Aug 17, 2011

Penyakit Orang Baik

Alhamdulillah, sudah 17 hari kita bermujahadah melawan nafsu.
Sungguh, puasa kita tidak seteruk puasa umat2 terdahulu.
Namun, guideline yg Allah dah tetapkan ini sesuai & cukup utk memantapkan taqwa kita.
Andai dulu gred D, mungkin kini C. Mungkin sebelum ini C, sekarang dah C+.

Hakikat iman yg bertambah & berkurang ini, menyedarkan kita agar sentiasa berusaha memastikan gred itu tidak sampai E & 'failed'!!
Menyampaikan pesan seorang ustaz, andai kita terasa iman kita terlalu lemah & sangat rendah..sekurang-kurangnya pastikan segala tuntutan fardhu itu dpt dipenuhi & tidak ditinggalkan langsung.
Mudah-mudahan...

Bagi mereka yg sudah berjaya istiqamah dgn amalan2 wajib & sunat, tentu lain pula bentuk ujian & dugaannya. Syurga itu sungguh mahal harganya. Tidak mudah utk kita memilikinya. Allah pun dah berpesan, jangan kita menyangka kita sudah beriman sedangkan belum langsai lagi ujian2 yg Allah akan turunkan, demi memastikan ia benar2 tulen.

Antara yg perlu diberi perhatian bagi mereka ini, tidak lain tidak bukan adalah 'keikhlasan'.
Uniknya ikhlas ini, sedekah RM0.10 itu bakal menempatkan dia ke syurga Allah berbanding seseorang yg membina masjid sebesar alam & jutaan RM namun ada sifat ujub, riya' & takabbur dalam hati.
Sia2 belaka amalan andai ada sekelumit sifat mazmumah ini dalam hati kita.

Berkisar amalan Ramadhan, usahlah kita menyebut2 (walau dgn apa niat sekalipun, bimbang 'tergelincir' dalam kategori ujub, riya' & takabbur) bahawa terawikh kita solid 20 rakaat saban malam. Quran pun sudah dikhatam (tadarus mahupun sendirian). Zakat sebelum 2 Ramadhan sudah langsai serta lain2nya.

Biarlah terawikh kita lapan rakaat, tapi cukup syarat, adab & tertibnya (Ya, sebahagian imam2 yg cenderung memecahkan rekod catatan terbaik). Cukup sekadar habis beberapa juzuk dari Al-Quran, namun kita dpt menghayati maksud & mengamalkan isi2 kandungannya (Berbanding khatam 30 juzuk tapi lintang pukang tajwid & mahrajnya, takut2 bertukar maksud). Zakat?Yang paling afdal menurut sunnah Rasulullah adalah di pagi Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Tidak salah membayar awal, elok juga mana tahu terlupa.

Sayugia diingatkan juga, para pemegang amanah zakat ini..Mudah-mudahan isu serbuan ke gereja & gerakan kristianisasi yg agak sensasi akhir2 ni (walaupun isu ini sudah lama sejak azali) membuka mata kita supaya jangan diabaikan golongan2 asnaf ini. Benar, salahkan mereka kerana berpaling dari ke pusat zakat ke gereja. Namun, seribu kali salah kerana kita sebenarnya punca mereka berpaling..

Berbalik topik asal, sama2 kita jaga amalan kita, berwaspada juga dgn niat & gerak hati kita.
Agar, bilamana musuh kita kembali selepas Ramadhan..taqwa kita terus terpelihara.
Dalam sepotong ayat dari Al-Quran, antara dialog Iblis & Allah, Iblis menyatakan bahawa "Aku bersumpah akan menyesatkan seluruh hambaMu, kecuali mereka yg mukhlisin (golongan yg ikhlas)".

Ringkasnya, ikhlas antara senjata utama kita utk mempertahankan taqwa & iman kita. Kita bimbang, sungguhpun banyak amalan kita tapi tiada satupun yg bernilai di sisi Allah.

Wallahua'lam.

Nota kaki:
Ujub = Hairankan diri (Eg: Apasal asyik muka aku je yg pegi terawikh ni.)

**********************************************
Renungi sebuah hadith Rasulullah ini:-
Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
· lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,
· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”.
Apabila lelaki itu menjawab, “Ya, wahai Tuhanku”, Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.
Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, “Engkau dusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian. “Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.

Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”.
Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.
Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. “Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”.

Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil, apabila dia berbohong dengan mengatakan, “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.


3 comments:

  1. Tq ciki atas perkongsian sebagai renungan bersama.

    Raya nanti jemput dtg rumah :)

    -Din

    ReplyDelete
  2. sama2 kongsi ilmu ini.sama2 kita ingat mengingati.
    thanks.

    ReplyDelete