May 28, 2011

5th

Alhamdulillah....

1. Hari ini, 28 May 2011, genap 5 tahun usia perkahwinan kami.

2. Terlalu banyak peristiwa suka duka dihadapi bersama. Ada yang dikongsi bersama orang2 lain, ada yang kami pendamkan. Setiap satu punya hikmah & kebaikan tersembunyi.

3. Syukur, DIA izinkan kami tetap bersama. Mudah-mudahan sehingga akhir nyawa. Bertemu di syurga, Amin.

4. Banyak lagi kekurangan utk kami bersama2 perbaiki. Saling melengkapi, itulah rahsia rumahtangga bahagia. Moga kami berhasil menggapainya.

5. Terima kasih buat kedua ibubapa kami. Atas restu mereka, kami menjadi apa kami sekarang ini.



p/s: quite a memorable day..we are at awana genting for one night stay, courtesy of taxpayers...thanks guys..
wah,mlm ni layan champions league final kat lobby lounge sure happening..go barca!!!!

May 19, 2011

Kisah Si Penjual Kuih & Anak

Anak : Ibu, hari ni Man nak bawak kuih pegi sekolah ye? Karipap Ibu sedap. Kawan2 Man pun suka.

Ibu : Bawak 2 keping je. Ko makan sorang. Kalau kawan2 suka, dia kena beli.

Anak : Ish, segan la Man nak mtk duit kat diorg. Dulu Ibu bagi je Man bawak lebih skt utk kawan2.

Ibu : Itu dulu Man. Masa jaja kuih tepi jalan, selalu tak abis. Sebab tu Ibu tak kisah Man bawak lebih. Sekarang ni Ibu dpt tender jual kuih kat Kopitiam baru tu.

Anak : Hmm, ok la kalau macam tu. 3 bijik seringgit kan Ibu?

Ibu : Eh, mane bole! Ibu jual kat Kopitiam sekeping RM0.50 tau Man!!

Anak : Wow, mahalnye?!! Masyuuuk......
Berapa Kopitiam tu charge customer diorg?

Ibu : Ade ibu kisah???Tapi pelanggan diorg semua naik keta beso2, Merc la, BMW la..Kalau sekeping RM1 pun, ape ade hal...

Anak : Abis tu takkan Man nak jual RM0.50 kat kawan2. Malu la Man. Baik beli kat kantin je. Masih RM1 dpt 3 bijik..

Ibu : Man kena ingat, Ibu buat ni utk kebaikan Man jugak. Ibu nak beli keta beso mcm pelanggan Kopitiam tu. BMW 5 series baru tu cantik kan Man??

Anak : Ala Ibu ni. Nanti anto Man pegi sekolah naik Kancil buruk tu jugak. Merc E -class tu kat dlm garaj tak gerak2 Man nengok?!!

Ibu : Shhh, jgn cakap kuat2. Gearbox rosak. 10 ribu nak ganti. Menyesal pulak jarang guna, pastu tak penah anto servis sejak beli..

Anak : Nanti BMW tu jdk camtu gak.....

Ibu : Itu bukan isu Man. Yang penting niat Ibu ikhlas nak meningkatkan taraf hidup kita. Bila kita berkereta besar, orang akan pandang tinggi kat kita.

Anak : Abis ni kena jual sekeping RM0.50 gak la ni?

Ibu : Ala, kalau kat London karipap sebijik Pound Sterling 0.50 tau?
Cuba convert RM, tak ke sekeping RM4-5. Masih murah Man.

Anak : OK la Ibu. Man beli kat kantin je la. Taknak Man hilang kawan disebabkan karipap Ibu yg sedap ni...Tapi kawan2 Man semua memang suka sgt kat karipap Ibu ni. Diorang dah mcm ketagih tau..Ibu letak candu ke ape?

Ibu : Alamak, camne kamu bole tau ni Man????
Korang semua ketagih candu la ni....


May 18, 2011

May'11 Shutdown: Day 5


Periodical maintenance..+ special project..itulah yg dimaksudkan dgn plant shutdown di kilang tpt aku bekerja (aku dah ckp aku budak kilang, aku keje kilang..ade yg tak percaya..)

Setahun dlm 2-3 kali..
Utk kali ini, cuti isnin (16/5) kami dah ganti masa 2 May..
semalam Wesak..mmg public holiday.
Hari ini, kami dah cuti in advance (4 Jun-Agong's Birthday) & esok kami cuti Awal Muharam (suppose 27 Sep)
Pelik skt, tapi itulah norma jadual kami.

Bercakap tentang periodical maintenance, hari ini nak menghantar Dugong ke service centre.
Benda2 mekanikal ni, mmg perlukan jadual servis berkala. Kalau nak tunggu breakdown baru nak baiki, byk sgt kesan buruk. Bukan sekadar kos yg melambung, kadang2 benda lain yg tak sepatutnya rosak pun boleh jahanam...

Pengalaman aku sendiri, ada sekali supplier buat hal. Waterjet machine rosak, 2 hari production line kene stop bahana breakdown itu. Bayangkan 200 bijik keta yg tak bole produce. Bayangkan operator yg dibayar gaji tapi duduk borak2 kosong..beratus-ratus ribu impaknya...

So, buatlah pertimbangan yg wajar.
Mmg, adakala kita cenderung utk 'skip' beberapa ketika. Takde budget, takde masa & lain2.
Cuma, bila dah terkena...baru nak terngadah...Tidak guna menyesal...

Alhamdulillah, Kancil & Dugong setakat ni masih memberikan khidmat bakti yg memuaskan..

Cuma, ade sesuatu bermain di fikiran. 
When we will be apart next year, would it be temporary, or forever?
Let me thing about this...

May 17, 2011

May'11 Shutdown: Day 4


Cuti umum...
Siapalah yg tak suka akannya..
Di kala kita menikmati cuti, ada pula orang lain yg tetap memerah keringat..


Pagi ini, lori punggah sampah beroperasi seperti biasa.
Harus benar kita menghargai khidmat mereka.


Jadual pagi ini, breakfast bersama jiran2 no.5 & 7..
Agak lama tak berborak panjang & bertukar2 cerita.
Moga2 ada sesuatu yg bermanfaat..


Setiap dari kita pasti mempunyai cabaran tersendiri..
Bukanlah hidup jika tiada masalah..
Mengambil kata2 seorang teman, "dgn bercerita dpt menyelesaikan sebahagian dari masalah itu.."
Harap2 begitulah...
Pada Allah jua kita sandarkan segala pengharapan..


OK, got to go..
McDonalds Puncak Alam..here we come..
Thanks for operating on public holiday!!!
[ Oh ya, double or triple pay kot harini...ok what!! :-) ]

May 16, 2011

May'11 Shutdown: Day 3


Happy Teachers' Day..
Utk Ayah, K.Long, K.Ngah, Cik Tonah, Pak Su, Mak Su, Mak Ikin, Mak Uteh, Mak Tam, Mak Jah..  
Oh, terlalu ramai...tak mampu nak sebut sorang2. Tu tak masuk member2 lagi..Maaf ye..

Besar jasa guru..walaupun sekadar mengajar budak2 tadika.
In fact, ilmu yg diajar ketika waktu kecil yg paling bernilai..
Bayangkan guru yg mengajar matematik 1+1..sampai ke besar akan dipraktikkan..
Melimpahnya jariah para guru, Masya-Allah...
(make sure hati ikhlas selalu, sentiasa sabar w/p kadang2 rasa nak cekik je bdk yg degil sgt tu..hehe)

OK, tu intro...
Harini nak buat ape ek??
Ok, mula2 kene ke HUKM, utk sample darah..
Jumaat ni ada check up..
Bercakap psl check up, sesuatu yg aku perlu discuss dgn doktor..
Berkenaan perancangan tahun depan..
Bos aku yg minta aku discuss..so, ape2 nak tanya sila tanya kat dia..ok?
hehehe...

Eh, tak memasal wife aku pun cakap nak cuti gak ari ni..
Kalo ku tahu sambung cuti, eloknya blk kampung..durian pun tgh ranum...
Walaupun aku dah tak berapa 'gila' kat durian ni, at least jual tepi jalan dpt gak duit jajan..
Oh, jajan sekarang diharamkan...eloklah.
Tapi haramkan nasik lemak??Sungguh kurang bijak...

Hmm, since Ziyad & Amierah tak cuti, kena gak anto school.Tak baik ponteng sekolah anak2ku..
Bagilah chance Abi & Ummi ronda2 berdua-duaan..ahaks..
Ye la, hari guru..kene gak belikan sesuatu utk cikgu2 ni..

Any idea, please......

May 15, 2011

May'11 Shutdown: Day 2


slam is the way of life..Kalau sesiapa yang mendalami ilmu fiqh, pasti lebih memahami pernyataan ini.

Aku bukannya ahli..Namun sedikit sebanyak ilmu2 yg dipelajari ternyata membuatkan kita terfikir lengkapnya S.O.P yang telah digariskan oleh Allah & ditunjuki oleh kekasihNya Nabi Muhammad (selawat atas baginda)

Baik dari segi ibadat, muamalat, munakahat & jenayat...
Bertuah rasanya berpeluang mempelajari Kitab Muta'al Badrin (budak Johor tentunya familiar).

Masa sekolah dahulu, memang sukar utk memahami apa sebenarnya isi2 penyampaian cikgu2. Bila dah besar, barulah terkenang kembali butir2 (samar2)..Maklumlah 15-10 tahun yg lalu..

********

Ahmad Ziyad membesar, Alhamdulillah berbekalkan breastmilk aka BF.
Bukan sedikit cabaran tambahan dgn zaman sekarang..Ibu2 rata2nya berkarier.
Aku sendiri, tidak banyak bantuan yg dpt aku berikan.
Kagum dgn komitmen & kesungguhan Umi..

Ada satu ketika, bekalan hampir putus. Alhamdulillah, syukur juga Allah datangkan seseorang dalam hidup Ahmad Ziyad utk menyumbang bekalan BF. Kami nekad utk tidak memberikan susu formula selagi keadaan masih mengizinkan.
Kami pun baru mengenali pasangan ini. Agak excited bila pertama kali bersua.

Nabi Muhammad juga dibesarkan dgn BF oleh Halimatus Saadiah. Aku cuba mendalami hikmah di sebaliknya. Satu yg aku kenal pasti, orang2 Arab ketika itu mencari ibu2 susuan dari kawasan2 luar bandar. Ini kerana mereka2 ini (ibu susuan) memakan makanan2 yg berkhasiat & kurang pula terdedah dgn maksiat2 di kawasan kota.

Zaman mungkin berubah. Secara fizikalnya, mungkin tiada direct contact. Kini, dgn jenama BF pump yg pelbagai, susu bole di'stock up'.
Namun hukum tetap sama. Bagi melayakkan gelaran ibu susuan adalah 5 kali kenyang. Jika mencapai takat itu, maka ada beberapa hukum yg harus dipatuhi contohnya adik beradik susuan diharamkan berkahwin.

Sehingga saat ini, secara syari'enya belumlah Ahmad Ziyad mempunyai ibu susuan. Belum cukup syaratnya.
Namun, jika itu yg berlaku, kena pastikan kami tidak mengabaikan hukum2 syarak yg harus dipatuhi.

OK, hari ini pasangan yg diceritakan di atas ingin berkunjung menziarahi Ahmad Ziyad (kebetulan kurang sihat). Itu je nak cerita. Intro sikit punya panjang...hehehe...

May 14, 2011

May'11 Shutdown: Day 1


Alhamdulillah...

Memanglah setiap perkara ada hikmahnya..
Kadang-kala on the spot, ada kalanya bertahun-tahun baru kita nampak kebaikan tersembunyi di sebalik kejadian..

Apa yg kita perlukan hanyalah sabar..
Tapi, tidak semudah menuturkan, sabar itu amat payah..namun ia sangat indah..

OK, enough for today's thought..

Sekarang ni operasi nak kemas rumah..
Hajat di hati, memang nak hire maid je senang, tak payah pening2 & penat2kan badan..
Tapi lain jugak bile dpt bersihkan sendiri..ye la kan, rumah kita sendiri..
Terasa kepuasannya..

Inilah antara hikmah yg aku rasai kini..

Sesiapa yg mengenali arwah Mak..tentu mengenali beliau seorang yg sgt pembersih...
Di usia kecilku, teruk juga aku dimarahi kerana selalu buat sepah di rumah..
Bayangkan, kawan2 sepermainan semuanya takut utk dtg bermain di rumah aku..
Maka, selalunya kami akan buat sepah di rumah2 lain selain rumah aku..

Mungkin hasil didikannya jua, mata aku agak sensitif bila rumah aku bersepah & berselerak..

May 8, 2011

Aku Merindumu..

Sabtu lepas, tatkala pulang ke kampung..sempat aku singgah ke pusaranya..

Memang terasa kelainan ketika berdoa di 'sisi'nya, berbanding doa2 seharian.

Ibarat orang2 yg bersolat di Masjidil-Haram, tentu khusyuknya lebih sewaktu bersembahyang menghadap Baitullah...

Belumpun setahun pemergiannya, namun telah terlalu banyak peristiwa yang berlaku...
Sering pula terhambur dari mulutku, "Kalaulah Mak masih ada, tentu ............"

Kalian yg masih mempunyai bonda, pastikan kalian berbakti dgn sepenuh jiwa & raga selagi dikandung hayat. Kita hanya ada seorang ibu, yg tak mungkin berganti selama-lamanya..

Bagiku, aku tetap bersyukur...tiada penyesalan sewaktu Mak pergi meninggalkan kami.
Telah aku curahkan yg terbaik..
Masakan adik2ku sering mengungkit "Mak asyik lebihkan Abang Ee"
Masakan isteriku sering juga mencemburui layanan Mak padaku..
Masakan Ayah jua meminta aku menerangkan pada Mak jika ada apa2 keputusan2 penting..

Tidak, Mak bukan pilih kasih.
Tapi aku lebih percaya, tindak-tandukku yg selalu menjaga perasaan Mak dlm apa jua tindakan menyebabkan Mak melayani aku begitu..

Bukanlah aku anak yang sempurna. Sering juga aku membuatkan Mak kecil hati & merajuk. Tapi 'sendiri mau ingat' bagaimana nak reconcile semula..

Antara perkara2 yg dpt membuatkan ibu kita gembira adalah dgn sedikit sumbangan bulanan. Memang jasa2 mereka tidak akan terbalas.
Malah, mereka juga tidak akan meminta.

Namun, percayalah...
Walau tidak banyak, tapi konsisten secara bulanan..dapat menggembirakan mereka.

Aku masih ingat, aku bermula sekadar RM200...kemudian 'elaun' (istilah arwah Mak) dpt aku tingkatkan selari dgn pendapatan yg bertambah..
Pernah juga, kadang-kala aku kesempitan, tapi aku akan pastikan aku tak 'termiss' elaun itu..
Ketika dapat bonus lebih sedikit, merasalah jugak mereka ie Mak Ayah bonus tu..

Masih aku terkenang, pada satu hari..
Mak berkata "Wah Ee, elaun dah naik ek? Terima kasih. Semoga makin murah rezeki"..
Priceless...tiada apa yg mampu mengganti ungkapan Mak itu...

Jangan sampai terdetik di hati mereka.."bila nak merasa duit anak"..
kerana jika itu berlaku, apalah erti hidup kita ini....

Mak, semoga Allah mengampuni dosa2 Ee terhadap Mak. Allah tempatkanlah Mak di kalangan hamba2Mu yg beriman, Amin..

Selamat Hari Ibu...

Al-Fatihah

:: Bonda ::

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! Bonda
Bonda