Aug 24, 2011
Usah Dicari Tanda, Jiwailah Maknanya
Selama 20 tahun lebih aku berpuasa, antara hari yang dirai adalah kemunculan malam yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam yang berpuasa.
Benar, tidak semua yang berhasil memperolehnya. Malah, ada juga yang tidak ambil 'pot' langsung tentang kepentingannya. Barangkali puasa itu sendiri tidak mendatangkan 'zouk' & rasa yang sepatutnya. Tinggallah puasa itu sekadar lapar & dahaga (diri ini tidak terkecuali).
Mungkin sedari kecil, sudah digembar-gemburkan oleh cikgu-cikgu tentang 'ajaib'nya malam itu. Pokok akan bersujud. Air sungai berhenti mengalir & bermacam2 lagi.
Tatkala pagi pula, hari mendung. Suasana hening & tenang. Senarainya panjang...
Antara kelaziman aku sendiri, utk memerhatikan sekiranya terdapat tanda2 terjadinya malam Al-Qadr itu. Ternyata, jika ditanya kepada 10 orang, kemungkinan kesepuluh itu memberikan hari yg berbeza-beza.
Pernah aku berkongsi suatu ketika dahulu tentang pendapat Imam Al-Ghazali berkenaan hari-hari kemungkinan berlakunya malam itu. Ada pertikaian tentangnya. Namun, siapalah kita nak dibandingkan dengan ilmu & amalan beliau. Ada juga pendapat, seperti HAMKA yang menyatakan bahawa malam ini sudah tidak ada lagi. Hanya terjadi ketika turunnya Al-Quran. Wallahua'lam..
Apapun yang kita yakini, pastinya keampunan Allah yang kita cari.
Tidak salah dengan 'curiosity' kita dengan tanda2 terjadinya malam itu. Namun, apa yang paling penting ialah untuk kita terus-terusan berusaha mengharapkan agar Allah menemukan kita dgn malam itu.
Jika kita sekadar yakin bahawa malam tadi (atau malam2 lainnya) terjadinya Lailatul-Qadar berdasarkan tanda-tanda, tanpa kita berbuat apa-apa amalan yang dituntut & menurut sunnah Rasulullah..ia tidak akan mengubah apa-apa.
Berbaki beberapa hari ini, tidak ada istilah terlalu lambat untuk kita berusaha meraih redha & pengampunan Allah. Insya-Allah..
Wallahua'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment