May 15, 2011

May'11 Shutdown: Day 2


slam is the way of life..Kalau sesiapa yang mendalami ilmu fiqh, pasti lebih memahami pernyataan ini.

Aku bukannya ahli..Namun sedikit sebanyak ilmu2 yg dipelajari ternyata membuatkan kita terfikir lengkapnya S.O.P yang telah digariskan oleh Allah & ditunjuki oleh kekasihNya Nabi Muhammad (selawat atas baginda)

Baik dari segi ibadat, muamalat, munakahat & jenayat...
Bertuah rasanya berpeluang mempelajari Kitab Muta'al Badrin (budak Johor tentunya familiar).

Masa sekolah dahulu, memang sukar utk memahami apa sebenarnya isi2 penyampaian cikgu2. Bila dah besar, barulah terkenang kembali butir2 (samar2)..Maklumlah 15-10 tahun yg lalu..

********

Ahmad Ziyad membesar, Alhamdulillah berbekalkan breastmilk aka BF.
Bukan sedikit cabaran tambahan dgn zaman sekarang..Ibu2 rata2nya berkarier.
Aku sendiri, tidak banyak bantuan yg dpt aku berikan.
Kagum dgn komitmen & kesungguhan Umi..

Ada satu ketika, bekalan hampir putus. Alhamdulillah, syukur juga Allah datangkan seseorang dalam hidup Ahmad Ziyad utk menyumbang bekalan BF. Kami nekad utk tidak memberikan susu formula selagi keadaan masih mengizinkan.
Kami pun baru mengenali pasangan ini. Agak excited bila pertama kali bersua.

Nabi Muhammad juga dibesarkan dgn BF oleh Halimatus Saadiah. Aku cuba mendalami hikmah di sebaliknya. Satu yg aku kenal pasti, orang2 Arab ketika itu mencari ibu2 susuan dari kawasan2 luar bandar. Ini kerana mereka2 ini (ibu susuan) memakan makanan2 yg berkhasiat & kurang pula terdedah dgn maksiat2 di kawasan kota.

Zaman mungkin berubah. Secara fizikalnya, mungkin tiada direct contact. Kini, dgn jenama BF pump yg pelbagai, susu bole di'stock up'.
Namun hukum tetap sama. Bagi melayakkan gelaran ibu susuan adalah 5 kali kenyang. Jika mencapai takat itu, maka ada beberapa hukum yg harus dipatuhi contohnya adik beradik susuan diharamkan berkahwin.

Sehingga saat ini, secara syari'enya belumlah Ahmad Ziyad mempunyai ibu susuan. Belum cukup syaratnya.
Namun, jika itu yg berlaku, kena pastikan kami tidak mengabaikan hukum2 syarak yg harus dipatuhi.

OK, hari ini pasangan yg diceritakan di atas ingin berkunjung menziarahi Ahmad Ziyad (kebetulan kurang sihat). Itu je nak cerita. Intro sikit punya panjang...hehehe...

No comments:

Post a Comment