Ok, sebelum bergebang lebih lanjut, ingin aku menjelaskan sedikit kemusykilan tentang gambar2 yang ditepek kat posting sebelum ni. Memang ianya sesuatu yg bermotif.
Aku sebenarnya sekadar nak tengok, gambar mana satu lebih sesuai, bersama nombor pendaftaran ataupun tidak, seandainya akan aku iklankan Dugong kesayangan ini.
Ternyata seeloknya tidak perlu, kerana nilai nombor itu tidak sebanding dgn harga nombor pendaftaran WWW 1 yg bakal dilelong hujung bulan ini. (Khabarnya boleh mencecah setengah juta! Wow, rich people definitely know how to spend their money!!!)
Kalaulah diinfaqkan kepada pelajar2 universiti, boleh menampung perbelanjaan sekitar 15-
20 orang tanpa perlu mereka berhutang kepada PTPTN. Opss....
Belum cerita tentang soft loan RM250 juta yang diberikan kepada seseorang..Namun bila cadangan PTPTN utk dihapuskan, semua pun melenting walhal pelaburan untuk modal insan sering dicanang2..(Opss lagi..)
Ok, berbalik kepada kisah nombor pendaftaran. Walaupun di mata orang lain tiada nilai, namun bagi kami ia cukup bererti. Antara persamaan kami berdua yg dikongsi bersama.
Berkenaan Dugong..
Walaupun 7 tahun lebih aku berkecimpung dalam industri automotif, aku jarang sekali terlibat secara langsung di peringkat end-user (customers).
Sebaik diiklankan, secara purata aku menerima 2 panggilan / sejam untuk tempoh 8 jam pertama ini. Sesuatu yg amat mengujakan. Tak sangka industri ini sebegitu keadaannya. Boleh aku katakan amat memberangsangkan. Ini baru kereta terpakai. Kalau kereta baru, (yang mana lebih dekat dengan aku) mungkin lebih agresif lagi.
Mungkinkah jenama? Mungkin juga harga? Spesifikasi? Ya, semua faktor berkemungkinan.
Apapun, aku cenderung utk tidak menjual kepada penjual kereta terpakai, kerana aku tahu harga yang mereka tawarkan tidak berbaloi, malah terlalu jauh jurangnya tatkala mereka menjual kembali kepada pelanggan mereka.
Ala kulli hal, kita tunggu & lihat. Setakat ini, aku ada pembeli berpotensi yg 'rapat' (tidaklah jauh Dugong dari pandangan kelak), seandainya tiada pembeli2 lain yang berminat.
Oh ya, boleh rujuk sini untuk iklan tersebut >> MUDAH
Dan jangan tanya siapa Zack, OK?!!
azuraaaaa.. eh apa kes?
ReplyDeletezack!! kenapa buat azura mcm ni?? hehee...
Deleteall da best fren!