Jan 26, 2012

The Day She Was Born

Kelaziman aku saban tahun, antara lain adalah mengucapkan selamat hari jadi buat Mak.
Hari ini, aku tetap ucapkan selamat...
Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan para syuhada' & solihin..Amin..

Hampir 30 tahun melalui hidup bersama arwah, 15 tahun pertama aku akui betapa aku tidaklah membanggakan ibuku. 15 tahun terakhir, sedikit demi sedikit aku mulai mengenal erti hidup & semakin memahami pengorbanan seorang ibu. Kasih yang tiada bertepi..

Bayangkan kita di tengah lautan, tanpa sebarang daratan di pandangan. Begitulah perumpamaan kasih sayang seorang ibu.

Mudah-mudahan, kalian yang masih berpeluang akan ingat pesan ini. Hargailah ibumu dengan sepenuh hati. Hatta seorang ayah tempatnya ke-2 dibandingkan dengan martabat seorang ibu.

Sungguh, aku masih belum puas berbakti untuk Mak. Aku harapkan agar kebaikan-kebaikan yang sedikit ini mampu kuhadiahkan buat bekalan Mak di sana.



Al-Fatihah
26.1.1954 - 8.7.2010
 Trivia:
1- Kenangan Kek Terakhir.

Jan 15, 2012

ILMU

“Barang siapa menempuh suatu jalan dengan tujuan mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Selain itu, malaikat akan meletakkan sayapnya bagi orang yang mencari ilmu sebagai keredhaan atas tindakannya. Sesungguhnya yang ada di langit dan bumi, bahkan ikan-ikan di laut, akan memohonkan ampunan bagi orang yang menuntut ilmu. Keutamaan orang  yang berilmu atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas planet yang lain. Para ulama adalah pewaris nabi. Dan, para nabi tiada mewariskan dinar atau dirham, melainkan ilmu. Maka, barang siapa mengambilnya, bererti ia telah mengambil bahagian yang sempurna.” (HR. Ahmad)


Sila rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut.

"Jadilah kamu orang yang mengajarkan ilmu, ataupun yang belajar ilmu, mahupun yang mendengar ilmu, atau paling tidak yang menyintai ilmu.
Janganlah kamu menjadi golongan yang ke-5 yakni yang akan beroleh keburukan di dunia & akhirat..

Wallahua'lam..

Jan 8, 2012

Menjelang 901

Tuan,

Saya tahu malam ini bakal menjadi malam yg pendek buat Tuan.
Situasi kurang lebih 10 tahun lalu bakal menjadi "jà vu" buat Tuan serta kaum keluarga.

Sama ada Tuan buat atau tidak kesalahan itu, sememangnya Allah jua yang Maha Mengetahui. Ternyata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berbeza pendapat. Mempercayai apa yang mereka yakini.

Sekiranya Tuan di pihak yang benar, maka yang menuduh & mempercayai bakal juga ditanya di mahkamah Allah kelak. Apatah lagi 'mastermind'nya. Habuan dunia terlalu sedikit & saya kira tidak berbaloi dengan azab yang bakal ditanggung.

Dan sekiranya Tuan dengan 'sebenarnya' melakukan perkara itu, tentu saja taubat jalan keluarnya. Apalah sangat hukuman penjara di dunia berbanding kemurkaan Allah di akhirat. Selagi ajal belum menjemput kita, peluang kita masih ada untuk mendapat keampunan, rahmat & redha Allah di akhirat sana.

Sekiranya dijatuhi hukuman esok hari, maka bersabarlah. Ketidakadilan di dunia ini seharusnya menjadi bukti kepada yang orang beriman bahawa ALLAH MAHA ADIL. Mahkamah dunia, manusia boleh menipu. Namun di mahkamah Masyhar, tangan, kaki, lidah dan seluruh anggota kita bakal berkata benar dengan sebenar-benarnya.

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah, moga DIA menunjukkan kebenarannya di dunia ini lagi. Agar umat Islam tidak lagi bersengketa. Agar kita dapat sama-sama berganding bahu  memakmurkan Malaysia tanahair yang tercinta ini. Bumi yang Allah anugerahkan agar dilakukan kebaikan ke atasnya. Semoga setiap dari kita akan merenung kembali, apa tujuan asal kita dijadikan Allah di muka bumi ini.

Sesuatu yang bermain di fikiran saya, harap dapat dikongsi bersama.
Sukar untuk saya percaya bahawa seorang mangsa rogol akan rela duduk bersama lagi untuk menikmati hatta secawan air kosong bersama perogolnya.
Begitu juga seorang mangsa liwat yang masih mampu makan karipap bersama-sama dengan peliwatnya. Maaf, ini sekadar pandangan peribadi. Tentu sekali Yang Arif lebih bijaksana dalam menilai & mempertimbangkan keputusannya kelak.

Akhir kalam, apapun keputusannya, semoga Tuan tetap tabah & sabar menerimanya.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Ikhlas,
Mohd Zairy
8.1.2012


Jan 3, 2012

English Education

Diam tak diam, Amierah menjangkau usia 5 tahun pada tahun baru 2012 ini.

Antara persoalan yang bermain di benak setiap ibu bapa (benak = fikiran, betul eh?kamus dewan please..) adalah ke mana nak dihantar anak-anak ini, pengasuh, taska, tadika, sekolah?

Kami juga tak terkecuali..
Ikutkan hati, memanglah mahukan yg terbaik..Anggapan biasa manusia normal macam kami ni, yang lebih mahal lebih baik hasilnya..
Macam-macam consideration yang lainnya, yuran bulanan, syllabus, penerimaan anak terhadap subjek-subjek yang diajar itu juga.

Namun, hasil pengalaman-pengalaman lalu tentang kehidupan ini, yang mahal tak semestinya yang terbaik. Bayangkan seseorang membeli smartphone, tapi fungsi yang digunapakai sekadar menelefon & ber'sms' (OK la, snap foto gak..). Tentu sekali 'kurang' berbaloi..

Pengalaman seorang pengusaha taska sendiri, seorang kanak-kanak seusia 3 tahun yang telah dihantar ke kelas English (beryurankan RM800 / bulan), tapi tatkala dihantar ke taska, mengalami masalah komunikasi yang amat serius dek kerana tidak boleh berbahasa Melayu langsung. (Haruslah ambil maid ber'english education', ye tak?!Tiba2 rindu kat Usop Wilcha, lama tak dengo suara dia..hehehe..)

Berdasarkan budget yang sederhana, memastikan hasil yang optimum, kami berdoa agar pilihan kami yang terbaik & mendekatkan diri kami sekeluarga kepadaMU jua...

Ya, OPTIMUM..
Mudah-mudahan, Amin..

**********************************

Optimum

In mathematicscomputational science, or management sciencemathematical optimization (alternatively, optimization or mathematical programming) refers to the selection of a best element from some set of available alternatives.[1]
In the simplest case, an optimization problem consists of maximizing or minimizing a real function by systematically choosing input values from within an allowed set and computing the value of the function. The generalization of optimization theory and techniques to other formulations comprises a large area of applied mathematics. More generally, optimization includes finding "best available" values of some objective function given a defined domain, including a variety of different types of objective functions and different types of domains.
Sumber dari : Wikipedia 

Ada Apa Dengan J.P.O. (Johor Premium Outlets)


25 Dec 2011 : Menyinggah jap...maklum la, jgn kata org Johor tapi tak penah sampai, ye tak?
Rule of Thumb : Nengok bole. Beli? Nengok budget la ye...

Nak masuk pun kene Q panjang..Sebab dah tau harganye after 50% off pun paling koman RM2k, abaikan saja...

Belum ape2 Miyah dah 'paw' sarung bantal kat Akemi..

Alamak, Adidas Predator X!!! Normal price RM350, after discount dlm RM200++.
Ehem..ehem..

Pink ke, krim ke, dark blue?? Cepat pilih, jangan malu2..

Poney sampai 70%. Tapi bukanlah yg new arrival ye...Yg tu kene crk kat Sogo..hehehe..

Ni kete escort Tengku Mahkota Johor (Sultan Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim Ismail Iskandar)
Fuh, full name tu..Daulat Tuanku..

Utk panduan mereka yg teringin nak singgah. Dari PLUS highway menghala ke Johor Bahru. Exit di Senai Airport/Linkedua/Desaru H'way.