Feb 5, 2011

All in One, One in All

On Our Newborn - Ahmad Ziyad
Berita tentang kehamilan wife aku kira2 bulan Mac, 2010 benar2 mengejutkan kami.
Bukanlah kami merancang utk tidak mendapat baby dlm tempoh terdekat. Malah berusaha ke arah itu memandangkan tempoh selamat yang ditetapkan oleh onkologi (pakar rawatan tumor & kanser) telahpun tamat.

Bercampur baur sebenarnya perasaan ini.
Suka....
Pasangan manalah yg tidak mengimpikan zuriat. Lari dari fitrah manusia jika berperasaan sebaliknya. Ikutkan '5-year action plan', mmg tahun 2010 kami berharap utk menambah seorang. Tapi itu ketika aku belum menempuh saat2 kimoterapi. Aku masih ingat lagi, sebelum menjalani kimoterapi, doktor minta aku pertimbang utk buat 'sperm banking' kerana risiko yg akan dihadapi. (50-50 kebarangkalian ketika itu sama ada aku boleh menambah zuriat atau tidak)
Akibat kos yg tinggi & masa yg terlalu suntuk utk aku buat keputusan, kami hanya mampu bertawakal & berserah segalanya pada Allah...
Lantas, bila tiba kelahiran ini, gembira bukan kepalang atas nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah...

Bimbang....
Di kala orang lain pastinya menyambut berita kehamilan dgn penuh kegembiraan, lain pula aku. Doktor, sejak aku menghabiskan sesi terakhir kimoterapi, awal2 berpesan agar wife aku tidak 'conceive' dalam tempoh 1 1/2 tahun pertama, dibimbangi sel2 belum pulih sepenuhnya & mungkin mengundang kecacatan pada bayi..
Maka, bila wife disahkan pregnant, aku masih 'trauma' & rasa bimbang dgn sebarang kemungkinan, walaupun tempoh 'berpantang' sudah tamat. Malah sudah kami consult doktor sebelum merancang utk ini.

Work..Work..Work..
Sejak July'10, jadual hidup aku sememangnya ada perubahan yg agak drastik (alasan utk tidak berblog dgn aktifnya..hehehe)

Pertukaran ke jabatan baru, memberikan perspektif baru dlm hidup aku.
Tidak salah kalau aku katakan, ia suatu nafas baru..

Memang memenatkan, kepala pun serabut...tapi ada kepuasan dlm melakukan tugasan2 yg diberikan. Namun, aku perlukan masa utk perbaiki semua kelemahan..

Mesir in a Mess
Siti Syafiqah, adik ipar aku baru melanjutkan pengajian di Universiti tertua, Al-Azhar Oct'10 lepas. Tak disangka2, Mesir bergolak jua akibat kemarahan yg tidak terbendung rakyat2nya. Siti antara mangsanya..Mujurlah selamat & diberitakan akan menaiki pesawat ke Jeddah malam ini (waktu tempatan = sekarang waktu Malaysia..hehe)

Utk kisah Mesir ini, banyak juga yg tersirat dari yg tersurat.
Kasihan pada kerajaan Malaysia yg dituduh lembab dlm memutuskan perlu atau tidak diselamatkan semua pelajar & rakyat Malaysia di sana.

Dalam hal ini, hanya satu je kesimpulan yg aku boleh buat..
Kalau orang suka kita, kentut kita pun dikatakan wangi..
Kalau orang dah menyampah, pakai la perfume berbotol2...orang akan tetap kata busuk...

Sebaiknya, kita muhasabah diri...
Jangan terlalu 'condemn' ikut nafsu & emosi, berpada2 dlm memberi komen..
Dan jgn pula jadi 'ignorant'..takut2 terkena nasib macam Hosni Mubarak...

2 comments:

  1. Ciki, your life really set a good example bahawa Allah yang menentukan segala2 nya bukan Dr or makhluk2 lain

    ReplyDelete
  2. semoga siti & yang lain2 selamat

    ziyad sungguh tembam, baru tgk mms smlm... hehehehe

    ReplyDelete