ikhlas & plan nak menetap terus di Malaysia.

Banyak lagi soal2 berbangkit, soal anak2, soal PR dsb.
Pendek kata, terlalu banyak risiko yg terpaksa kami sekeluarga tanggung jika terjadi apa2 kelak.

Aku minta, siap merayu agar renggangkan hubungan. Mungkin ambil masa, tapi slowly but surely tentu boleh. Tu je permintaan kami sekeluarga.

Ternyata, tak diendahkan rayuan aku tu...
Mereka terus berhubungan. Zaman skrg, bukannya mcm dulu2 bole dikurung anak dara dlm bilik. Y memiliki kebebasan mutlak. Apa lagi yg mampu dibuat utk menghalang.
 
Sekitar Dec, 2009 . Hari Ahad ptg… Y dtg di rumah aku. Lepas Maghrib & mandikan Amierah, Y terus tido.
Malam itu, banyak kali Ayah telefon tapi Y tidur mati langsung tak sedar. Aku angkat panggilan Ayah. Ayah bimbang kerana malam sebelumnya, dikatakan dia tak tidur kat rumahnya di Putrajaya. Terkejut gak aku mendengarnya.

Tanpa fikir panjang, terus aku browse segala sms dlm phone Y, kot2 ade klu ke mana Y pergi semalam.
Lantas aku terbaca beberapa sms yg membangkitkan api amarah aku

Antaranya, (without missing a single dot)
From A to Y (8:16am 27/11/09):
“Xpe la. Zairy pn dah gler skrang. Blik nnti nak jmpe die n n hentam die. Sayng tdo dlu la. Nnti abg call k. Nite mmuahh.”

Cepat2 aku forwardkan sms2 yg relevant ke handphone aku. Bahan bukti tu Joe!!
Aku bluetoothed juga beberapa foto yg aku kira amat melampau & tak bole diterima.
Antaranya:-



Aku terus call A & menengking sekuat hati. Tangan aku mengigil. Wife aku pelik, tak pernah nengok aku berperangai ala2 Hulk Hogan…
Memang kalau A ada depan aku, rase2 dah bertumbuk dah aku.
Aku cakap nak jumpa skrg. Dia dgn nada tak bersalah hesitate nak bagitau aku, dia kat mane masa tu.
Aku kata, nak jumpe die secepat mungkin. Biar settlekan once & for all!!!!

Aku kira malam tu ada communication between A & Y. Subuh esoknya, masa balik dari surau, keta Y dah takde. Mungkin Y dah tau aku marah2 mlm td & aku dah geledah phone die.

Mak Ayah sejak pagi dah call aku kat ofis, tanyakan perkembangan. Aku cakap memang nak jumpe budak celaka tu..
Dari percakapan Mak Ayah, bunyinya mcm sekarang mereka nak ke Putrajaya jumpa Y.
Blk kerja, aku amik wife & Amierah & bergegas ke Alamanda. Mak, Ayah, Y, A bersama kroni2 A(Pakistan) dah sedia menanti.
Mak awal2 dah ckp, pasal apa kroni2  A ni join sekali.
Konon2 mcm jurucakap pulak. Orang Pakistan ni cakapnye memang lembut & berbelit2..
Mana la gadis2 tak cair..
Aku luahkan perasaan aku yg mmg tgh geram. Aku cakap sekali yg Mak Ayah mmg dah tak setuju mereka bersama.

Tunjuk sekali sms konon2 nak hentam aku.
Mak punye la melenting, cakap nak buat report polis.
Mlm tu, tangan aku menggigil lagi. Ringan je nak sepak (pakai tangan) & sepak (pakai kaki) mamat sekor ni.
Mmg tgh marah api kemarahan.

Aku bagi kata dua kat Y. A ke Mak?
Y nak dua2…Begitulah jawab Y, tegas & agak kasar.

Sempat dibaginya aku sebijik, mengungkitkan kisah tahun 2007 masa aku ada konflik di tempat kerja & wife aku yg aku suruh dia berhenti kerja gara2 morning sickness yg teruk.
Fine. Sekurang2nya aku lega kerana dah minta maaf pada Mak Ayah berkenaan kejadian tu. Lagipun, niat aku merahsiakan kerana tak mahu mereka bimbangkan kami berdua.

Baru ku sedar, selama ni dia memendam begitu lama. Mujur Y meluahkan.
Kadang2 yg disangka kawan itulah lawan. Berwaspadalah..

Tiada yg positif dari pertemuan itu. Mak Ayah kata jangan, mereka berdua berkeras mahu teruskan. Si A lagilah, elok sikit dari tunggul kayu malam itu. Sikit2, tanya Y..sikit2 tanya Y…

Mak ajak Yan dtg rumah aku malam tu, dijawabnya…Y takkan datang rumah Abg EE. Mak tanya lagi, sampai bila..Y jawab “Sampai bila2…”
Fine. Berpeganglah pada janjimu itu wahai Y.

Masa aku buat kenduri doa selamat panggil org surau, sengaja aku buat ketika family belah mertua aku ada kat sini. Ramai yg bole bantu. Kalau buat time Mak ada, aku takut kesihatan Mak akan terganggu. Mak bukan reti duduk diam. Takut bila dia sibuk2, melarat pula sakitnya nanti.

Bole pulak Y cucuk jarum dgn Mak. Cakap masa pindah2 cari kita, masa makan2 tak jemput pun. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……
Berkenaan majlis tu, fakta sebenar adalah aku pun jemput Mak Dah sekeluarga & Atok Mok jugak. Mereka singgah lepas pulang dari menziarahi Ayah Mie (almarhum). Oleh sebab ada yg buat statement taknak ke rumah aku sampai bila2, perlu ke dijemput??

Keadaan Mak sudah tak begitu baik ketika itu. Rawatan kimoterapi berjalan hingga ke Feb’10. Dalam pada masa yg sama, ikhtiar kami selanjutnya adalah mendapatkan khidmat nasihat Imigresen.

Memang si A ni kerap keluar masuk M’sia melalui Thai. Kadang2 ikut Penang. Entah, aku pun kadang2 malas nak ambil peduli....Oleh sebab ada informer yg rajin update, tahu la juga pergerakan si A ni.

Suppose dah blacklisted pasal penah overstay, tapi lolos….Biasa la, sempadan Malaysia ni bukannye kawad besi. Jaga sini, sebelah sana dia lompat masuk.
Apa2pun, permit terakhir didapati sebagai pekerja sebuah syarikat IT. CSA ke ape lebih kurang.. Valid sampai 2013.

Yang menariknya, Y pun confess (mengaku) kat Ayah, dah bayar RM10,000 kat imigresen.
Informer pun ada bagitau gak perkara yg sama.

Tapi imigresen sama imigresen, takleh le nak tikam kawan.
You scratch my back, I will scratch yours!!!!Diam diam sudah lah….

Ish, ape pulak salah..Fitnah dunia je semua tu…Bak kata Y.
Betul la tu. Jadi, tuan2 puan2 duit2 hasil sebegitu tidaklah menjadi satu kesalahan sebenarnya…

Y keje gomen, maybe termaktub dalam piagam?!! Tak usah heran la kalo ranking corruption Malaysia makin merudum…Ala, fitnah dunia je…..
Opss, sori kalo org2 gomen yg terasa di sini. Tak semua…

Segelintir cuma….

Patut la melambak dah orang2 asing kat Malaysia. Kat Low Yat pun skrg aku dengar melambak2 org Pakistan ni.
Nak datang, buat business silakan la. Tapi ikut la saluran yg betul..

Lagi satu, tolong la hormat orang.
Kalau family tak suka, ada la rasa malu sikit..

Antara merek berdua, kerap juga cash bertukar tangan antara Y & A. Antara sebab yg aku bole nampak ialah Y ni dah termakan byk budi. Pinjam duit (maybe tak perlu pulang kot)..
Sebab tu bila suruh lupakan A, Y akan jawab A dah byk berkorban..
Habis tu, Mak Ayah berkorban seumur hidup awak tu tak bernilai ke???

Fast forward...
Puas juga Ayah ikhtiarkan agar imigresen ni buat ambush kat Tropicana Mall City, tempat si A ni berniaga tudung.
Tapi setiap kali serbu, mesti dia menyorok.Kalau tak salah, tak perlu la nak menyorok kan?!

Waktu tu, Mak dah tak berapa kuat.
Mak mengadu, seminggu lebih dah Y tak call & agak lama tak blk Muar.
Sampaikan Ayah hantar sms lebih kurang berbunyi "Jangan sampai balik Muar ziarah batu nisan aje"
Yang geramnya, dibalasnya Y "Eloklah ingat kematian. Dosa sesama manusia kene minta ampun." Di mata Y, aku, Mak Ayah dah byk menganiaya si A ni...
Menyirap darah aku masa Ayah tunjukkan sms tu. Memang rase nak lempang orang je masa tu!!!!

Jalan terakhir, kami akalkan supaya ikut pergi ke JAWI. Konon2 utk uruskan soal nikah.
Bila dikaunseling seorang ustaz, tup2 Y mengaku yg mereka ni dah bernikah..tahun 2008...
Wah, ni cerita baik ni....

Masa tu Mak Ayah ada lagi di rumah aku...
Mak mengadu lagi, Y tak jenguk pun Mak yg tgh tunggu dalam kereta (Y & Mak Ayah ke JAWI dgn kereta berasingan)

Malam itu..
Kemuncaknya...bila Y sms Ayah bagitau kalau Y & A x dpt berkahwin, Y nak bunuh diri...Ayah mengalirkan airmata depan aku...

Kemudian dtg pula sms Y menuduh aku & wife aku menjadi dalang hingga Mak Ayah tak izinkan mereka kahwin...
Dikatakan aku penghalang kebahagiaan Y.
Y sms juga pada wife aku, kutuk kaw2 punye cakap wife aku ni macam2...Mak Ayah pun tak suka masa nak kahwin dulu...bla..bla..bla..
(Sila refer phone wife aku, masih segar di dlm inbox itu!!)

Saat itu, aku terus kecewa...Aku tak untung apapun menghalang mereka berkahwin & tak rugi apapun kalau izinkan mereka kahwin.
Niat aku cuma satu, hanya yg terbaik utk Y. Ditambah nasihat2 ahli keluarga lain & seorang pegawai imigresen sendiri yg sungguh2 minta kami halang.

Aku cuma pedulikan masa depan dia.
Tapi bila begitu kata2 Y, aku reply...selepas ini aku takkan peduli apa pun pasal dia lagi.

Jadi, aku terus berbincang dgn Mak Ayah..kita mengalah sahajalah. Izinkanlah mereka kahwin. Kalau itu benar2 yg diingini dalam hidupnya.
Tak sanggup aku nengok Mak & Ayah stress dgn keadaan skrg.

Ayah sms, izinkan mereka bernikah. Tapi bila Ayah cakap tanak buat kat rumah, Y reply pulak "Macam tak ikhlas je bunyi Ayah"..Subhanallah, TAK TAHU MALU!!!! Bagi nikah dah cukup baik.
Sedar la skt, org tak suka sebenarnya!!!
Dah la tu, kerap pula menelefon Ayah bertanyakan soal urusan penikahan. Tak ditanya langsung tentang kesihatan Mak yg kesakitan akibat kimoterapi...

Dipendekkan cerita...20 Jun 2010 dilangsungkan pernikahan di Masjid Putrajaya.
Awal2 aku dah pesan Mak Ayah, aku takkan hadir...

Masa majlis nikah, Mak dah tak larat nak bangun. Aku hanya mampu berdoa dari jauh.
Bukan doa utk pengantin. Doa agar Mak & Ayah tabah dgn dugaan ini...

Mudah sahaja hujah aku, masa nikah tahun 2008 dulu tak bagitau pun kita. Anggap macam kita dah mati gamaknya...

Utk makluman, Y & A claim yg mereka bernikah dgn org tabligh di Merlimau tahun 2008.
Bila Mak tanya kenapa tak bagitau, mereka cakap nak elak maksiat...
hohoho....Nak justified gambar di bawah ni kot...



Kira macam tak salah la, gambar ni diambil sekitar 2009. Maknanya mereka dah sah sebagai suami isteri...
Siapalah aku nak menentukan halal haram. Moga di padang Mahsyar nanti terjawab....

Mak agak kecewa aku tak dtg majlis nikah. Tapi Mak tetap harap nanti bila majlis di Muar, aku akan ada.
Apa nanti Mak nak jawab kalau sedara2 tanya, Mak memujuk.
Aku bagitau Mak insya-Allah aku akan blk 25 Julai tu nanti.
(Niat nak duduk depan pintu, tak berani masuk dewan takut aku mengamuk kat dlm tu)
Kita merancang, Allah menentukan...Mak pergi meninggalkan semua tanggal 8 Julai 2010.

Maka majlis resepsi di Hotel Seri Pelangi, Muar terpaksa dibatalkan.

Ramai ahli keluarga yg terkilan...hajat arwah Mak utk mengadakan majlis tak kesampaian..
Ramai yg plan utk tidak hadir majlis tu nanti sebenarnya..
Bila jadi macam ni, Atok Mok pakat2 dgn adik-beradik Mak yg lain utk buatkan majlis Raya ke-2 nanti. Demi memenuhi hasrat terakhir arwah...

Jodoh memang ketentuan Allah.
Tiada siapa yg mampu menghalang.
Namun, adakah jodoh itu yg terbaik??
Sama2lah berdoa....
Orang2 kafir tu pun jodohnya Allah tentukan. Namun pengakhiran di akhirat tak semestinya baik.

Bahagiakah ikatan pernikahan yg disulami cerca nista, air mata, derhaka, ugutan & lain2nya?

Satu pengajaran utk aku, seorang ibu pasti tidak ragu2 menebus nyawanya demi anak yg dikandung & dibesarkannya..

Aku harap anak2 yg bakal kami besarkan ini, mengerti apa itu kehidupan akhirat berbanding keseronokan hidup dunia yg fana ini....

Dalam sebuah episod sedih dalam hidup aku ini, memang aku punya kelemahan, kekurangan diri...Moga2 Allah ampunkan aku andai aku yg silap & batil...

Hati aku sangat pedih. Namun, pedih lagi hati Ayah diperlakukan sebegitu.
Satu sms Ayah yg tak mungkin aku lupa, inilah ujian terbesar dalam hidup Ayah..

Kini, Mak pula telah tiada..

Semoga aku punya kekuatan utk terus berbakti pada Ayah, di kala aku susah atau senang, di kala permintaan dipenuhi ataupun tidak...

Untuk sesetengah orang, maaf mungkin mudah. Namun, setelah apa yg aku lalui, biarlah masa yg menentukan...

Masih ku ingat kata2 Mak sejurus kami bersepakat merelakan pernikahan mereka..
"Lepas ni, keadaan mesti dah tak macam dulu kan EE?!"
Rupa-rupanya itu antara kata2nya yg terakhir....

Buat "senseless Y" & "selfish A"..
Hajat2 kalian dah dipenuhi...Semoga berbahagia dunia & akhirat..


~ End of Story ~

Sep 10, 2010

Kau Pergi Jua

Ramadhan sudahpun melabuhkan tirainya..
Cepat benar masa berlalu, masih byk 'hutang2' dgn Allah yg masih belum dilunaskan...

Terasa sgt, tak layak rupanya aku utk meraikan sebuah kemenangan di malam Syawal..

Harap2...sekelumit amalan yg dipersembahkan tidaklah pula dicampakkan ibarat kain buruk, tatkala menghadap Allah kelak...

Banyak juga iktibar & pengalaman2 yg baru ditimba buat pedoman...
Mudah-mudahan redha Allah bersama2 kita, asalkan ikhlas & istiqamah kita dlm mencari redhaNYA..

Syurga Allah itu diraih bukan dgn sedikit atau banyaknya amalan..tetapi dgn rahmat Allah jua..

**********

Memori Ramadhan 1431H

Tanggal 04.09.10, berkesempatan utk bertemu rakan2 seperjuangan tatkala di UIA dulu..
Sebelum2 ni, selalunya kami berbuffet di luar.
Namun, tahun ini ubah selera..
Potluck buffet, begitulah konsep yg dipersetujui semua.
Pada aku bukan makanan jdk ukuran, lebih pada pengisian.

Dapat bersolat Maghrib, Isya' & Terawikh berjemaah bersama2, ternyata ada 'zouk' yg tak mampu aku jelaskan dgn kata2..

Itulah antara pengajaran Ramadhan utk aku kali ini, ikhlaskan niat, perbaiki & perbaharui sentiasa.

Sering kita berniat & azam pada awalnya, tapi selalu pula kita ter'alpa' & terleka di pertengahannya..Natijahnya, pengakhirannya pasti kurang sempurna...


More pictures click here.

Thanks everybody, semoga ukhwah berkekalan hingga akhir hayat.

**********

Salam Aidilfitri 1431H

Usah ditanya bagaimana sambutan tahun ini.
Pemergian Mak meninggalkan bekas yg dalam di sanubari aku..

Buat pertama kalinya dlm hidup aku, tiada baju Melayu yg aku tempah.
Jika sebelum2 ini, pasti Mak yg beria2 memastikan segalanya 'in order'..

Di kesempatan ini, ingin aku memohon ampun & maaf pada kalian yg sudi membaca coretan aku di sini.

Moga Ramadhan yg dilalui dpt dijadikan azimat & pedoman buat hari2 yg mendatang...

Selamat Berhari Raya...

Agak terlewat utk aku mengingatkan..hidupkanlah 2 malam hari raya, mudah-mudahan hati kita takkan mati tatkala dimatikan hati2 umat manusia...Amin....



Sep 5, 2010

An Epilogue (final episode)

++Previous episodes++

8th July 2010
Pkl 4am aku bgn pagi itu..
Aku blk ke DC utk amik baju keje, perlu sambut visitor dr Indonesia lps lunch nanti..

Lps Subuh, belikan nasi lemak utk semua..terus bergegas ke HUKM.
Keadaan Mak tiada perubahan..Masih bernafas guna tiub oksigen..Terkenang kata2 Dr.Azrif semalam..
Agresifnya sel kanser yg menyerang Mak. Baru 2 minggu lps Mak duduk di DC, jagakan Amierah kerana isteriku berkursus BTN di K.Pilah..

Aku belum puas berbakti pada Mak...
Hari itu, aku plan ke ofis sebentar..sebenarnya keliru utk buat keputusan..
Antara tuntutan kerja & tanggungjawab sebagai seorang anak...
Tapi, andai Mak boleh berkata2, pasti disuruhnya aku ke ofis...

Mak orang yg paling risaukan aku, sekiranya aku ada masalah di tempat kerja..
Dulu kat PwC, Mak bersungguh mtk aku crk keje lain, akibat excessive travelling...
outstation ke Sarawak & Sabah...Mak risaukan makan minum aku, selalu pesan aku hati2..takut aku 'tersangkut' di sana...
Itu antara sebab kenapa aku kini di Toyota..

Bila aku pernah ada problem dgn boss, Mak yg paling supportive..
Dihantarnya air dr seorang ustaz, buat penguat semangat.
Berkat doa Mak, aku mampu bertahan sehingga sekarang..

Bila aku khabarkan tentang offer bos utk promote aku, beliau sgt gembira...
Pelik juga dia bila aku bagitau aku reject offer tu.
Tapi aku counter blk, explain kat Mak aku belum ready..
High reward, high risk...
Responsibility comes with a price..
Sebab aku blm sedia utk korbankan quality time bersama org2 tersayang..
Aku serahkan padaNYA jua...

Seorang Dr. dtg buat check up...
Dia pesan, Mak dlm dying condition...
Dia bagi tips, perhatikan nafas..Bila makin perlahan, maka bersedialah...

Aku call bos mtk excuse tak dpt dtg ofis..
Mujurlah dia memahami...

Aku sms adik2 aku, mtk diorg cepat2 dtg HUKM.
Aku sms kat saudara mara, mohon keampunan buat Mak agar dipermudahkan 'urusan'.

Tiba waktu Zuhur..nafas Mak makin perlahan..Aku pegang kaki kiri, sejuk sungguh ibarat 'chilled'..Kaki kanan masih hangat..
Aku yakinkan diri, terus ke surau utk solat Zuhur..Harap2 Mak tak pergi tanpa aku di sisi.

3.15pm...aku rasa kaki kanan Mak dah sejuk sepertimana kaki kiri..
Aku cuit Ayah, bagi isyarat supaya standby..

Ayah, Yan, Wan, Syafiq & aku bergilir2 membisikkan kalimah Allah di telinga...
Aku yakin, setiap nafas Mak yg perlahan & dalam itu mengikuti bicara kami, insya-Allah...

Pertama kalinya dlm hidup aku, melihat bagaimana nyawa seorang itu ditarik...
Tepat jam 3.45pm, Mak menghembuskan nafas terakhirnya...

Benahlah firman Allah...bila sampai ajal seseorang, tidak akan diawalkan mahupun dilewatkan walau sesaat.

Tak sangka, Doc bagi tempoh seminggu-3 minggu..
Sehari sahaja, Mak dah pergi buat selamanya....

Puas aku menenangkan Syafiq yg meraung...
Ayah tampak tenang....di hati, siapalah yg tahu...
32 tahun mereka bersama....

Syukur pada Allah, semua anak2 di samping. Berkat kasih sayang Mak yg tidak jemu mendoakan anak2nya...
Mak paling seronok kalau anak2 blk ke rumah..
Masa sihat, pasti dimasakkan makanan2 favourite kami..

Bersyukur sangat, dpt mandikan & kapankan Mak bersama adik2 aku semua..
Hanya itu khidmat terakhir kami buat Mak..
Perginya Mak, mungkin baik utk Mak & semua yg ditinggalkan..

Mudah-mudahan segala amal soleh, ilmu2 yg disampaikan (Mak seorang guru di Maktab Adabi) & doa anak2nya sebagai bekalan buat bertemu Allah, Amin...

Al-Fatihah...


Aug 31, 2010

..still searching..

Alhamdulillah...
dpt cuti berturut2 5 hari (Nuzul Quran - Merdeka), dihabiskan sepenuhnya di kampung..
Pendek kata, setiap detik dimanfaatkan sepenuhnya..
Walaupun terkejar2 antara Tmn Saujana, Pt Baru & Pt Sulong, aku puas..

Sedar tak sedar dah memasuki fasa terakhir di bln Ramadhan...
Memanglah...ada kalanya terasa sangat2 ralat kerana kejap benar masa berlalu sedangkan amalan yg dikutip tak seberapa...

Saban tahun, antara perangai yg susah aku nak buang adalah mencari tanda2 bilanya berlaku malam yg lebih baik dari seribu bulan itu..

Bukan menyalahkan ustaz2 & cikgu2 masa aku kecil dahulu..
Tapi itulah hakikatnya, sering kami didodoikan tentang kisah2 pokok2 yg sujud...serta bermacam lagi kisah2 yg mengagumkan
Mungkin dgn harapan, akan memberi semangat utk kami berusaha mencarinya..

Setiap pagi, akan aku tilik matahari...jika redup maka tertanya2lah mungkinkah malam tadi berlakunya Al-Qadr itu??

Sukar mengikis tabiat itu..
Namun tahun ini aku mendapat perspektif baru...

Apalah gunanya kita sedar kehadiran malam itu sedangkan sepotong doapun kita tak pohon, apatah lagi amalan2 lainnya yg dituntut baginda Rasululllah s.a.w. (Qiamulail, berdoa & mengaji Al-Quran)

Seorang ustaz berpesan, malam Al-Qadar itu, hanya yg empunya diri mampu merasakannya...

Lantas, tak usah gusar andai kita dengar sahabat2 kita menjumpai malam bertuah itu..
Cukuplah kita dgn amalan & mujahadah kita agar dipertemukan...

Moga hidayah, redha & rahmat Allah sentiasa bersama kita, sepanjang Ramadhan ini & bulan2 seterusnya....
Remember, SPRINT!!! while we still can...


Aug 24, 2010

N + 15

Well....half Ramadhan already gone before we knew it!!!

Test can come in many ways, whether we like it or not..
Speaking of which, Ramadhan is all about tests..

Refrain ourselves doing bad, inculcate good deeds...the list goes on..just the matter of doing or not...

As for me, this year is equally tough..
Day after day...it is so hard to decline invitation for breaking fast..

First, on halal venue..(hot topic of the day)
Secondly, to eat less & zero waste (I am so amazed..Malaysians really can 'eat')   
Last but not least, catch-up for terawikh...

Pity my Nadiah & Amierah...
Please serve it as my duty..I am new in this area, whereby PR is very important.

Hope this Ramadhan can make me a better man..
To remember Allah while in pain or joy..

Happy fasting to all...
It's never too late to start & continue what we left behind...

Aug 20, 2010

Lesson for Today

Subuh tadi, tergerak utk ‘tuang’ solat jemaah kat surau.
Banyak sgt urusan duniawi blm disettlekan, nak iron baju, tolong wife aku sidai baju & mandikan Amierah.
Ye la, kesian gak kat wife..dah la tgh sarat, bgn pagi2 utk memasak, basuh pinggan & mengemas…
Kalo solat kat umah je,at least save 20-25 min…
Seperti biasa, 6.45am keluar umah…
Tiba2, aku terperasan handphone pulak tertinggal…Arghhhhh….
Patah balik!!!!Sejak join procurement, ini antara gadget yg tak bole diabaikan..
Sampai kat Bt.3, aduyai..traffic light pulak rosak…
At last, aku kelewatan….lebih lewat daripada biasa!!!!
Padan muka…

Begitulah….keberkatan memang tak dapat diukur & dilihat.
Ia hanya dapat dirasa….
Beruntunglah orang2 yang dikurniakan Allah keberkatan itu..

What a lesson of Ramadhan….

Aug 17, 2010

Kisah Ramadhan

Tahun 2ooo

Masa tu baru 1st semester kat Main Camp, UIA Gombak.
Satu hari di bln Ramadhan, kami beramai2 ke Matric PJ..berbuka puasa dgn rakan2...
Entah macam mana, kene food poisoning pulak..bahana makanan kat bazaar Ramadhan seksyen 16...

Kalau dah food poisoning, faham2 sajelah...muntah2, cirit2 etc...
Dlm pkl 10, kebetulan Mak telefon, tanyakan khabar...
Aku ceritakanlah keadaan aku yg sebenar..

Lebih kurang jam 12 tgh malam....Mak & Ayah tiba di Gombak dari Muar..
Membawakan seperiuk bubur nasi buat aku....siap dgn rice cooker baru (dipakai hinggalah final semester di UIA)

Begitulah kasih Mak Ayah yg takkan mampu aku balas sampai bila2...

Malam tadi aku termimpikan Mak..
Ada kenduri, ramai yg datang..Kemudian Mak bangun & ucapkan terima kasih pada semua hadirin...Terus aku terbangun utk sahur pagi ini....

Renung2kan pesan Rasulullah..celakalah 3 golongan ini...
  • Seseorang yg bila tiba bulan Ramadhan, tapi dosa2nya tidak terampun
  • Seseorang yg tidak berselawat bila mendengar nama Rasulullah s.a.w.
  • Seseorang yg masih ada ibu bapa tpi tidak membuat khidmat bakti kepada mereka

Ya-Allah, berikan kami kekuatan utk menjadi lebih bertaqwa kepadaMU, Amin.....










Aug 16, 2010

N + 5

How's Ramadhan so far??

Moga2 pesanan Imam Ghazali dpt kita jadikan pedoman (self-explanatory):-
  • Jaga Mata
  • Jaga Telinga
  • Jaga Lidah
  • Jaga Tangan & Kaki
  • Elakkan pembaziran (bersederhana - makanan, pakaian & lain2nya)
  • Khauf (takut, risau & bimbang kalau2 ibadah puasa kita sekadar lapar & dahaga)

Ramadhan medan ujian...
Semoga 30 hari yg dilalui dpt melenturkan hati kita agar sentiasa berdamping dgn kebaikan & menjauhi keburukan..
Wallahua'lam..

Aug 10, 2010

N - 1



Kepada semua,

Ampun & maaf atas segala kesalahan tutur kata, perbuatan, penulisan mahupun tingkah laku...

Semoga dapat kita lalui Ramadhan kali ini dgn lebih baik dari Ramadhan2 sebelumnya, Insya-Allah....



Ikhlas,

Mohd Zairy Mohd Tamam

Nadiah Misman

Amierah Humairah



****************************

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Aug 8, 2010

An Epilogue (updated 7.8.10)

Prior to 5 Julai 2010
Sejak seminggu lps, tiap2 hari aku follow up ngan Ayah, tentang keadaan Mak yg tak lalu nak makan, kerap muntah bile makan byk..Mula2 aku call Dr.Azrif, yg handle kes Mak. Tapi dia di Spain, ade conference. 6 Julai baru blk..Doc2 yg lain byk yg under-training or rotation.
Aku cuba call HUKM mtk advice, psl monthly appointment 20 Julai nanti. Diorg ckp kalo kritikal, terus bwk gi Emergency.
Or else, bawak gi Hospital Muar dulu. Tapi aku cakap Ayah, Isnin ni bwk terus HUKM..hope diorg akan entertain..
(Patient ramai sgt, kadang2 yg walk-in ni kene tunggu lambat skt)

5 Julai 2010
Pagi tu dari Muar, Ayah bwk Mak gi HUKM..Dlm pkl 12pm gitu, aku mtk permission boss aku nak keluo kejap...
Alhamdulillah, sampai2 je sana, Prof. Fuad (Head of Onkology) sedang check previous record Mak..
Seminggu lebih tak jumpa Mak, susut berat badan Mak. Aku panggil dia sahut, tapi respon sgt lemah.. Bayangkan sehari cuma sesudu nasik je yg Mak makan..

After a few physical check etc...Prof. Fuad suruh Mak masuk wad..Sedang Ayah sorong Mak naik wheelchair keluar bilik Prof, aku tanya Prof camne keadaan semasa Mak. Sejak abis kimo Feb'10 & even masa kimo, mmg tak penah Mak muntah2..

Aku            : Camne Mak saya Prof?
Prof Fuad  : (Geleng kepala). Your mum is going downhill?
Aku            : Downhill?

Mendalam sungguh maksud Prof tu. Aku cuba berfikir positif, tapi gugur juga air mata ini..
Maafkan Ee Mak, tak banyak yg Ee dpt tolong...

Aku settlekan urusan check-in Mak ke wad, call wife bagitau perkembangan semasa..
Dia pun mtk blk awal, nak pack up (plan nak temankan Mak mlm ni di wad)

Aku balik ofis semula..
Sejak join Procurement, something I don't have is time...
Aku settlekan mana2 yg kritikal..Toyota Indonesia pulak nak dtg visit supplier Khamis ni. Aku pulak yg in-charge supplier tu..Arghh...kusut...
5.30pm terus cabut ke HUKM semula.

Mak dah dimasukkan ke wad onkologi..
Doc dah bagi painkiller (morphine), maknanya die akan dlm separa sedar...

Saudara-mara dah kami maklumkan tentang keadaan Mak.
Harap2, di wad nanti terjaga makan minum Mak. At least, bag2 air (sodium) tu dpt tambah tenaga Mak.

Lewat petang, Mak Shirin, sepupu Mak (adik kepada arwah Ayah Mie) dtg..Malam pulak Mak Dah sekeluarga pun dtg...

Rupa2nya kat wad pompuan, waris laki2 takleh overnite..Mujurlah semua baju2 dah stand-by. Sendirian la wife aku nampaknye menemankan Mak...
Aku bawa Ayah & Amierah balik. Ayah kepenatan, seharian suntuk di HUKM.
Harap2 Mak dpt berehat, ada kekuatan semula utk berbual2 seperti biasa..

6 Julai 2010
Pagi lepas singgah anto Amierah kat taska kat Masjid Wilayah terus bergegas ke HUKM. Company ade compassionate leave 2 hari, mmg aku plan nak cuti bergilir jaga Mak.
Sampai2 ade sorg Doc pompuan baru lepas nengok keadaan Mak.
Aku tanya camne perkembangan semasa Mak. Doc cuma ckp, dlm 3-4 hari, kalo kesihatan Mak elok, maybe bole bawak balik rumah. Lega sekejap bile dengo.
Pasal makan Mak, nanti dietician akan advise, whether bagi minum susu, or masuk fluid ikut tiub melalui mulut...By all means Doc, asalkan Mak kembali sihat....

Pagi Mak sempat sebut nama Amierah..Aku pesan ptg nanti Amierah dtg nengok Tok Mak..

Ramai juga yg berziarah...Tok Long (ibu kepada Ayah Mie, serta anak2 Mak Nur & Mak Zani, Tik). Tgh hari, Mak Dah, Tok Safi, Tok Anjang, Tok Pet dtg.
Petang pulak Tok Mok, Pak Su & Mak Su pun dtg. Mak & Ayah mertua aku bersama jiran sebelah Cik Hasan pun tiba dari Johor...

Ptg aku bergegas ambil Amierah dari taska. Dapatlah juga dia memanggil2 Tok Mak..

Mak, masih bole respon..
Bile dipanggil, dia akan menoleh. Doc pesan, bercakap2lah dgn Mak..
Dia dengar, cuba akibat painkiller, agak khayal kadang-kala...

Aku bisik2kan kata2 semangat..Mak akan baik semula. Doc kata dlm 3-4 hari Mak dah bole balik..Mak cuma mengangguk..

Mlm tu, Yan meneman Mak di hospital. Wife aku insist utk teman Mak jugak. Tapi Atok Mok pesan, kesihatan baby pun kene jaga..
Kami bertiga blk ke Coalfields. Ayah & Syafiq tido di surau HUKM. Pandai2 masing2 menyorok kalo ade security yg meronda...

Berat hati nak tinggalkan Mak di wad..

7 Julai 2010
Pagi2 masa bgn tido, Amierah yg biasanya akan mtk air milo (susu coklat) tiba2 cakap
"Tok Mak mana? Miyah nak tunjuk keretapi kat Tok Mak..."
Sebak aku & wife mendengarnya...
Mungkin sesuatu yg dimimpikan Amierah sehinggakan terungkap kata2 itu....

Aku masih plan utk cuti...maybe indefinite...compassionate leave berakhir harini.
Hari2 seterusnya, aku tawakal..
W/p tergerak utk aku masuk juga ke ofis, mungkin bergilir2 dgn adik2 yg lain..tapi aku tak sampai hati..nak berenggang dgn Mak..
Sedangkan nak ke toilet & solat pun, hati aku dah gelisah..mana mungkin aku bole buat keje2 yg lainnya... 
Dalam saat2 begini, kalau aku diberhentikan pun, rasa2nya aku rela....

Apalah sangat pengorbanan ini kalau dibandingkan dgn pergorbanan Mak & Ayah yg selama ini tanpa jemu, tanpa mengeluh & tanpa minta dibalas....

Lepas hantar Amierah ke taska, terus ke HUKM..
Setibanya aku, Dr.Azrif, Prof. Fuad & pakar2 onkologi yg lainnya dtg buat rondaan...
Dr.Azrif panggil Ayah & aku agak jauh dari katil utk berbicara...
"Pn.Zainah in bad condition. Hatinya dah tak berfungsi secara normal"
That explains kenapa Mak muntah2 & hilang langsung selera makan..Hatinya sudah reject sebarang makanan..Doc cuma pesan bole bagi minum air..The worst is yet to come...
Dr.Azrif sambung lagi "Saya minta maaf, utk keadaan Pn. Zainah biasanya hanya ada masa 1-3 minggu sahaja lagi"
Tersentak jantung aku..Aku pandang Ayah. Wajahnya tenang..Ayah memang sentiasa tenang..Aku jeling ke arah katil, Mak tgh tidur...mengalir air mata ini tak mampu tertahan....
Ya-Allah, takkanlah cepat sangat Mak nak tinggalkan kami....

Dr. Azrif minta maaf & terus berlalu, aku kira dia sudah biasa berdepan dgn situasi begini..Biarlah dia berterus terang daripada memberi sebarang harapan palsu..Aku tahu dia sudah beri yg terbaik..

1-3 minggu???Aku tahu itu cuma anggaran..Ajal itu Allah yg tentukan...
Maka, seharusnya aku berdoa & tidak berhenti berdoa....

Seharian hari itu....mata aku sering berkaca tiap kali aku renung muka Mak..
Lesu sungguh muka Mak...maklum sahaja hampir dua minggu tiada apa yg mampu ditelan..
Hanya harapkan air pakai drip buat menambah tenaga..

Ptg itu, Mak dipakaikan oksigen kerana nafasnya agak tercungap2. Mula2 kami agak terganggu sebab sukar bagi kami membisikkan kalimah2 Toyyibah di telinga Mak..
Tapi doktor yakinkan dgn cara ini, kesakitan Mak dpt dikurangkan...

Menyakini Mak masih mendengar, kami sekeluarga bergilir2 membisikkan kalimah Allah ke telinga Mak.
Mudah-mudahan Mak mendengar & mengucapkannya sama...

Lewat petang, semakin ramai yg dtg berkunjung.
Sahabat sepejabatku, Kasturi & hubby Tony turut hadir.
Mereka berdua antara pengunjung tetap tatkala aku terlantar di hospital 2008 dulu..
Moga kalian berdua dikurniakan hidayah Allah, Amin...

Malam itu, kami tidur di rumah sewa di bawah seliaan HUKM di flat Sri Labuan. RM1o semalam..Tak sampai 5 minit dari HUKM.

Antara aku & Ayah, tak banyak yg dibualkan..Masing2 melayan perasaan. Ayah tido di ruang tamu..Aku tatap wajah Ayah...Berat sungguh ujian2 yang menimpa Ayah setahun kebelakangan ini. Harap2 aku dpt meringankan beban Ayah, walaupun tak banyak....


~to be continued~





Aug 3, 2010

N - 7

another 24 hours x 7 days..exactly...

thought of the day...
Berdoa
bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,
kerana tanpa diberitahu pun
Allah sedia mengetahui.
Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya
(dipetik dari Majalah Solusi isu no.22)

**********************

bimbangkan diri aku sendiri sebenarnya..
terasa belum bersedia apa2 langsung utk menghadapi sesuatu yg seharusnya dinantikan oleh kita semua, setiap insan yg bergelar Muslim..

benarlah kata2 Rasulullah, iman itu bertambah & berkurang...

diharapkan, dgn coretan2 seperti ini, dapatlah kiranya membangkitkan 'mood' serta semangat agar mempersiapkan diri..mental, fizikal & spiritual...

semoga dipanjangkan usia hingga detik itu...Amin...



Jul 31, 2010

Wish You Were Here

Tiba dari Coalfields kira2 12 tgh malam tadi...
Agak aneh perasaannya...bila menjejakkan kaki di rumah No.50, Taman Sri Saujana ini..

Terasa kosong...terasa tak lengkap bila disambut oleh Ayah sendirian...

Begitulah sunnatullah...
Yg hidup pasti akan pergi..

Bangun pagi begitu juga..
Terasa kerinduan yg teramat...

Saat menjejakkan kaki menziarah pusara Emak, tenang sejenak jiwa ini..

Aku bukanlah insan soleh..
Tentu saja bimbang, tak mampu memenuhi kriteria amalan2 yg tak putus utk org yg sudah ke rahmatullah....

Emak, Ee pohon ampun & maaf atas segalanya...Ee akan cuba & terus mencuba..
Sehingga diri ini benar2 layak digelar anak yg soleh..
Agar doa2 ini, terus sampai ke pangkuan Emak...
Beroleh rahmat Allah di alam barzakh...Ditempatkan di syurga, bersama para anbiya' & solihin....
Amin...

Al-Fatihah



Jul 27, 2010

An Epilogue (updated 7.8.10)

Prior to 5 Julai 2010
Sejak seminggu lps, tiap2 hari aku follow up ngan Ayah, tentang keadaan Mak yg tak lalu nak makan, kerap muntah bile makan byk..Mula2 aku call Dr.Azrif, yg handle kes Mak. Tapi dia di Spain, ade conference. 6 Julai baru blk..Doc2 yg lain byk yg under-training or rotation.
Aku cuba call HUKM mtk advice, psl monthly appointment 20 Julai nanti. Diorg ckp kalo kritikal, terus bwk gi Emergency.
Or else, bawak gi Hospital Muar dulu. Tapi aku cakap Ayah, Isnin ni bwk terus HUKM..hope diorg akan entertain..
(Patient ramai sgt, kadang2 yg walk-in ni kene tunggu lambat skt)

5 Julai 2010
Pagi tu dari Muar, Ayah bwk Mak gi HUKM..Dlm pkl 12pm gitu, aku mtk permission boss aku nak keluo kejap...
Alhamdulillah, sampai2 je sana, Prof. Fuad (Head of Onkology) sedang check previous record Mak..
Seminggu lebih tak jumpa Mak, susut berat badan Mak. Aku panggil dia sahut, tapi respon sgt lemah.. Bayangkan sehari cuma sesudu nasik je yg Mak makan..

After a few physical check etc...Prof. Fuad suruh Mak masuk wad..Sedang Ayah sorong Mak naik wheelchair keluar bilik Prof, aku tanya Prof camne keadaan semasa Mak. Sejak abis kimo Feb'10 & even masa kimo, mmg tak penah Mak muntah2..

Aku            : Camne Mak saya Prof?
Prof Fuad  : (Geleng kepala). Your mum is going downhill?
Aku            : Downhill?

Mendalam sungguh maksud Prof tu. Aku cuba berfikir positif, tapi gugur juga air mata ini..
Maafkan Ee Mak, tak banyak yg Ee dpt tolong...

Aku settlekan urusan check-in Mak ke wad, call wife bagitau perkembangan semasa..
Dia pun mtk blk awal, nak pack up (plan nak temankan Mak mlm ni di wad)

Aku balik ofis semula..
Sejak join Procurement, something I don't have is time...
Aku settlekan mana2 yg kritikal..Toyota Indonesia pulak nak dtg visit supplier Khamis ni. Aku pulak yg in-charge supplier tu..Arghh...kusut...
5.30pm terus cabut ke HUKM semula.

Mak dah dimasukkan ke wad onkologi..
Doc dah bagi painkiller (morphine), maknanya die akan dlm separa sedar...

Saudara-mara dah kami maklumkan tentang keadaan Mak.
Harap2, di wad nanti terjaga makan minum Mak. At least, bag2 air (sodium) tu dpt tambah tenaga Mak.

Lewat petang, Mak Shirin, sepupu Mak (adik kepada arwah Ayah Mie) dtg..Malam pulak Mak Dah sekeluarga pun dtg...

Rupa2nya kat wad pompuan, waris laki2 takleh overnite..Mujurlah semua baju2 dah stand-by. Sendirian la wife aku nampaknye menemankan Mak...
Aku bawa Ayah & Amierah balik. Ayah kepenatan, seharian suntuk di HUKM.
Harap2 Mak dpt berehat, ada kekuatan semula utk berbual2 seperti biasa..

6 Julai 2010
Pagi lepas singgah anto Amierah kat taska kat Masjid Wilayah terus bergegas ke HUKM. Company ade compassionate leave 2 hari, mmg aku plan nak cuti bergilir jaga Mak.
Sampai2 ade sorg Doc pompuan baru lepas nengok keadaan Mak.
Aku tanya camne perkembangan semasa Mak. Doc cuma ckp, dlm 3-4 hari, kalo kesihatan Mak elok, maybe bole bawak balik rumah. Lega sekejap bile dengo.
Pasal makan Mak, nanti dietician akan advise, whether bagi minum susu, or masuk fluid ikut tiub melalui mulut...By all means Doc, asalkan Mak kembali sihat....

Pagi Mak sempat sebut nama Amierah..Aku pesan ptg nanti Amierah dtg nengok Tok Mak..

Ramai juga yg berziarah...Tok Long (ibu kepada Ayah Mie, serta anak2 Mak Nur & Mak Zani, Tik). Tgh hari, Mak Dah, Tok Safi, Tok Anjang, Tok Pet dtg.
Petang pulak Tok Mok, Pak Su & Mak Su pun dtg. Mak & Ayah mertua aku bersama jiran sebelah Cik Hasan pun tiba dari Johor...

Ptg aku bergegas ambil Amierah dari taska. Dapatlah juga dia memanggil2 Tok Mak..

Mak, masih bole respon..
Bile dipanggil, dia akan menoleh. Doc pesan, bercakap2lah dgn Mak..
Dia dengar, cuba akibat painkiller, agak khayal kadang-kala...

Aku bisik2kan kata2 semangat..Mak akan baik semula. Doc kata dlm 3-4 hari Mak dah bole balik..Mak cuma mengangguk..

Mlm tu, Yan meneman Mak di hospital. Wife aku insist utk teman Mak jugak. Tapi Atok Mok pesan, kesihatan baby pun kene jaga..
Kami bertiga blk ke Coalfields. Ayah & Syafiq tido di surau HUKM. Pandai2 masing2 menyorok kalo ade security yg meronda...

Berat hati nak tinggalkan Mak di wad..

7 Julai 2010
Pagi2 masa bgn tido, Amierah yg biasanya akan mtk air milo (susu coklat) tiba2 cakap
"Tok Mak mana? Miyah nak tunjuk keretapi kat Tok Mak..."
Sebak aku & wife mendengarnya...
Mungkin sesuatu yg dimimpikan Amierah sehinggakan terungkap kata2 itu....

Aku masih plan utk cuti...maybe indefinite...compassionate leave berakhir harini.
Hari2 seterusnya, aku tawakal..
W/p tergerak utk aku masuk juga ke ofis, mungkin bergilir2 dgn adik2 yg lain..tapi aku tak sampai hati..nak berenggang dgn Mak..
Sedangkan nak ke toilet & solat pun, hati aku dah gelisah..mana mungkin aku bole buat keje2 yg lainnya... 
Dalam saat2 begini, kalau aku diberhentikan pun, rasa2nya aku rela....

Apalah sangat pengorbanan ini kalau dibandingkan dgn pergorbanan Mak & Ayah yg selama ini tanpa jemu, tanpa mengeluh & tanpa minta dibalas....

Lepas hantar Amierah ke taska, terus ke HUKM..
Setibanya aku, Dr.Azrif, Prof. Fuad & pakar2 onkologi yg lainnya dtg buat rondaan...
Dr.Azrif panggil Ayah & aku agak jauh dari katil utk berbicara...
"Pn.Zainah in bad condition. Hatinya dah tak berfungsi secara normal"
That explains kenapa Mak muntah2 & hilang langsung selera makan..Hatinya sudah reject sebarang makanan..Doc cuma pesan bole bagi minum air..The worst is yet to come...
Dr.Azrif sambung lagi "Saya minta maaf, utk keadaan Pn. Zainah biasanya hanya ada masa 1-3 minggu sahaja lagi"
Tersentak jantung aku..Aku pandang Ayah. Wajahnya tenang..Ayah memang sentiasa tenang..Aku jeling ke arah katil, Mak tgh tidur...mengalir air mata ini tak mampu tertahan....
Ya-Allah, takkanlah cepat sangat Mak nak tinggalkan kami....

Dr. Azrif minta maaf & terus berlalu, aku kira dia sudah biasa berdepan dgn situasi begini..Biarlah dia berterus terang daripada memberi sebarang harapan palsu..Aku tahu dia sudah beri yg terbaik..

1-3 minggu???Aku tahu itu cuma anggaran..Ajal itu Allah yg tentukan...
Maka, seharusnya aku berdoa & tidak berhenti berdoa....

Seharian hari itu....mata aku sering berkaca tiap kali aku renung muka Mak..
Lesu sungguh muka Mak...maklum sahaja hampir dua minggu tiada apa yg mampu ditelan..
Hanya harapkan air pakai drip buat menambah tenaga..

Ptg itu, Mak dipakaikan oksigen kerana nafasnya agak tercungap2. Mula2 kami agak terganggu sebab sukar bagi kami membisikkan kalimah2 Toyyibah di telinga Mak..
Tapi doktor yakinkan dgn cara ini, kesakitan Mak dpt dikurangkan...

Menyakini Mak masih mendengar, kami sekeluarga bergilir2 membisikkan kalimah Allah ke telinga Mak.
Mudah-mudahan Mak mendengar & mengucapkannya sama...

Lewat petang, semakin ramai yg dtg berkunjung.
Sahabat sepejabatku, Kasturi & hubby Tony turut hadir.
Mereka berdua antara pengunjung tetap tatkala aku terlantar di hospital 2008 dulu..
Moga kalian berdua dikurniakan hidayah Allah, Amin...

Malam itu, kami tidur di rumah sewa di bawah seliaan HUKM di flat Sri Labuan. RM1o semalam..Tak sampai 5 minit dari HUKM.

Antara aku & Ayah, tak banyak yg dibualkan..Masing2 melayan perasaan. Ayah tido di ruang tamu..Aku tatap wajah Ayah...Berat sungguh ujian2 yang menimpa Ayah setahun kebelakangan ini. Harap2 aku dpt meringankan beban Ayah, walaupun tak banyak....


~to be continued~






Jul 25, 2010

Something About Work

Baru sebentar tadi menghadiri Thank You Dinner aka Annual Dinner..
Hajat di hati nak menang best prize, TV Plasma 50". Macam biasa, gigit jari je la...
Nak compete Best Dress, rase2nye tu je la sekali....Tobat takmo lagi dah...hehehe...

Sesuatu yg menggamit perasaan aku...bagaimanapun, adalah award2 kepada 10, 20 & 30 tahun long-service award....yg 10 tahun lebih kurang 80 org..yg 20 thn dlm 30..pastu yg 30 thn dlm 8 orang...
betapa ramai sungguh loyal employees kat kilang aku ni...

Penah jugak sorang bos Jepun bercerita, bagaimana kat Jepun...antara budaya mereka adalah loyalty..
Sampaikan mereka akan berharap generasi anak, cucu & seterusnya akan menyambung legasi mereka...
Begitulah.....



30 Jun tempoh hari, genaplah 5 tahun aku kat Toyota ni..
Pejam celik, rase kejap benar masa berlalu...

Sejak Jun jugalah, aku dipindahkan ke dept lain, yg menuntut komitmen lebih daripada aku...

Sejak aku keje jdk auditor kat PwC 5 tahun yg sudah, kali ni aku kembali berdepan dgn 3rd party..yg bermacam ragam..
Sampaikan masa aku kat wad tatkala Mak sedang sakit, asyik le ade org tepon tak putus2...

Seronok??
Apa2 exposure yg baru, pada aku memang seronok..
Asalkan tak stay sampai pkl 12-1 pagi kat ofis mcm aku keje audit dulu, rase2nya aku masih OK lagi..insya-Allah..

Berbalik kisah long-award tadi..
Aku congak2 blk, andai kata aku dipanjangkan umur...maka 2036 le tahun aku pencen..
Mungkinkah aku masih di sini lagi???

Wallahua'lam...

Jul 22, 2010

Selamat Hari Lahir Ayah

Dengan penuh kesabaran Ayah menghadapi ujian demi ujian yang mendatang...
Aku pohon padaMU Ya-Allah, tinggikan darjat Ayahku, kurniakan kebaikan & kesejahteraan buatnya di dunia & akhirat...Amin....





Dari Anakmu,
Mohd Zairy Mohd Tamam
22 Julai 2010 @ 10 Syaaban 1431

Jul 19, 2010

Kehadiran yang Dinanti..Pemergian yang Ditangisi..

Sedar tak sedar, malam ini sudah 8 Syaaban...
Cuma berbaki beberapa hari sebelum menjengah bulan yg mulia...
Hajat di hati, aku nak countdown seperti tahun yg sudah...
Terasa sgt kesannya bilamana kita menantikan sesuatu utk diraikan...

Namun, detik2 menghampiri Ramadhan kali ini...
Satu demi satu ujian yg melanda..
Sampai aku tak bernafsu langsung nak mencoretkan apa2...
 
Aku cuba berpegang dgn kata2, semakin berat ujian semakin tinggilah martabat seseorang itu..
Tapi, aku cuma insan biasa..
Yang pastinya, aku sedar bahawa ujian2 ini lebih kepada kifarah atas segala salah & silap aku selama ini...


********************

Artikel dlm the Sun, sempat gak aku baca pagi tadi...
Baru bercita2 nak menulis novel...kisah hidup aku...
Nampaknya, mungkin bait2 novelku akan kedengaran seperti ini...

Once upon a time, there was a boy called Harry Potter, whose uncle told him he was a liability. But the boy felt unwilling to accept this designation without qualification, since his parents were off-balance sheet, that is, missing.

One day, a strange visitor named Hagrid gave the boy some professional advice: "Your fortunes may go up or they may go down but due diligence requires me to inform you that you are not a liability of the muggle class, but an asset of the wizard class."

The young asset travelled to Hogwart’s School for a set of "add value" courses expected by analysts to cause a significant appreciation in his book value. In class, Harry met a female asset called Hermione and thought about having a merger with her.

But he was distracted because an outside party called Voldemort earmarked him for 100% depreciation (that’s death).

A huge takeover battle followed, with Voldemort attempting a hostile acquisition followed by a total liquidation of Harry and associated assets.

Harry won by using an unlisted extraordinary item called heroism.

In a huge EGM of interested parties at Hogwarts Hall, Harry found that his book value had increased considerably. However, there was no merger with Hermione.

"Also, I haven’t found my parents, who are still listed as receivables," Harry said. As a result, analysts suggested that there may be room for subsidiary or spin-off adventures.

(Artikel penuh di sini.)

Aku cuba ketawa sendiri...tapi tetap tawar...


**************************

Life goes on...
Mengungkapkannya memanglah mudah...
Tapi tatkala terkenangkan memori2 lama bersama Emak, air mata ini murah benar rasanya...
"Sincerely hope time will heal"...begitulah e-mail bossku.. 

Harap benar masa bakal merawat luka...


**************************

Ramadhan semakin hampir...
Friendly reminder:-
  • Gantilah puasa2 yg tertunggak...
  • Biasa2kanlah bangun pagi utk bersahur & berqiam 2-4 rakaat sekurang2nya...
  • Rajin2 ke surau/masjid...bimbang jugak dikutuk tiang masjid...bila malam Ramadhan, apasal lak penuh mengalahkan solat Jumaat....
  • Bersiaplah...dgn cara yg kita rasa selesa & bersemangat dgnnya...mungkin dgn memborong kurma Yusof Tayyob...beli jubah ke, kopiah baru ke, Quran ke, ...pasang azam nak penuh Terawikh dll...
  • Azam, azam & azam...utk kita jadi lebih baik selepas ini...Ingat suatu ketika bila Jibril mengucapkan celaka kepada orang yg berlalunya Ramadhan namun tak terhapus dosa2nya...di'Amin'kan pula Rasulullah....
  • Ini yg susah skt...cuba2lah lawan perasaan teringatkan hari raya melebihi yg selayaknya... (Baju, kuih, kasut??Bawak2 le bertenang...)
Ingatan2 ini lebih pada penulis sendiri...

"Ya-Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami dalam bulan Rejab & Syaaban dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga ke bulan Ramadhan...AMIN"



Jul 12, 2010

Untukmu Ibu...




Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini

Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Oh ibu..
Damailah engkau di sana
Kutaburi doa mewangi
Hadiah dari anakmu...

Ibu...

Jul 4, 2010

Tentang Bola

Syukur & mujurlah...demam World Cup aku tidak seteruk dulu2...

Bayangkan kalau sanggup berjaga malam semata2 nak nengok game yg kadang2 resultnye 0-0...
Tapi dulu2 la, bujang2 dulu..hehehe

Dan kini baru aku sedar kenapa Astro beria2 naikkan charge utk pakej Sports...
Nak bayo Messi & Lampard yg ketuk pintu sambil pakai baju Astro tu agak2 berapa diorg bayo??
Kalo setakat 10-20 ribu..aku tak rase diorg heran...

Apapun, aku patut applaud gak dgn cara diorg replay game tu lagi & lagi..
W/p tak nengok live, rase2nye takde la rugi mane kalo nengok highlight aje...
Lagi jimat masa, diorg dah sortkan mane2 babak2 yg cantik2 aje...

Tak perlu aku ulas siapa bakal julang...
tournament masih berlangsung, nanti sub judice lak...
hahahaha (ni le bahana berwifekan serta bersahabatkan ahli2 mahkamah...)

May the best team wins..

Aku tak puas hati betul, bile prediction wife aku benar belaka yg Brazil & Argentina akan kalah...

Kalo ikut die...final bakal Holland vs Germany & Holland is going to win the Cup...
I beg to differ....Spain nak letak mane yang oiiiiiii!!!!!!

Jun 14, 2010

Senang vs Tenang

Kalau tanya aku, nak senang ke nak tenang???
For sure la nak dua2....
What a silly simple question!

Kita sememangnya perlukan kesenangan..demi keperluan hidup kita sehari2..
Namun, adakah dengan senangnya kita akan membuatkan kita tenang?
Kalau ya jawapannya, alhamdulillah...kalau bukan, maka perlulah kita renung & fikirkan kembali tujuan kita mencari kesenangan..

Berapa ramai orang yang senang, tapi jiwa tidak tenang...
Tapi janganlah dikejar tenang itu hingga terabai senang..

Bayangkan galah itu sebagai keperluan, dan buah yg ingin dijolok itu sebagai tujuan..
Sudah pasti kedua2nya sama penting..
Tapi hakikatnya, yang ingin kita makan adalah buah (tujuan) itu & bukannya galah (keperluan)...



Dan, kadang2 kita tak perlu pun galah yg terlalu panjang utk sebiji buah di pohon yg rendang..

Kan?

Jun 10, 2010

Sentuhan Jiwa

Tak banyak bahan bacaan yg mampu menyentuh jiwa...

Kebiasaannya, 'wavelength' tak sama...boleh jadi ilmu si penulis terlalu tinggi nak dibanding dgn pembaca.. Boleh jadi juga penulis yg 'syok sendiri'...

Maka, penulisan yg baik dpt 'tackle' audience secara keseluruhannya...

Utk itu, aku syorkan satu majalah.. Solusi namanye...
Aku tak tau org lain, tapi bagi aku tulisan2 & artikel2 yg disiarkan amat dekat dgn jiwa, seterusnya diharap dpt melembutkan jiwa yg kadang2 kotor & sering tersasar...

Wallahua'lam...

Jun 5, 2010

Just Do it

Just Do It...
Tagline Nike kalo tak silap aku...

Memanglah...sebagai manusia..kita akan buat apa yg kita rasakan baik..

Tapi belum tentu apa yg kita buat tu sememangnya baik secara hakikinya..
Cuma Allah yg Maha Mengetahuinya....

Yes, you can just do it..
but think twice before you do it..

"Kita akan dipersoalkan atas setiap apa yg kita kerjakan"

May 30, 2010

Blog, FB & Whatnot

2 tahun lebih aku berblog...
Nak mula memang tak susah, tapi nak memaintainkan..sgt2 susah..

Menulis blog ni, ada byk matlamat & tujuan...
Tapi aku lebih suka melihatnya sebagai satu alat...

Matlamat aku menulis, pada awalnya tentulah utk berkongsi pengalaman...disahkan menghidap kanser..
kemudiannya menjalani kimoterapi...
Saudara, sahabat handai ramai yg inginkan perkembangan terkini
Takkan nak jumpa, telefon selalu..
Maka melalui blog, dapat juga aku update keadaan semasa..
Masa tu FaceBook pun blm seglamer sekarang...

Lama2, matlamat aku jadi lain...
Memang tak salah berkongsi kegembiraan, kesedihan di blog...
Tapi sebagai manusia, kadang2 kita 'terlajak' dari batas yg sepatutnya..
Terlalu rumit utk dijelaskan, harap2 secara generalnya...korang bole tangkap maksud aku ni..

Kerana itu juga, aku 'deactivate'kan FB aku suatu masa dahulu..
Tapi entah kenapa tiba2 ia 'hidup' semula...

Namun, bila aku renung2 semula...ada juga manfaatnya..jadi aku biarkan sebegitu..
sekurang2nya aku dpt jemputan kahwin kawan2...berhubung dgn kawan2 yg lama giler tak dengo berita etc2....
Cuma, secara peribadi aku rase kadang2 org gunakan FB buat sebagai alat tapi matlamat...
Mungkin sebab itulah, nak ke tandas pun diwar2kan seantero dunia...

Aku ada juga dpt nasihat2 yg tidak menggalakkan diletakkan gambar2 kita, bimbang ada unsur sihir etc...
Ada kebenarannya...kerana sudah ada yg terkena...

Berbalik kepada alat vs matlamat...
Pendek kata, kalau medium2 social network ni kita jadikan matlamat, maka sehari kita tak jenguk terasa mcm hidup tak sempurna..
Sedangkan byk lagi urusan lain yg perlukan perhatian yg lebih..
Kalau di ofis, andai semua kerja dah beres...tiada halangan utk berFB, berblog dll
Tapi kalau kerja entah ke mana....Nabil cakap "Lu Pikir La Sendiri"

Aku sendiri pun penah gak ter'addicted', asyik nak meng'update' blog...
Kerana itu, aku 'revamp' blog aku ni, bio jdk plain, simple, dull, hodoh, sgt tak colourful etc....
Untuk ingatan buat diri aku, ianya hanyalah sekadar alat...menyampaikan, berkongsi sesuatu yg bole jdk manfaat...

Dan, aku tidak mengharap orang lain sependapat dgn aku...
Wassalam

> Tentang iklan Google Adsense & Nuffnang di blog...
>> Pesanan Ustaz Zaharuddin tentang Facebook.
Berhati2lah... [Tapi nak tulis pegi tandas takde masalah... Takut meloyakan org je la... :-) ]


.

May 28, 2010

ChickyNud Turn 4

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

Semakin lama aku kenal 'dunia' ni, semakin resah dan gelisah utk aku teruskan perjalanan hidup..

Bunyinya seperti berputus asa..
Tidak sebenarnya....
Cuma risaukan dgn segala ujian nikmat & kesusahan, takut2 iman & taqwa semakin berkurangan, bukannya bertambah...
Apapun, ku harapkan pengakhiran yg baik buat diriku serta orang2 di sekelilingku, Amin..

28 May...aku perlu mencoretkan sesuatu..
Ia milestone kami...tarikh keramat bermulanya perkongsian hidup..
Kini sudah tahun ke empat...insya-Allah selamanya...

Mengimbas kembali detik aku disahkan menghidap testicular cancer...Saat itu sebenarnya aku sudah terbayangkan bahawa aku hidup dah tak lama lagi...
Namun tika itu aku berdoa pada Allah..

"Andai matiku ini baik utk semua, maka ambillah nyawa ini..
Tapi andai ada lagi manfaat sekiranya aku terus hidup...maka panjangkanlah umur aku...."

Ternyata, tidak cukup lagi kifarah utk aku..maka Allah izinkan aku terus menghirup nafas...dgn harapan aku tidak akan lupa janji2 aku sebelum ini...

Terkenang tatkala meraikan Tahun ke-2, mahupun Tahun ke-3...
(bagus jugak ade blog ni, dpt gak flashback memori2 daun pisang..)

Kalau di ofis aku, budaya 'Kaizen' bermaksud continuous improvement...
Kalau aku praktikkan utk tujuan anniversary aku ni..paling koman pun aku kene bawak holiday oversea....hehehe...

Apapun, begitulah kita manusia...semakin hari kite mengharapkan semakin baik apa yg kita ada..

Rasulullah pun pernah berpesan..jika diberi segunung emas..manusia itu tetap takkan puas..mengharapkan segunung lagi emas...

Jadi, beruntunglah orang2 yg mengerti hakikat hidup ini, mengambil semua yg ada dgn kadar yg sepatutnya..
Insya-Allah, dgn mengharapkan keredhaan Allah...semoga bahagia yg dikecapi di dunia ini, berkekalan hendaknya hingga ke syurga...Amin..Amin..Amin...

Terima kasih buat Nadiah, isteriku..semoga redha Allah milik kita bersama selamanya....

Adios....Wassalam....

P/S: It was an earlier gift for our 4th anniversary..Amierah will be kak long come Dec 27th 2010..Insya-Allah...

May 16, 2010

Adat vs Ibadat..

Yang membezakan adat & ibadat adalah niat...

Jika kita makan, minum, tidur...
Mahupun bekerja makan gaji, kerja sendiri mahupun jdk bos...

Atau dlm perkara2 ibadah rutin (khusus) sekalipun....berwudhu, solat2 dll

Maka ternyata, tanpa niat kerana Allah..maka sekadar adatlah apa2 yg kita lakukan segalanya itu..

Kerana itu, pastikan diri kita, sentiasa berniat dalam setiap perkara yg kita buat..
Indahnya hidup sebagai Muslim sebenarnya, setiap hembusan nafas kita, dalam redha & rahmat Allah...

Oh, usah disangka derita itu kerana murkaNYA...
barangkali di akhirat sana, bergunung2 keampunan, rahmat & redha Allah..

Usah juga kita menyangka, bahagianya kita kini dgn segala kurnia tanda mulianya kita di sisiNYA...
Barangkali, di 'sana' nanti, kitalah orang paling muflis.... Nauzubillah....

"Apakah kamu menyangka kamu orang yg beriman, sedang kamu belum diuji dgn ujian2 yg telah ditimpakan kepada org2 terdahulu daripada kamu..."

Duhai diri, duhai hati...
Istiqamahlah dlm beribadah...dlm menjalani hidup di dunia ini...
Amin....

May 14, 2010

what a chase

apabila kita mengejar dunia,maka akhirat akan lari meninggalkan kita.

jika kita kejar akhirat,nescaya dunia akan lari mengejar kita.

May 8, 2010

Truth

Kadang2 kita sgt2 mengharapkan kebenaran akan muncul di depan mata kita...
Tapi ia tak kunjung tiba, sampai kita tertanya2..kitakah yang bersalah..
Ataupun kita di pihak yg batil sebenarnya??

Bagi mereka yg mendambakan kebenaran, pastinya tidak putus asa berdoa & mengharap Allah tunjukkan kebenaran...
Namun ia tetap tak kunjung tiba..

Boleh jadi Allah hijab kebenaran, lantaran dosa2 kita yg lalu...
Lantas sucikanlah titik2 hitam dgn air mata taubat..

Mungkin juga Allah tangguhkan kebenaran agar ia lebih manis dinikmati di kemudian hari..Maka bersabarlah...

Tidak mustahil juga Allah ganti kebenaran di dunia dgn ganjaran syurga di akhirat..
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segalanya..
Bersangka baiklah dgnNYA..

At the end, truth will prevail..
Sooner, later or in the Hereafter..

Wallahua'lam..

Apr 27, 2010

Ibarat Tikar

Ada seorang ustaz bagitau,
Rasulullah pernah berpesan, org yg beriman akan sentiasa diuji.
Ujian yg dtg pula ibarat tikar..berlapis2...
Maka, sabar adalah kuncinya..



Kita mudah menasihatkan orang supaya bersabar..
Tapi bila kita ditimpa sebarang musibah..maka, di situlah sebenarnya teruji iman kita...

Semoga Allah kurniakan kekuatan & ketabahan utk terus sabar menempuh ujian...Amin...

Apr 24, 2010

Good & Bad Deeds

bilamana kita ditimpa kesusahan..manusia akan mula mengenang apakah dosa & kesalahan sehingga diuji sedemikian rupa??
dan bila diberi kesenangan, mudah pula kita berkira2 atas kebaikan & pahala apakah kita dikurniakan kebaikan itu...

mungkin fitrah manusia begitu...

apa kata, kita 'twist' sedikit perasaan yg sebegitu..

bilamana diuji, kita renung2 kembali dosa2 kita..
sudah cukup di'kifarah'kan kah..atau masih byk lagi 'hutang' yg belum langsai?
kalau belum, maka perlu kita risau nasib kita di sana..bimbang muflis di sisi Allah..

bila dilambung kesenangan, kita renung kebaikan kita...adakah Allah bayar 'cash' di dunia lantas tiada apa kebaikan kita yg tinggal utk dipersembahkan kepada Allah di Mahsyar kelak??



++ ingatlah kejahatan kita pada orang dan lupakan (maafkan) kejahatan orang lain kepada kita dan ingatlah kebaikan orang kepada kita serta lupakan kebaikan kita kepada orang lain ++



mudah-mudahan sifat ikhlas & tawadhuk sentiasa mekar di hati kita.. Amin..

Wallahua'lam....





Apr 17, 2010

Less is More

Kita hidup, kalau bole hendak serba serbi cukup.
Tapi bile dah cukup, kita tetap tak rasa cukup & nak tambah lagi biar cukup betul..
Cukup betul2??
Alamatnya sampai 'kiok' pun takkan puas..

Suatu kesusahan bagi diri kita, mungkin pada org lain merupakan satu kemewahan yg hanya mampu diimpikan..
Begitulah nafsu...sentiasa mengejar apa yg tiada..

Kalaulah ada ubat mujarab utk lawan nafsu...Kalaulah...

Ada...malahan banyak..
Tapi keywordnya, kena banyak mujahadah..

Ustaz Zahazan pesan 5 benda pagi tadi
1- Quran jgn selalu tak baca (tiap2 hari kena)
2- Berkawan dgn org2 soleh
3- Qiamualail cuba jadikan amalan harian
4- Perbanyakkan puasa sunat
5- Istigfar (ikut sunnah 70 kali, ade riwayat lain 100 kali)

Semua ini dapat membersihkan hati & hati akan sentiasa tenang..
Cakap memang mudah..
Ikut kemampuan & keazaman kita setinggi mana mampu kita amal...
Insya-Allah..

OK, kalo tak suka org bebel lama2 kat kita, jgn la kita pun suka bebel macam2...hehehe..
maka, saya berhenti di sini..sekian terima kasih... :-)

Adios...Wassalam...






Apr 14, 2010

2nd Year of Black 14

Salam...

Kadang2 terasa baru semalam peristiwa itu berlaku.
Sepanjang 2 tahun ini juga, byk sungguh pengalaman2 baru yg aku kutip..
Ada yg perit & pedih, ada juga yg indah...semuanya bercampur baur...

Semua yg terjadi ternyata mematangkan, seusai umur yg semakin meningkat..Kita mungkin lebih matang daripada semalam, & harap2nya esok kita akan lebih matang dari hari ini...

Orang kata, barang yg lepas usah dikenang..

Tapi, aku tetap rasa sejarah juga penting utk kita renung, kalau tidak masakan subjek Sejarah (antara subjek yg aku takuti masa SPM pasal malas membaca) antara core subjek dlm syllabus, ye tak?? Ok lah, not in the mood untuk melalut & membebel yg bukan2..hehehe...

Nothing much to write..
I wish that "one of best moments happened to my life" will always fresh in my mind...the pain & whatnots..
So that I will always remember that the death is around the corner, it will come just like that..
So that I will always be prepared...to the 'real' life which is infinity...
Wallahua'lam...

p/s: Treasure every moment is temporarily assessible, in conjunction with Black 14.. :-)
Keep treasuring your life, hopefully we are getting wiser day-by-day, Insya-Allah...