Jul 9, 2011

Bersih: My View


Dalam dunia politik Malaysia terkini, bolehlah dibahagikan kepada 3 golongan majoriti:-
A - The Establishment
B- Anti Establishment
C- On the Fence

Intro
A ini adalah mereka2 yg sedang berkuasa. Penyokong2 A merasakan tidak perlu mengambil risiko menggantikan A dgn B, atas musabab keamanan, kemakmuran & kejayaan hari ini, A lah yg mengusahakan.
B dilabelkan pengkhianat negara, tanpa B pasti akan lebih aman & makmur Malaysia ini.

B pula merasakan A sudah terlalu korup akibat terlalu lama berkuasa. Apa sahaja yg dilakukan A, ada sahaja tak kena walaupun hakikatnya ada dasar2 yg elok & baik. B juga yakin, sekiranya diberi peluang menggantikan A, pasti lebih baik & makmur Malaysia ini.

C merupakan golongan atas pagar, memerhati, sama ada dgn minat mahupun tidak..akan semua yg berlaku. Jangan pandang rendah golongan ini, kerana merekalah sebenarnya penentu siapa yg berhak memimpin, antara A & B.

Flashback: General Election 2008
Jika ditanya mengapa 5 negeri tumbang di tangan B (1 negeri di'diri'kan semula), maka kelompok C lah faktor utamanya. Mereka dikatakan sudah bosan & muak dgn A, memberikan mandat kepada B, mengharapkan keadaan akan menjadi lebih baik.

Bersih 2.0
A berpendapat mengapa perlu Bersih 2.0 ini diadakan. Tidak ada asas sama sekali. Malah, agenda politik semata2.
SPR sudah tentu telus, kalau tidak, masakan 5 negeri berjaya dimenangi B (semasa GE 2008).
Cubaan menggagalkan sudah tentu pada tahap maksimum. Membenarkan bererti membiarkan pihak B menunjukkan kekuatan sokongan. Sudah pasti bukan waktu terbaik di kala pilihanraya umum semakin hampir.

B tentu sekali tidak setuju. Hujah mereka, jika telus perjalanan pilihanraya 2008, lebih dari 5 negeri mampu dikuasai, lantas kerajaan Persekutuan pun mampu diambil alih.
(16 September 2008? Oh, itu ada kisah menarik di sebalik. Mungkin di lain ketika)
Kerana itulah Bersih ini dianjurkan. Siapa mengepalai, siapa arkitek pencetus ilham mungkin berbeza yg tersirat & tersurat. Pendek kata, sedikit sebanyak ada percaturan politik meskipun ada yg menafikan.

C pula tentu sekali bengang dgn keadaan yg sungguh huru hara.
Sebijaknya, duduk di rumah atau pergi ke tempat yg tiada kaitan.
Tapi, yg terpaksa menempuh kesukaran, pastinya A pun dimaki, B pun dicarutkan.

Nak dimarah polis yg membuat sekatan (roadblock), mereka pun tahu siapa mengarahkan.
A sudah pasti bersungguh mahu menggagalkan.
B pula semestinya tetap teguh dgn perancangan, tambahan pula para penyokong sudah komited utk ke KL (tiket bas, kapal terbang etc)

Post Bersih 2.0
Ada yg terkorban..Subhanallah...

A & B masing2 berpendapat mereka berjaya mencapai objektif...
Itu masih subjektif..Tunggulah pihak C membuat pilihan, antara A atau B.
Di mana majoriti golongan C akan cenderung, nescaya merekalah yg akan menggalas tanggungjawab memimpin. Terimalah amanah itu, jagailah sebaik-baiknya.

Kesimpulan
Hidup kita ada matlamat..
Utk kaum Muslimin, akhirat adalah matlamat abadi & hakiki.

Baik A, B mahupun C, jika meyakini itulah yg terbaik & diterima Allah, anda berhak utk terus mengimani kepercayaan itu. Masing2 percaya dgn perjuangan masing2, berdasarkan hujah2 serta dalil2 tersendiri.
Oh ya, terlupa akan golongan D. Iaitu mereka yg tidak langsung ambil 'pot'. Tidak pernah mengundi, malah tidak pernah mendaftar sebagai pemilih. Mereka juga ada alasan tersendiri.

Perbalahan ini pastinya tidak terhenti di sini. Hatta selepas pilihanraya ke-13 akan datang.
Penting sekali utk menghayati sifat toleransi Rasulullah...Mudah-mudahan semua pihak masih dapat berfikir secara rasional & waras, untuk kebaikan semua pihak.

Bukankah Rasulullah telah bersabda umatnya akan terpecah kepada 73 golongan & satu golongan sahaja yg diterima Allah? Nah, terserah...Anda pilih, Allah yg menentukan.

Siapapun kita, A, B, C, D, berdoalah agar Allah terima segala amalan. Yang paling utama, ditempatkan kita di kalangan orang2 beriman, bersama Rasulullah & para Sahabat di syurga Allah yg kekal abadi selamanya...

Wallahua'lam...

2 comments:

  1. Sungguh intelek kupasan ko pasal these 3 groups of people ni...honestly once aku pernah jadi yang B, then sekarang jadi yang C...jgn terkejut later aku jadi yang D plak.

    ReplyDelete
  2. tu la, permainan politik buat org meluat...

    ReplyDelete