May 16, 2012

Puspakom

1st time ke Puspakom, 'check-up' Dugong..
Baru tau jugak, Puspakom ni subsidiary DRB-Hicom. Pandai Syed Mokhtar buat duit.

Servis not bad, ada tempahan online. Boleh phone booking. Tapi bila call tak sekalipun berjawab, tak pun talian sibuk. Perlu sedikit penambahbaikan.

Mujurlah orang tak ramai. Lagipun, kalau pemilik kenderaan datang sendiri, walk in diterima.

Kesihatan Dugong amat memberangsangkan. Tidak perlu gusar wahai pemilik baru!
Sememangnya Dugong ini mendapat penjagaan  & perhatian sepenuhnya sejak lahir lagi.
Aduh, mengenangkan hari-hari terakhir bersamanya, sayu juga hati ini.

Pengalaman jumpa people from all walks of life serta kenderaan mereka. Yang berpangkat besar, tentu sekali sekadar berjumpa kenderaan-kenderaan mewah mereka.

Ternyata aku harus bersyukur dengan kurniaan yang telah, sedang & akan Allah beri. Hargai kehidupan yang kita miliki. Mungkin tidak sama dengan orang lain, tapi itulah yang terbaik untuk kita. Maka bersyukurlah, setiap seorang dari kita.
Alhamdulillah....


May 3, 2012

So Soon

Cuti 4 hari sempena Hari Pekerja, seperti biasa dihabiskan di kampung halaman. Atuk Mok pula mengadakan kenduri arwah, kesyukuran atas kejayaan cucu-cucunya dlm SPM & kenduri doa selamat salah seorang cucu yang bakal berhijrah ke daerah baru.

Namun, sepanjang 4 hari itu, 2 ketika di mana aku terasa sesuatu dalam lubuk hati. Saat-saat di mana aku terasa sungguh sebak & air mata yang tidak tertahan..

1. Berpeluang menziarahi pusara Mak. Terlihat betapa subur & redup pohon puding & sebatang lagi pokok yg gagal dikesan namanya.
Teringat hari Mak dikebumikan. Aku & Ayah yang menanamnya. Kecil sahaja waktu itu. Kini tinggi kira-kira 2 kaki. Moga setiap ranting & daun memohon keampunan & kesejahteraan Mak di sana.

2. Pagi Isnin kami bergegas ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.
Menziarahi anak kepada sepupu kami (sebelah isteriku), Mohd Alwi. 
Adik Alwi menghidapi leukemia. Ada yang memanggilnya kanser darah.
Oh, tak terbayang betapa pedih kesakitan yang ditanggungnya! Aku renung wajahnya, rambutnya sudah berguguran. Aku jeling chemo-port yang tertanam di bawah bahu kanan. Tak ubah seperti yang aku lalui. Mendengar Adik Alwi mengerang kesakitan, terasa kesakitan yang aku alami dulu sekadar 1-2% berbanding apa yang dia lalui sekarang. Aku tahan sebak di hati. Hanya doa mampu ku hulurkan. Semoga Allah kurniakan kesihatan buat Mohd Alwi, Amin..

Oh ya, aku mungkin bukan peminat no.1 Maher Zain. Tapi lagu-lagunya semasa album pertama 'Thank you Allah' sungguh menyentuh kalbu. Aku yakin album keduanya turut begitu. Begitulah agaknya, apa-apa yang lahir ikhlas dari hati tentu juga meninggalkan bekas di hati. Mungkin boleh diambil iktibar oleh artis nasyid, pendakwah malahan para politikus.
 


*****************************


So Soon
by Maher Zain (latest album "Forgive Me")


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
But I’m so grateful for every moment I spent with you
Cause I know life won’t last forever




You went so soon, so soon..
You left so soon, so soon..
I have to move on cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon...

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return
Oh..