Aug 24, 2011
Usah Dicari Tanda, Jiwailah Maknanya
Selama 20 tahun lebih aku berpuasa, antara hari yang dirai adalah kemunculan malam yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam yang berpuasa.
Benar, tidak semua yang berhasil memperolehnya. Malah, ada juga yang tidak ambil 'pot' langsung tentang kepentingannya. Barangkali puasa itu sendiri tidak mendatangkan 'zouk' & rasa yang sepatutnya. Tinggallah puasa itu sekadar lapar & dahaga (diri ini tidak terkecuali).
Mungkin sedari kecil, sudah digembar-gemburkan oleh cikgu-cikgu tentang 'ajaib'nya malam itu. Pokok akan bersujud. Air sungai berhenti mengalir & bermacam2 lagi.
Tatkala pagi pula, hari mendung. Suasana hening & tenang. Senarainya panjang...
Antara kelaziman aku sendiri, utk memerhatikan sekiranya terdapat tanda2 terjadinya malam Al-Qadr itu. Ternyata, jika ditanya kepada 10 orang, kemungkinan kesepuluh itu memberikan hari yg berbeza-beza.
Pernah aku berkongsi suatu ketika dahulu tentang pendapat Imam Al-Ghazali berkenaan hari-hari kemungkinan berlakunya malam itu. Ada pertikaian tentangnya. Namun, siapalah kita nak dibandingkan dengan ilmu & amalan beliau. Ada juga pendapat, seperti HAMKA yang menyatakan bahawa malam ini sudah tidak ada lagi. Hanya terjadi ketika turunnya Al-Quran. Wallahua'lam..
Apapun yang kita yakini, pastinya keampunan Allah yang kita cari.
Tidak salah dengan 'curiosity' kita dengan tanda2 terjadinya malam itu. Namun, apa yang paling penting ialah untuk kita terus-terusan berusaha mengharapkan agar Allah menemukan kita dgn malam itu.
Jika kita sekadar yakin bahawa malam tadi (atau malam2 lainnya) terjadinya Lailatul-Qadar berdasarkan tanda-tanda, tanpa kita berbuat apa-apa amalan yang dituntut & menurut sunnah Rasulullah..ia tidak akan mengubah apa-apa.
Berbaki beberapa hari ini, tidak ada istilah terlalu lambat untuk kita berusaha meraih redha & pengampunan Allah. Insya-Allah..
Wallahua'lam...
Aug 17, 2011
Penyakit Orang Baik
Alhamdulillah, sudah 17 hari kita bermujahadah melawan nafsu.
Sungguh, puasa kita tidak seteruk puasa umat2 terdahulu.
Namun, guideline yg Allah dah tetapkan ini sesuai & cukup utk memantapkan taqwa kita.
Andai dulu gred D, mungkin kini C. Mungkin sebelum ini C, sekarang dah C+.
Hakikat iman yg bertambah & berkurang ini, menyedarkan kita agar sentiasa berusaha memastikan gred itu tidak sampai E & 'failed'!!
Menyampaikan pesan seorang ustaz, andai kita terasa iman kita terlalu lemah & sangat rendah..sekurang-kurangnya pastikan segala tuntutan fardhu itu dpt dipenuhi & tidak ditinggalkan langsung.
Mudah-mudahan...
Bagi mereka yg sudah berjaya istiqamah dgn amalan2 wajib & sunat, tentu lain pula bentuk ujian & dugaannya. Syurga itu sungguh mahal harganya. Tidak mudah utk kita memilikinya. Allah pun dah berpesan, jangan kita menyangka kita sudah beriman sedangkan belum langsai lagi ujian2 yg Allah akan turunkan, demi memastikan ia benar2 tulen.
Antara yg perlu diberi perhatian bagi mereka ini, tidak lain tidak bukan adalah 'keikhlasan'.
Uniknya ikhlas ini, sedekah RM0.10 itu bakal menempatkan dia ke syurga Allah berbanding seseorang yg membina masjid sebesar alam & jutaan RM namun ada sifat ujub, riya' & takabbur dalam hati.
Sia2 belaka amalan andai ada sekelumit sifat mazmumah ini dalam hati kita.
Berkisar amalan Ramadhan, usahlah kita menyebut2 (walau dgn apa niat sekalipun, bimbang 'tergelincir' dalam kategori ujub, riya' & takabbur) bahawa terawikh kita solid 20 rakaat saban malam. Quran pun sudah dikhatam (tadarus mahupun sendirian). Zakat sebelum 2 Ramadhan sudah langsai serta lain2nya.
Biarlah terawikh kita lapan rakaat, tapi cukup syarat, adab & tertibnya (Ya, sebahagian imam2 yg cenderung memecahkan rekod catatan terbaik). Cukup sekadar habis beberapa juzuk dari Al-Quran, namun kita dpt menghayati maksud & mengamalkan isi2 kandungannya (Berbanding khatam 30 juzuk tapi lintang pukang tajwid & mahrajnya, takut2 bertukar maksud). Zakat?Yang paling afdal menurut sunnah Rasulullah adalah di pagi Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Tidak salah membayar awal, elok juga mana tahu terlupa.
Sayugia diingatkan juga, para pemegang amanah zakat ini..Mudah-mudahan isu serbuan ke gereja & gerakan kristianisasi yg agak sensasi akhir2 ni (walaupun isu ini sudah lama sejak azali) membuka mata kita supaya jangan diabaikan golongan2 asnaf ini. Benar, salahkan mereka kerana berpaling dari ke pusat zakat ke gereja. Namun, seribu kali salah kerana kita sebenarnya punca mereka berpaling..
Berbalik topik asal, sama2 kita jaga amalan kita, berwaspada juga dgn niat & gerak hati kita.
Agar, bilamana musuh kita kembali selepas Ramadhan..taqwa kita terus terpelihara.
Dalam sepotong ayat dari Al-Quran, antara dialog Iblis & Allah, Iblis menyatakan bahawa "Aku bersumpah akan menyesatkan seluruh hambaMu, kecuali mereka yg mukhlisin (golongan yg ikhlas)".
Ringkasnya, ikhlas antara senjata utama kita utk mempertahankan taqwa & iman kita. Kita bimbang, sungguhpun banyak amalan kita tapi tiada satupun yg bernilai di sisi Allah.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
Ujub = Hairankan diri (Eg: Apasal asyik muka aku je yg pegi terawikh ni.)
**********************************************
Renungi sebuah hadith Rasulullah ini:-
· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
· lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.
Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”.
Apabila lelaki itu menjawab, “Ya, wahai Tuhanku”, Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.
Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, “Engkau dusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian. “Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.
Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”.
Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.
Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. “Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”.
Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil, apabila dia berbohong dengan mengatakan, “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.
Aug 14, 2011
Not Another Same Old Story
Salam Ramadhan...
Sememangnya indah sungguh bulan ini.
Surau & masjid lebih penuh daripada hari2 biasa.
Bazar2 Ramadhan kelihatan sesak & meriah, tentu sahaja rezeki2 penjual amat murah. Lupakan sahaja penjual yg bidan terjun ataupun tidak.
Yg penting , pastikan tiada pembaziran ketika membeli.
Semangat kita utk beribadah pun tentunya lebih luar biasa daripada biasa..
Ia normal. Namun, apa yg perlu kita lakukan sebenarnya adalah, cuba utk konsisten.
Lazimnya, semakin hampir kita dgn Syawal, roh Ramadhan seolah2 pudar & tak bermaya.
Sedangkan hakikatnya, di akhir2 Ramadhan inilah peluang terbaik utk kita rebut sebanyak mungkin hikmah & berkat Ramadhan.
Saling memperingatilah kita..
Kita yang lebih tahu bagaimana 'trend' tahun2 yang sudah.
Tentu sekali kita mahukan yg lebih baik dari sebelumnya.
Latihan Ramadhan ini, antara hikmahnya agar kita dapat terus-terusan konsisten utk 11 bulan yang mendatang.
Semoga, latih tubi kita ini akan berjaya.. Kita pun tidak pasti sama ada akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)