Sejak seminggu lps, tiap2 hari aku follow up ngan Ayah, tentang keadaan Mak yg tak lalu nak makan, kerap muntah bile makan byk..Mula2 aku call Dr.Azrif, yg handle kes Mak. Tapi dia di Spain, ade conference. 6 Julai baru blk..Doc2 yg lain byk yg under-training or rotation.
Aku cuba call HUKM mtk advice, psl monthly appointment 20 Julai nanti. Diorg ckp kalo kritikal, terus bwk gi Emergency.
Or else, bawak gi Hospital Muar dulu. Tapi aku cakap Ayah, Isnin ni bwk terus HUKM..hope diorg akan entertain..
(Patient ramai sgt, kadang2 yg walk-in ni kene tunggu lambat skt)
5 Julai 2010
Pagi tu dari Muar, Ayah bwk Mak gi HUKM..Dlm pkl 12pm gitu, aku mtk permission boss aku nak keluo kejap...
Alhamdulillah, sampai2 je sana, Prof. Fuad (Head of Onkology) sedang check previous record Mak..
Seminggu lebih tak jumpa Mak, susut berat badan Mak. Aku panggil dia sahut, tapi respon sgt lemah.. Bayangkan sehari cuma sesudu nasik je yg Mak makan..
After a few physical check etc...Prof. Fuad suruh Mak masuk wad..Sedang Ayah sorong Mak naik wheelchair keluar bilik Prof, aku tanya Prof camne keadaan semasa Mak. Sejak abis kimo Feb'10 & even masa kimo, mmg tak penah Mak muntah2..
Aku : Camne Mak saya Prof?
Prof Fuad : (Geleng kepala). Your mum is going downhill?
Prof Fuad : (Geleng kepala). Your mum is going downhill?
Aku : Downhill?
Mendalam sungguh maksud Prof tu. Aku cuba berfikir positif, tapi gugur juga air mata ini..
Maafkan Ee Mak, tak banyak yg Ee dpt tolong...
Aku settlekan urusan check-in Mak ke wad, call wife bagitau perkembangan semasa..
Dia pun mtk blk awal, nak pack up (plan nak temankan Mak mlm ni di wad)
Aku balik ofis semula..
Sejak join Procurement, something I don't have is time...
Aku settlekan mana2 yg kritikal..Toyota Indonesia pulak nak dtg visit supplier Khamis ni. Aku pulak yg in-charge supplier tu..Arghh...kusut...
5.30pm terus cabut ke HUKM semula.
Mak dah dimasukkan ke wad onkologi..
Doc dah bagi painkiller (morphine), maknanya die akan dlm separa sedar...
Saudara-mara dah kami maklumkan tentang keadaan Mak.
Harap2, di wad nanti terjaga makan minum Mak. At least, bag2 air (sodium) tu dpt tambah tenaga Mak.
Lewat petang, Mak Shirin, sepupu Mak (adik kepada arwah Ayah Mie) dtg..Malam pulak Mak Dah sekeluarga pun dtg...
Rupa2nya kat wad pompuan, waris laki2 takleh overnite..Mujurlah semua baju2 dah stand-by. Sendirian la wife aku nampaknye menemankan Mak...
Aku bawa Ayah & Amierah balik. Ayah kepenatan, seharian suntuk di HUKM.
Harap2 Mak dpt berehat, ada kekuatan semula utk berbual2 seperti biasa..
6 Julai 2010
Pagi lepas singgah anto Amierah kat taska kat Masjid Wilayah terus bergegas ke HUKM. Company ade compassionate leave 2 hari, mmg aku plan nak cuti bergilir jaga Mak.
Sampai2 ade sorg Doc pompuan baru lepas nengok keadaan Mak.
Aku tanya camne perkembangan semasa Mak. Doc cuma ckp, dlm 3-4 hari, kalo kesihatan Mak elok, maybe bole bawak balik rumah. Lega sekejap bile dengo.
Pasal makan Mak, nanti dietician akan advise, whether bagi minum susu, or masuk fluid ikut tiub melalui mulut...By all means Doc, asalkan Mak kembali sihat....
Pagi Mak sempat sebut nama Amierah..Aku pesan ptg nanti Amierah dtg nengok Tok Mak..
Ramai juga yg berziarah...Tok Long (ibu kepada Ayah Mie, serta anak2 Mak Nur & Mak Zani, Tik). Tgh hari, Mak Dah, Tok Safi, Tok Anjang, Tok Pet dtg.
Petang pulak Tok Mok, Pak Su & Mak Su pun dtg. Mak & Ayah mertua aku bersama jiran sebelah Cik Hasan pun tiba dari Johor...
Ptg aku bergegas ambil Amierah dari taska. Dapatlah juga dia memanggil2 Tok Mak..
Mak, masih bole respon..
Bile dipanggil, dia akan menoleh. Doc pesan, bercakap2lah dgn Mak..
Dia dengar, cuba akibat painkiller, agak khayal kadang-kala...
Aku bisik2kan kata2 semangat..Mak akan baik semula. Doc kata dlm 3-4 hari Mak dah bole balik..Mak cuma mengangguk..
Mlm tu, Yan meneman Mak di hospital. Wife aku insist utk teman Mak jugak. Tapi Atok Mok pesan, kesihatan baby pun kene jaga..
Kami bertiga blk ke Coalfields. Ayah & Syafiq tido di surau HUKM. Pandai2 masing2 menyorok kalo ade security yg meronda...
Berat hati nak tinggalkan Mak di wad..
7 Julai 2010
Pagi2 masa bgn tido, Amierah yg biasanya akan mtk air milo (susu coklat) tiba2 cakap
"Tok Mak mana? Miyah nak tunjuk keretapi kat Tok Mak..."
Sebak aku & wife mendengarnya...
Mungkin sesuatu yg dimimpikan Amierah sehinggakan terungkap kata2 itu....
Aku masih plan utk cuti...maybe indefinite...compassionate leave berakhir harini.
Hari2 seterusnya, aku tawakal..
W/p tergerak utk aku masuk juga ke ofis, mungkin bergilir2 dgn adik2 yg lain..tapi aku tak sampai hati..nak berenggang dgn Mak..
Sedangkan nak ke toilet & solat pun, hati aku dah gelisah..mana mungkin aku bole buat keje2 yg lainnya...
Dalam saat2 begini, kalau aku diberhentikan pun, rasa2nya aku rela....
Apalah sangat pengorbanan ini kalau dibandingkan dgn pergorbanan Mak & Ayah yg selama ini tanpa jemu, tanpa mengeluh & tanpa minta dibalas....
Lepas hantar Amierah ke taska, terus ke HUKM..
Setibanya aku, Dr.Azrif, Prof. Fuad & pakar2 onkologi yg lainnya dtg buat rondaan...
Dr.Azrif panggil Ayah & aku agak jauh dari katil utk berbicara...
"Pn.Zainah in bad condition. Hatinya dah tak berfungsi secara normal"
That explains kenapa Mak muntah2 & hilang langsung selera makan..Hatinya sudah reject sebarang makanan..Doc cuma pesan bole bagi minum air..The worst is yet to come...
Dr.Azrif sambung lagi "Saya minta maaf, utk keadaan Pn. Zainah biasanya hanya ada masa 1-3 minggu sahaja lagi"
Tersentak jantung aku..Aku pandang Ayah. Wajahnya tenang..Ayah memang sentiasa tenang..Aku jeling ke arah katil, Mak tgh tidur...mengalir air mata ini tak mampu tertahan....
Ya-Allah, takkanlah cepat sangat Mak nak tinggalkan kami....
Dr. Azrif minta maaf & terus berlalu, aku kira dia sudah biasa berdepan dgn situasi begini..Biarlah dia berterus terang daripada memberi sebarang harapan palsu..Aku tahu dia sudah beri yg terbaik..
1-3 minggu???Aku tahu itu cuma anggaran..Ajal itu Allah yg tentukan...
Maka, seharusnya aku berdoa & tidak berhenti berdoa....
Seharian hari itu....mata aku sering berkaca tiap kali aku renung muka Mak..
Lesu sungguh muka Mak...maklum sahaja hampir dua minggu tiada apa yg mampu ditelan..
Hanya harapkan air pakai drip buat menambah tenaga..
Ptg itu, Mak dipakaikan oksigen kerana nafasnya agak tercungap2. Mula2 kami agak terganggu sebab sukar bagi kami membisikkan kalimah2 Toyyibah di telinga Mak..
Tapi doktor yakinkan dgn cara ini, kesakitan Mak dpt dikurangkan...
Menyakini Mak masih mendengar, kami sekeluarga bergilir2 membisikkan kalimah Allah ke telinga Mak.
Mudah-mudahan Mak mendengar & mengucapkannya sama...
Lewat petang, semakin ramai yg dtg berkunjung.
Sahabat sepejabatku, Kasturi & hubby Tony turut hadir.
Mereka berdua antara pengunjung tetap tatkala aku terlantar di hospital 2008 dulu..
Moga kalian berdua dikurniakan hidayah Allah, Amin...
Malam itu, kami tidur di rumah sewa di bawah seliaan HUKM di flat Sri Labuan. RM1o semalam..Tak sampai 5 minit dari HUKM.
Antara aku & Ayah, tak banyak yg dibualkan..Masing2 melayan perasaan. Ayah tido di ruang tamu..Aku tatap wajah Ayah...Berat sungguh ujian2 yang menimpa Ayah setahun kebelakangan ini. Harap2 aku dpt meringankan beban Ayah, walaupun tak banyak....
~to be continued~
Tak tau nak komen apa. Cuma terjumpa blog ni.. Salam sahabat.. :)
ReplyDelete