Sep 24, 2010

Kak Wati

Lewat sebulan dua ini, tanyalah sesiapa pun...
apa dia topik perbincangan tatkala beraya..rata2 akan sebut tentang kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati & 3 yang lainnya....malahan, mungkin beberapa kes2 sebelumnya...

Kadang2 naik muak dgn suratkhabar2 yg sengaja meletakkan 'headline'2 sensasi, sekadar utk meraih 'rating' & jualan yg tinggi...

Utk kami sekeluarga, lebih mengenali beliau dgn nama Kak Wati.
Secara ringkasnya, ibu bapa Kak Wati merupakan anak angkat kepada keluarga sebelah mertuaku.

Sedari 2005, aku berpeluang berjumpa dgn Kak Wati.
Masa tu dia membuat kenduri doa selamat atau istilah zaman sekarang 'house-warming' di banglo mewah Taman Harmonis, Gombak. Kak Wati menyewa 2 biji bas utk mengangkut ahli2 keluarga dari Seri Medan, termasuk mak ayah mertua aku..

Sekitar 2006/07, baru2 lepas kahwin. Aku ke Tenggaroh, Mersing utk menghadiri satu majlis perkahwinan. Masa tu hanya ada Kancil, so terpaksa pinjam keta sahabatku Mohammad..PFX8870 (entah di mana kereta tu ye skrg?)
Di sana, aku berpeluang duduk semeja dgn Kak Wati & Nash (sebelum bercerai)..

Antara kenangan yg tak bole aku lupa ialah kali pertama beraya di rumah Kak Wati di Seri Medan adalah...
Kak Wati tidak menggunakan sampul duit raya...
ibarat seperti konduktor bas sambung2...pegang note RM100, RM50 & RM10 sebijik mcm pegang tiket bas...
Bayangkan kalau bapak budak mcm aku ni pun dihulurnya RM50 dgn selambanya..
Mak ayah lagi la, 2-3 helai note RM100...

Bilamana hari raya kedua, kebiasaannya akan ada open house di situ..seluruh kampung & kampung2 bersebelahannya akan turut serta..

Tak sangka, semua itu tinggal kenangan...
Sebenarnya, bukan wang ringgit jadi ukurannya..
Kemurahan hati Kak Wati, aku yakin sesiapa yg mengenainya secara peribadi pasti tak akan lupa...
Kerana itu juga, ramai yg ambil kesempatan...Byk juga cerita yg aku dengar dari mertuaku...Begitulah orang byk duit agaknya, ibarat gula yg dihurung semut...

Semoga....rohnya ditempatkan di syurga...
diampunkan dosa2nya & diganjari setiap amal kebaikannya...Amin...

4 comments:

  1. moga Allah merahmati ruhnya.. Ameen..

    PFX?? rasanya ada kat area kedah kot.. rindu plak kat PFX yg bnyk berjasa pada aku.. huhu..

    ReplyDelete
  2. uish...skrg tuan punya PFX dah pakai keta apa? 5 series ke?

    ReplyDelete
  3. ha ah eh.. mana PFX?? mana jugak ACP??

    ciki: bertuah korang dapat mengenali insan yg hartawan n dermawan mcm tu.. bukan kerana hartanya.. tapi kerana kajayaannya yg blh diambil teladan..

    ReplyDelete