Jun 25, 2011

New Chapter (final part)

Semuanya sudah jelas....

Kami ke Bandar Muktafi Billah Shah..kira2 400km perjalanan dari KL.

Kalau inilah yang dikatakan jodoh ketentuan Ilahi, maka sesungguhnua aku redha & berkongsi  rasa dgn Ayah..

5 Jun 2011, satu lagi lembaran baru dalam hidup aku..
Rombongan itu sederhana saiznya..
Namun, cukup lengkap..
Aku & semua adik beradik...
Cik Taib (abang kepada Ayah), Mak Timah bersama Abang Long sekeluarga(sepupuku)..
Di sebelah keluarga arwah Mak, Mak Dah (adik Mak ke-5), Ayah Pa & anak2...

Pada aku, cukup melambangkan sesuatu...
Mengorbankan 'rasa' demi kebaikan Ayah....

Semoga dgn episod baru ini, akan lebih dalam & kuat ingatanku pada arwah Mak..
Untuk mendoakan kesejahteraannya di sana...

Al-Fatihah

~ tamat ~

Jun 18, 2011

New Chapter (part III)

Cuti shutdown bulan Mac aku manfaatkan utk mengajak Ayah ke rumah makcik tu.
Pemergian kami ke sana, tidaklah kami heboh2kan...

Namun, seperti biasa, salah faham pasti terjadi.

Apakan daya, antara menjaga hati orang tua & orang2 sekitarnya...memang aku selalu terhimpit dalam situasi2 sebegitu.
Tak mengapa, aku tahu apa yang aku buat & hanya Allah yg layak menilai adakah baik tindakan aku atau sebaliknya.

Aku agak berdebar, mungkin sama debarannya dgn Ayah tatkala berhadapan dengan mak & ayah 'makcik' itu...
Masakan tidak, situasinya tak ubah seperti aku ditemuduga oleh bakal mertuaku beberapa tahun yang sudah...

Ayah kelihatan yakin & nekad dengan keputusannya..
Aku kira pihak sebelah sana juga tidak ada apa2 halangan melihatkan 'profil' Ayah yang sebegitu..

Nah, seperti yang Ayah suarakan sebelum ini...
Kami mungkin ke sini lagi dalam tempoh 2-3 bulan dari hari ini...

Insya-Allah

Saat ini, aku dapat bayangkan hanya kekuasaan Allah yang dapat menghalang hasrat Ayah ini..
Bukan aku, adik2 mahupun ahli keluarga yang lain...

~ bersambung lagi ~

Jun 11, 2011

New Chapter (part II)

From Part I .

Terkedu pun ada, rasa gembira pun ada..
Cuma memang agak tak sangka....Benar2 satu kejutan.

Aku faham Ayah. Sunyi antara perasaan yg sgt menyakitkan..
Apatah lagi dia dah biasa berteman. Anak2 pun duduk jauh. Dalam sebulan, sehari dua je kami dpt bersama2.

Tentulah tergerak di benaknya utk mencari seseorang buat peneman hidup.
Bersyukur juga aku dah 'buka'kan jalan utk Ayah tempoh hari.
Mungkin kerana itu, aku juga orang pertama yg Ayah luahkan perkara ini.

Dalam perbualan kami di dapur itu juga, Ayah ada menyuarakan hasrat utk menyegerakan 'majlis', mungkin sebelum Ramadhan tahun ini.

Ketika itu, aku cuma minta Ayah utk mempertemukan kami adik beradik dengan 'makcik' yg Ayah ceritakan itu. Sekurang-kurangnya, beri kami peluang utk berkenalan.

Selang 1-2 minggu, Ayah memberitahu 'makcik' itu akan datang ke Putrajaya.
Berkumpullah kami anak beranak. Adik-adik aku agak kehairanan.
Mungkin gagal menangkap maksud di sebalik pertemuan itu.
Aku dpt rasakan mereka 'kurang selesa'. Mungkin agak janggal dengan kehadiran orang baru.

Entah apa kebetulannya, minggu berikutnya dalam kuliah Subuh, Ustaz mengajar bab2 fiqh munakahat..
Disentuhnya isu2 tentang pertunangan, pernikahan & perkara2 berkaitan. Teringat aku tentang Ayah...
Sejurus habis kuliah, terus aku jumpa ustaz Hisyamudin itu, berceritakan perihal keadaan aku sekarang. Mohon pandangan & nasihat.

Beliau nasihatkan aku utk ke rumah 'makcik' itu.
Memang itu antara yang aku fikirkan. Maka, ia menguatkan lagi hasrat aku itu.
Tak lupa ustaz memesan, akan ada halangan & bantahan. Itu biasa. Tapi perlukan cara berhikmah menanganinya...

Terus aku telefon Ayah...
"Ayah, jom kita pegi Terengganu..."

~ bersambung ~

Jun 8, 2011

New Chapter (part I)

Ianya bermula amat pantas.

Bermula beberapa hari selepas kenduri 100 hari arwah Mak.
Aku mengusulkan kepada Ayah utk cari teman. Bukanlah sebagai pengganti. Lebih kepada peneman di kala sunyi.
Mudah sahaja Ayah menjawab. Nantilah Ee...

Aku pun tidak mengulas lanjut. Telah terlalu ramai yg membisikkan kepada aku agar memanjangkan perkara ini kepada Ayah. Kasihan kat Ayah, kata mereka.
Malah sebulan dua selepas pemergian Mak, sudah ada yang mencetuskan idea itu.

Sebagai anak sulung, aku berkewajipan (menurut seorang ahli keluarga) menanyakan hal ini kepada Ayah.

Bukan mudah seperti yang disangka.
Seperti ada batu besar yg tersekat di kerongkong.
Apatah lagi, aku & arwah Mak sgt rapat. Terasa seperti aku khianat..
Itu emosi aku. 
Hakikatnya, hidup perlu diteruskan. Aku turut sayangkan Ayah sebagaimana Mak. 
Aku kira, inilah pengorbanan aku utk Ayah yg selama ini membesarkan kami.

Menurut hemat aku, 100 hari tempoh yg agak munasabah. Aku turut menimbangkan perasaan & penerimaan ahli2 keluarga yg lain.
Namun, bila melihatkan keadaan Ayah dari hari ke hari, sayu hati aku. Terus aku diberi kekuatan utk membuka mulut tentang hal itu.

**********

Aku masih ingat tarikh itu, 6 Feb 2011.
Ayah memanggil aku di dapur..
Hanya kami berdua...
Terus bercerita tentang seseorang yg baru dikenali.
Dari riak wajah Ayah, nampak ceria & bersungguh bercerita tentang 'dia'.

Ayah turut bercerita tentang beberapa calon2 lain (3-4 orang kesemuanya).
Ada yg diperkenalkan melalui sahabat, ada dari ahli keluarga yg lain.
Malah ada seorang yg punyai pertalian keluarga.

Sesuatu yg jelas...hanya hati aku yang mampu merasainya...

~ bersambung ~