10 Muharam @ Hari Asyura hari yang punya sejarah yang panjang.
Rasulullah menyatakan bahawa umat Islam lebih berhak meraikannya berbanding orang Yahudi.
Berpuasa pada hari ini menjadi kewajipan tatkala Rasulullah berhijrah ke kota Madinah.
Termansuh apabila difardhukan puasa bulan Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah.
Puasa pada 9 Muharam @ Hari Tasu'a adalah bersandarkan pesan Rasulullah agar kita turut berpuasa pada hari ini bagi menyalahi (membezakan) amalan orang Yahudi. Namun tidak ada halangan sekiranya sekadar berpuasa pada 10 Muharam sahaja. Malah, tidaklah menjadi satu kesalahan jika tidak berpuasa langsung pada 10 Muharam.
Banyak juga fadhilat tentang puasa hari Asyura ini.
Namun, alangkah baiknya sekiranya dapat kita penuhi tuntutan & amalan Rasulullah atas bukti cinta kepadanya serta mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
:: Ikhlas amat payah, jika dapat dicapai ianya sungguh indah ::
No comments:
Post a Comment