Jan 8, 2012

Menjelang 901

Tuan,

Saya tahu malam ini bakal menjadi malam yg pendek buat Tuan.
Situasi kurang lebih 10 tahun lalu bakal menjadi "jà vu" buat Tuan serta kaum keluarga.

Sama ada Tuan buat atau tidak kesalahan itu, sememangnya Allah jua yang Maha Mengetahui. Ternyata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berbeza pendapat. Mempercayai apa yang mereka yakini.

Sekiranya Tuan di pihak yang benar, maka yang menuduh & mempercayai bakal juga ditanya di mahkamah Allah kelak. Apatah lagi 'mastermind'nya. Habuan dunia terlalu sedikit & saya kira tidak berbaloi dengan azab yang bakal ditanggung.

Dan sekiranya Tuan dengan 'sebenarnya' melakukan perkara itu, tentu saja taubat jalan keluarnya. Apalah sangat hukuman penjara di dunia berbanding kemurkaan Allah di akhirat. Selagi ajal belum menjemput kita, peluang kita masih ada untuk mendapat keampunan, rahmat & redha Allah di akhirat sana.

Sekiranya dijatuhi hukuman esok hari, maka bersabarlah. Ketidakadilan di dunia ini seharusnya menjadi bukti kepada yang orang beriman bahawa ALLAH MAHA ADIL. Mahkamah dunia, manusia boleh menipu. Namun di mahkamah Masyhar, tangan, kaki, lidah dan seluruh anggota kita bakal berkata benar dengan sebenar-benarnya.

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah, moga DIA menunjukkan kebenarannya di dunia ini lagi. Agar umat Islam tidak lagi bersengketa. Agar kita dapat sama-sama berganding bahu  memakmurkan Malaysia tanahair yang tercinta ini. Bumi yang Allah anugerahkan agar dilakukan kebaikan ke atasnya. Semoga setiap dari kita akan merenung kembali, apa tujuan asal kita dijadikan Allah di muka bumi ini.

Sesuatu yang bermain di fikiran saya, harap dapat dikongsi bersama.
Sukar untuk saya percaya bahawa seorang mangsa rogol akan rela duduk bersama lagi untuk menikmati hatta secawan air kosong bersama perogolnya.
Begitu juga seorang mangsa liwat yang masih mampu makan karipap bersama-sama dengan peliwatnya. Maaf, ini sekadar pandangan peribadi. Tentu sekali Yang Arif lebih bijaksana dalam menilai & mempertimbangkan keputusannya kelak.

Akhir kalam, apapun keputusannya, semoga Tuan tetap tabah & sabar menerimanya.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Ikhlas,
Mohd Zairy
8.1.2012


No comments:

Post a Comment