May 16, 2012

Puspakom

1st time ke Puspakom, 'check-up' Dugong..
Baru tau jugak, Puspakom ni subsidiary DRB-Hicom. Pandai Syed Mokhtar buat duit.

Servis not bad, ada tempahan online. Boleh phone booking. Tapi bila call tak sekalipun berjawab, tak pun talian sibuk. Perlu sedikit penambahbaikan.

Mujurlah orang tak ramai. Lagipun, kalau pemilik kenderaan datang sendiri, walk in diterima.

Kesihatan Dugong amat memberangsangkan. Tidak perlu gusar wahai pemilik baru!
Sememangnya Dugong ini mendapat penjagaan  & perhatian sepenuhnya sejak lahir lagi.
Aduh, mengenangkan hari-hari terakhir bersamanya, sayu juga hati ini.

Pengalaman jumpa people from all walks of life serta kenderaan mereka. Yang berpangkat besar, tentu sekali sekadar berjumpa kenderaan-kenderaan mewah mereka.

Ternyata aku harus bersyukur dengan kurniaan yang telah, sedang & akan Allah beri. Hargai kehidupan yang kita miliki. Mungkin tidak sama dengan orang lain, tapi itulah yang terbaik untuk kita. Maka bersyukurlah, setiap seorang dari kita.
Alhamdulillah....


2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga segalanya akan terus baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  2. dah dapat buyer baru yer? siapalaaaa yg bertuah itu??? ;-)

    ReplyDelete