Segala puji hanya bagiMu Allah, yang mengurniakan kehidupan & segala kebaikan dalam di dalamnya, sama ada berbentuk kesenangan mahupun kesulitan. Berbahagialah bagi yang menempuhnya, sentiasa dalam ketaatan & kepatuhan kepadaMu..
Mutakhir ini, dunia automotif dikejutkan lagi oleh satu lagi bencana alam setelah terjadinya tsunami di Jepun, Mac'11. Banjir Thailand Okt'11 menjadi bukti bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa & makhluk tiada kuasa. Rakan di H sudahpun menghentikan operasi, manakala di T sebulan dua lagi pasti juga terasa kesannya nanti. Kesan banjir juga melumpuhkan operasi industri elektronik, malahan sumber makanan juga. Mudah-mudahan sahaja tidak terlalu besar impaknya, Amin.
Kilang H di Ayutthaya |
Salah satu kilang komponen T |
Terkenang kisah banjir besar yang melanda kaum Nabi Nuh, apabila mereka yang tidak beriman (termasuk ahli keluarga baginda sendiri) menyangka bahawa mereka akan terselamat dari banjir itu. Berusahalah semahunya, berikhtiarlah hatta dengan teknologi tercanggih yang tak pernah terfikir dek akal manusia kebanyakan.
Moga hati akan celik menyedari bahawa kekuasaan Allah itu tiada tolok tandingnya. Pengabdian kepada Pencipta kita adalah satu-satunya jalan keluar dari segala permasalahan hidup.
Berkebetulan, kira-kira dalam tempoh 8 bulan aku akan menjejakkan kaki ke sana. Barangkali dalam tempoh yang agak panjang (1-2 tahun). Sekiranya begitu ketentuan Allah.
Mudah-mudahan, ada rahmat di sebalik kejadian yang berlaku ini. Paling tidak, akan terdetik di fikiran & sanubari mereka bahawa Pencipta Sekalian Alam ini sebenarnya ingin agar makhluk-makhluk ciptaanNya ini kembali kepada fitrah kejadian manusia..
Insya-Allah..
No comments:
Post a Comment