Bukan mudah utk mengakui kesilapan. Tambahan pula sekiranya dengan pengakuan salah kita itu lebih membawa banyak kerugian berbanding kebaikan.
Mendengar berita tentang Honda Recall baru2 ini mengingatkan aku tentang Toyota yang satu ketika dahulu turut mengejutkan orang ramai dgn upacara recall besar-besaran. Sehingga diabadikan dalam Wikipedia. Boleh baca di sini.
Sebagai salah seorang yg terlibat secara langsung dlm bidang automotif, aku amat memahami tentang kepentingan sebiji skru yg tidak dipasang mampu membawa kematian.
Lantas, tindakan recall sebenarnya sesuatu yg sangat mulia. Berani mengaku salah walaupun berdepan dgn kritikan & kerugian yg bukan sedikit.
Itu sesungguhnya jauh lebih baik daripada menuding jari menyalahkan orang lain atas setiap kesilapan yang berlaku.
Moga dapat jadi iktibar bersama.
No comments:
Post a Comment