9.12.11 @ 11.10 pagi
Terdengar ketukan bertalu-talu dari rumah Abon, jiran selang sebelah rumah. Lantas Abu menjenguk sebentar. Setahu Abu, Abon di kampung kerana isterinya masih berpantang kelahiran anak sulong.
Kelihatan sebuah kereta Proton Wira (sedan) berwarna emas di depan rumah Abon. Seorang lelaki Cina di dalam kereta. Rakannya sedang mengetuk pintu rumah Abon.
Abu : Hello, mahu cari siapa?
Cina 1 : Oh, mahu pergi rumah kakak saya! (penuh yakin & selamba). Ini rumah kakak saya.
Abu : (Kaget!!Bila masa pula si Abon ni ada adik ipar Cina?!!) Ye ke? Ni bukan rumah Melayu ke?
Cina 1 : Bukanlah. Ini rumah kakak saya.
Cina 2 : Tak percaya ke? Ini saya mahu parking kereta! (Sambil pura-pura undur kereta nak parking dalam garaj)
Abu : (Alamak, lain macam ni!!Hand phone dalam rumah pulak!) Ok..
Berlalu masuk ke rumah untuk mengambil hand phone, sempat menjeling nombor pendaftaran kereta, JFJ 9756.
Terus mereka memecut laju, meninggalkan rumah 'kakak' mereka.
Lantas, Abu terus meneliti apa sebenarnya yang berlaku. Pintu pagar & grill, mangganya sudah tiada. Dan pintu kayu, benteng terakhir rumah Abon..
Nyaris sahaja sebelum direwangkan 'adik-adik bukan seibu sebapa itu'!!
Abu menelefon Abon, pihak keselamatan & polis tentang kejadian yang berlaku.
Abu ditertawakan seorang Sarjan;
"Saya pernah jumpa orang yang terserempak dengan penjenayah.
Tapi ini 1st time saya jumpa orang yang berborak dengan penjenayah!"
Moral of the story:-
1- Simpan nombor telefon balai polis terdekat.
2- Kenal siapa jiran kita
3- Common sense
Haram betul, siang2 buta nak pecah rumah orang. Dah la ikut pintu depan.
ReplyDeleteNasib baik kau tak confront dia terus chiky, takut jugak tu kalau dia serang kau pulak.
p/s: eh, abon tu bukan skrg selalu takde sebab dia masuk maharaja lawak mega sekali dgn os ke? :D
kita kan satu malaysia..sapa2 bleh mengaku kakak ke, abang ker..kira PR ko mantap la
ReplyDeleterumah aku kat meru tu pon kene pecah siang hari...
ReplyDeleteif ada budget lebih pasang proper alarm. boleh kasi signal kat hp kalau kene pecah rumah.
ada budget lebih lagi pasang cctv.
boleh pasang jika rasa it make sense.
tak semestinya betul...
regards..