Oct 1, 2010
Down Memory Lane :: KLIA ::
Sep 24, 2010
Kak Wati
apa dia topik perbincangan tatkala beraya..rata2 akan sebut tentang kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati & 3 yang lainnya....malahan, mungkin beberapa kes2 sebelumnya...
Kadang2 naik muak dgn suratkhabar2 yg sengaja meletakkan 'headline'2 sensasi, sekadar utk meraih 'rating' & jualan yg tinggi...
Utk kami sekeluarga, lebih mengenali beliau dgn nama Kak Wati.
Secara ringkasnya, ibu bapa Kak Wati merupakan anak angkat kepada keluarga sebelah mertuaku.
Sedari 2005, aku berpeluang berjumpa dgn Kak Wati.
Masa tu dia membuat kenduri doa selamat atau istilah zaman sekarang 'house-warming' di banglo mewah Taman Harmonis, Gombak. Kak Wati menyewa 2 biji bas utk mengangkut ahli2 keluarga dari Seri Medan, termasuk mak ayah mertua aku..
Sekitar 2006/07, baru2 lepas kahwin. Aku ke Tenggaroh, Mersing utk menghadiri satu majlis perkahwinan. Masa tu hanya ada Kancil, so terpaksa pinjam keta sahabatku Mohammad..PFX8870 (entah di mana kereta tu ye skrg?)
Di sana, aku berpeluang duduk semeja dgn Kak Wati & Nash (sebelum bercerai)..
Antara kenangan yg tak bole aku lupa ialah kali pertama beraya di rumah Kak Wati di Seri Medan adalah...
Kak Wati tidak menggunakan sampul duit raya...
ibarat seperti konduktor bas sambung2...pegang note RM100, RM50 & RM10 sebijik mcm pegang tiket bas...
Bayangkan kalau bapak budak mcm aku ni pun dihulurnya RM50 dgn selambanya..
Mak ayah lagi la, 2-3 helai note RM100...
Bilamana hari raya kedua, kebiasaannya akan ada open house di situ..seluruh kampung & kampung2 bersebelahannya akan turut serta..
Tak sangka, semua itu tinggal kenangan...
Sebenarnya, bukan wang ringgit jadi ukurannya..
Kemurahan hati Kak Wati, aku yakin sesiapa yg mengenainya secara peribadi pasti tak akan lupa...
Kerana itu juga, ramai yg ambil kesempatan...Byk juga cerita yg aku dengar dari mertuaku...Begitulah orang byk duit agaknya, ibarat gula yg dihurung semut...
Semoga....rohnya ditempatkan di syurga...
diampunkan dosa2nya & diganjari setiap amal kebaikannya...Amin...
Sep 16, 2010
Exposé (Soft Mode)
Sep 13, 2010
Exposé (Untold Story)
Sekitar April, Y cuti semester yg panjang. Kerja part time di Giant Muar, jual tudung, bertaukeykan seorang warga Pakistan.
Hati2 bila dia beri makanan, arwah Mak & Atok Mok selalu pesan Y.
Aku, as any person around me knows, bukanlah seorang yg suka prejudis. Conclusion daripada perbualan kami kira2 sepuluh minit itu ialah, dia nak ‘melobi’ agar aku bagi support & endorsement bila Mak & Ayah tau perhubungan mereka. Pada aku takde masalah.
Raya 2008, datanglah manusia bernama A ini ke rumah. Sebelum tu, dia pernah ke rumah jumpa Mak & Ayah. Mak & Ayah dah pre-empt aku, agak hesitate dgn budak Pakistan seorang ni. Bukan sekadar soal kewangan. Fizikal & taraf pendidikan juga. Ye lah, Mak Ayah tentunya mahukan yg terbaik utk anak2nya. Kene ambil kira soal sekufu atau tidak.
Tolak soal2 material & fizikal ke tepi, pada aku bukan semua warga asing tu buruk. Di PwC, aku pernah team-up dgn seorang budak Pakistan masa audit di Plaza Sentral. Usman namanya.
Pokok pangkalnya, hati budi & akhlak baik. Fullstop.
Dia bawa sekali bermacam butir dokumen utk diendorse kami sekeluarga.
Bawak buku bank berbalance RM20,000 (sila wow OK), working permit, sijil berhenti sekolah (taraf SPM kalau di Malaysia) serta dokumen2 lain etc.
Aku pun tak le arif sgt soal working permit, PR etc. Belek2 dokumen lebih kurang..
Pendek kata, jika kita mengiyakan kali ini, maka akan lebih jauh perhubungan mereka & lebih serius.
Mak Ayah putuskan utk izinkan berkawan biasa sahaja..
2009
Y graduated tahun 2009 (kalau tak silap aku). Chambering pula di Wangsa Maju.
Kerap juga Y pulang ke Muar, & pastinya mereka akan bertemu.
A ada sebuah Iswara..setiap kali jemput Y siap parking depan rumah. Ayah pernah meluahkan hasrat kurang senang dgn caranya itu.
Mana taknya, seingat aku, tak berani walau sekali aku nak menjemput wife aku (masa tgh bercinta) kat rumah. Kalau pun tak takut Allah, at least segan la dgn orang tua..
Amboi!!!!!
Selang beberapa jam, A sms aku minta maaf on behalf dia & Y.
Dia bagitau mereka betul2 menyesal & takkan buat lagi. Siap pujuk rayu aku bagitau Y betul2 sedih bla..bla..bla…
Aku reply simple aje, minta maaf dgn Allah..
Sesungguhnya, aku pun bukanlah mulia sangat.
Tapi, agak2 la beb…..Jaga sikit batas tu.
Sebulan dua sebelum puasa, aku dpt panggilan telefon dari Ayah.
A & Y nak bernikah raya nanti. What?!!
Ayah minta pendapat aku. Aku tanya Ayah balik, Ayah OK ke?
Nada Ayah ragu2, tapi mengenangkan akibat2 buruk kalau hasrat tak dipenuhi, maka Ayah pasrah. Ayah pun ada bagitau, semua ahli2 keluarga lain tak setuju. Aku pun cakap la, kalau Mak Ayah setuju, aku ikutkan sahaja. Soal buah mulut orang lain, nanti akan diusahakan sama2.
Mak pun tertekan. Puas juga nasihatkan Y supaya tak payah nikah dgn A tu. Tapi sejak sedari kecil, sukar utk tidak menolak sebarang permintaan Y.
Dan Mak pun ikutkan saja, bimbang takut kahwin lari dan sebagainya. Lagi la malu….
Tempoh puasa & raya tahun 2009 amat mencabar buat aku.
A.M. menitiskan air mata di depan mata, disaksikan wife aku. Mintak sangat2 supaya dipertimbangkan semula keputusan ini.
Ditambah ahli2 keluarga yg lain, masin mulut A.M. ni. Harap2 sangatlah dibatalkan saja hasrat tu.
Entah sampai sekarang Ayah tak tunjukkan pada aku. Berdasarkan perbualan aku dgn Ayah, surat yg difaks tu agak meragukan juga..
Paling aku geram, setelah semua persiapan (catering dah ditempah, tok kadi dah diberitahu etc), suka suki je nak postpone last minute!!!
Bila aku renung2, mungkin ada hikmahnya…Bila cakap dgn Mak Ayah, diorang pun OK. In fact, masa set appointment ngan Ketua Kadi, Ayah ada bagitau juga harap2 Ketua Kadi tu dapat nasihatkan Yan tentang risiko2 berkahwin dgn warga asing ni.
Bermula dari situ, bermulalah sebuah episod baru.
Terus aku terkenangkan dokumen yg ditunjukkan pertama kali berjumpa. Kat situ seingat aku siap ada title “Managing Director”..Cewah...
Bukan budak KISAS la katakan…
Pernah sekali, A ditahan di pusat tahanan PATI di KLIA kerana overstay. Menangis sakanlah Y. Mak & Ayah terpaksa meneman.
Ingat lagi kata2 Mak masa tu. Menangis bagai nak rak. Cukup tak berkenan Mak dgn peristiwa tu.
Y hanya diam, menangis…Aku cuba terangkan sebab2 kami tak bagi kahwin dgn A.
Aku explain satu persatu dgn dia. Bukan soal rupa, taraf pendidikan yg kami persoalkan. Satu2nya reason utk kami membantah perkahwinan ini adalah kerana bimbangnya Mak Ayah sekiranya A membawa pulang Y ke Pakistan lantas terus menetap di sana. Mendengarkan kisah2 klise, tentang Pakistan yg mengongkong isteri, menjadikan isteri ibarat hamba yg harus sentiasa patuh & taat without fail kepada suami.
Memanglah A cuba menyakinkan aku bahawa dia benar2 ikhlas & plan nak menetap terus di Malaysia.
Pendek kata, terlalu banyak risiko yg terpaksa kami sekeluarga tanggung jika terjadi apa2 kelak.
Sekitar Dec, 2009 . Hari Ahad ptg… Y dtg di rumah aku. Lepas Maghrib & mandikan Amierah, Y terus tido.
Malam itu, banyak kali Ayah telefon tapi Y tidur mati langsung tak sedar. Aku angkat panggilan Ayah. Ayah bimbang kerana malam sebelumnya, dikatakan dia tak tidur kat rumahnya di Putrajaya. Terkejut gak aku mendengarnya.
Lantas aku terbaca beberapa sms yg membangkitkan api amarah aku
From A to Y (8:16am 27/11/09):
“Xpe la. Zairy pn dah gler skrang. Blik nnti nak jmpe die n n hentam die. Sayng tdo dlu la. Nnti abg call k. Nite mmuahh.”
Cepat2 aku forwardkan sms2 yg relevant ke handphone aku. Bahan bukti tu Joe!!
Aku bluetoothed juga beberapa foto yg aku kira amat melampau & tak bole diterima.
Antaranya:-
Aku terus call A & menengking sekuat hati. Tangan aku mengigil. Wife aku pelik, tak pernah nengok aku berperangai ala2 Hulk Hogan…
Memang kalau A ada depan aku, rase2 dah bertumbuk dah aku.
Aku cakap nak jumpa skrg. Dia dgn nada tak bersalah hesitate nak bagitau aku, dia kat mane masa tu.
Aku kata, nak jumpe die secepat mungkin. Biar settlekan once & for all!!!!
Aku kira malam tu ada communication between A & Y. Subuh esoknya, masa balik dari surau, keta Y dah takde. Mungkin Y dah tau aku marah2 mlm td & aku dah geledah phone die.
Mak Ayah sejak pagi dah call aku kat ofis, tanyakan perkembangan. Aku cakap memang nak jumpe budak celaka tu..
Dari percakapan Mak Ayah, bunyinya mcm sekarang mereka nak ke Putrajaya jumpa Y.
Blk kerja, aku amik wife & Amierah & bergegas ke Alamanda. Mak, Ayah, Y, A bersama kroni2 A(Pakistan) dah sedia menanti.
Mak awal2 dah ckp, pasal apa kroni2 A ni join sekali.
Konon2 mcm jurucakap pulak. Orang Pakistan ni cakapnye memang lembut & berbelit2..
Aku luahkan perasaan aku yg mmg tgh geram. Aku cakap sekali yg Mak Ayah mmg dah tak setuju mereka bersama.
Tunjuk sekali sms konon2 nak hentam aku.
Mak punye la melenting, cakap nak buat report polis.
Mlm tu, tangan aku menggigil lagi. Ringan je nak sepak (pakai tangan) & sepak (pakai kaki) mamat sekor ni.
Y nak dua2…Begitulah jawab Y, tegas & agak kasar.
Fine. Sekurang2nya aku lega kerana dah minta maaf pada Mak Ayah berkenaan kejadian tu. Lagipun, niat aku merahsiakan kerana tak mahu mereka bimbangkan kami berdua.
Kadang2 yg disangka kawan itulah lawan. Berwaspadalah..
Tiada yg positif dari pertemuan itu. Mak Ayah kata jangan, mereka berdua berkeras mahu teruskan. Si A lagilah, elok sikit dari tunggul kayu malam itu. Sikit2, tanya Y..sikit2 tanya Y…
Fine. Berpeganglah pada janjimu itu wahai Y.
Berkenaan majlis tu, fakta sebenar adalah aku pun jemput Mak Dah sekeluarga & Atok Mok jugak. Mereka singgah lepas pulang dari menziarahi Ayah Mie (almarhum). Oleh sebab ada yg buat statement taknak ke rumah aku sampai bila2, perlu ke dijemput??
Keadaan Mak sudah tak begitu baik ketika itu. Rawatan kimoterapi berjalan hingga ke Feb’10. Dalam pada masa yg sama, ikhtiar kami selanjutnya adalah mendapatkan khidmat nasihat Imigresen.
Memang si A ni kerap keluar masuk M’sia melalui Thai. Kadang2 ikut Penang. Entah, aku pun kadang2 malas nak ambil peduli....Oleh sebab ada informer yg rajin update, tahu la juga pergerakan si A ni.
Apa2pun, permit terakhir didapati sebagai pekerja sebuah syarikat IT. CSA ke ape lebih kurang.. Valid sampai 2013.
Yang menariknya, Y pun confess (mengaku) kat Ayah, dah bayar RM10,000 kat imigresen.
Informer pun ada bagitau gak perkara yg sama.
Betul la tu. Jadi, tuan2 puan2 duit2 hasil sebegitu tidaklah menjadi satu kesalahan sebenarnya…
Opss, sori kalo org2 gomen yg terasa di sini. Tak semua…
Nak datang, buat business silakan la. Tapi ikut la saluran yg betul..
Lagi satu, tolong la hormat orang.
Kalau family tak suka, ada la rasa malu sikit..
Fast forward...
Puas juga Ayah ikhtiarkan agar imigresen ni buat ambush kat Tropicana Mall City, tempat si A ni berniaga tudung.
Tapi setiap kali serbu, mesti dia menyorok.Kalau tak salah, tak perlu la nak menyorok kan?!
Waktu tu, Mak dah tak berapa kuat.
Mak mengadu, seminggu lebih dah Y tak call & agak lama tak blk Muar.
Sampaikan Ayah hantar sms lebih kurang berbunyi "Jangan sampai balik Muar ziarah batu nisan aje"
Yang geramnya, dibalasnya Y "Eloklah ingat kematian. Dosa sesama manusia kene minta ampun." Di mata Y, aku, Mak Ayah dah byk menganiaya si A ni...
Menyirap darah aku masa Ayah tunjukkan sms tu. Memang rase nak lempang orang je masa tu!!!!
Jalan terakhir, kami akalkan supaya ikut pergi ke JAWI. Konon2 utk uruskan soal nikah.
Bila dikaunseling seorang ustaz, tup2 Y mengaku yg mereka ni dah bernikah..tahun 2008...
Wah, ni cerita baik ni....
Masa tu Mak Ayah ada lagi di rumah aku...
Mak mengadu lagi, Y tak jenguk pun Mak yg tgh tunggu dalam kereta (Y & Mak Ayah ke JAWI dgn kereta berasingan)
Malam itu..
Kemuncaknya...bila Y sms Ayah bagitau kalau Y & A x dpt berkahwin, Y nak bunuh diri...Ayah mengalirkan airmata depan aku...
Kemudian dtg pula sms Y menuduh aku & wife aku menjadi dalang hingga Mak Ayah tak izinkan mereka kahwin...
Dikatakan aku penghalang kebahagiaan Y.
Saat itu, aku terus kecewa...Aku tak untung apapun menghalang mereka berkahwin & tak rugi apapun kalau izinkan mereka kahwin.
Niat aku cuma satu, hanya yg terbaik utk Y. Ditambah nasihat2 ahli keluarga lain & seorang pegawai imigresen sendiri yg sungguh2 minta kami halang.
Jadi, aku terus berbincang dgn Mak Ayah..kita mengalah sahajalah. Izinkanlah mereka kahwin. Kalau itu benar2 yg diingini dalam hidupnya.
Tak sanggup aku nengok Mak & Ayah stress dgn keadaan skrg.
Ayah sms, izinkan mereka bernikah. Tapi bila Ayah cakap tanak buat kat rumah, Y reply pulak "Macam tak ikhlas je bunyi Ayah"..Subhanallah, TAK TAHU MALU!!!! Bagi nikah dah cukup baik.
Dipendekkan cerita...20 Jun 2010 dilangsungkan pernikahan di Masjid Putrajaya.
Awal2 aku dah pesan Mak Ayah, aku takkan hadir...
Bila Mak tanya kenapa tak bagitau, mereka cakap nak elak maksiat...
hohoho....Nak justified gambar di bawah ni kot...
Kira macam tak salah la, gambar ni diambil sekitar 2009. Maknanya mereka dah sah sebagai suami isteri...
Siapalah aku nak menentukan halal haram. Moga di padang Mahsyar nanti terjawab....
Mak agak kecewa aku tak dtg majlis nikah. Tapi Mak tetap harap nanti bila majlis di Muar, aku akan ada.
Apa nanti Mak nak jawab kalau sedara2 tanya, Mak memujuk.
Maka majlis resepsi di Hotel Seri Pelangi, Muar terpaksa dibatalkan.
Sep 10, 2010
Kau Pergi Jua
Sep 5, 2010
An Epilogue (final episode)
Aug 31, 2010
..still searching..
Aug 24, 2010
N + 15
Aug 20, 2010
Lesson for Today
Banyak sgt urusan duniawi blm disettlekan, nak iron baju, tolong wife aku sidai baju & mandikan Amierah.
Ye la, kesian gak kat wife..dah la tgh sarat, bgn pagi2 utk memasak, basuh pinggan & mengemas…
Kalo solat kat umah je,at least save 20-25 min…
Seperti biasa, 6.45am keluar umah…
Tiba2, aku terperasan handphone pulak tertinggal…Arghhhhh….
Patah balik!!!!Sejak join procurement, ini antara gadget yg tak bole diabaikan..
Sampai kat Bt.3, aduyai..traffic light pulak rosak…
At last, aku kelewatan….lebih lewat daripada biasa!!!!
Padan muka…
Begitulah….keberkatan memang tak dapat diukur & dilihat.
Ia hanya dapat dirasa….
Beruntunglah orang2 yang dikurniakan Allah keberkatan itu..
What a lesson of Ramadhan….
Aug 17, 2010
Kisah Ramadhan
- Seseorang yg bila tiba bulan Ramadhan, tapi dosa2nya tidak terampun
- Seseorang yg tidak berselawat bila mendengar nama Rasulullah s.a.w.
- Seseorang yg masih ada ibu bapa tpi tidak membuat khidmat bakti kepada mereka
Aug 16, 2010
N + 5
- Jaga Mata
- Jaga Telinga
- Jaga Lidah
- Jaga Tangan & Kaki
- Elakkan pembaziran (bersederhana - makanan, pakaian & lain2nya)
- Khauf (takut, risau & bimbang kalau2 ibadah puasa kita sekadar lapar & dahaga)
Aug 10, 2010
N - 1
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Aug 8, 2010
An Epilogue (updated 7.8.10)
Sejak seminggu lps, tiap2 hari aku follow up ngan Ayah, tentang keadaan Mak yg tak lalu nak makan, kerap muntah bile makan byk..Mula2 aku call Dr.Azrif, yg handle kes Mak. Tapi dia di Spain, ade conference. 6 Julai baru blk..Doc2 yg lain byk yg under-training or rotation.
Aku cuba call HUKM mtk advice, psl monthly appointment 20 Julai nanti. Diorg ckp kalo kritikal, terus bwk gi Emergency.
Or else, bawak gi Hospital Muar dulu. Tapi aku cakap Ayah, Isnin ni bwk terus HUKM..hope diorg akan entertain..
(Patient ramai sgt, kadang2 yg walk-in ni kene tunggu lambat skt)
5 Julai 2010
Pagi tu dari Muar, Ayah bwk Mak gi HUKM..Dlm pkl 12pm gitu, aku mtk permission boss aku nak keluo kejap...
Alhamdulillah, sampai2 je sana, Prof. Fuad (Head of Onkology) sedang check previous record Mak..
After a few physical check etc...Prof. Fuad suruh Mak masuk wad..Sedang Ayah sorong Mak naik wheelchair keluar bilik Prof, aku tanya Prof camne keadaan semasa Mak. Sejak abis kimo Feb'10 & even masa kimo, mmg tak penah Mak muntah2..
Prof Fuad : (Geleng kepala). Your mum is going downhill?
Aug 3, 2010
N - 7
Jul 31, 2010
Wish You Were Here
Jul 27, 2010
An Epilogue (updated 7.8.10)
Sejak seminggu lps, tiap2 hari aku follow up ngan Ayah, tentang keadaan Mak yg tak lalu nak makan, kerap muntah bile makan byk..Mula2 aku call Dr.Azrif, yg handle kes Mak. Tapi dia di Spain, ade conference. 6 Julai baru blk..Doc2 yg lain byk yg under-training or rotation.
Aku cuba call HUKM mtk advice, psl monthly appointment 20 Julai nanti. Diorg ckp kalo kritikal, terus bwk gi Emergency.
Or else, bawak gi Hospital Muar dulu. Tapi aku cakap Ayah, Isnin ni bwk terus HUKM..hope diorg akan entertain..
(Patient ramai sgt, kadang2 yg walk-in ni kene tunggu lambat skt)
5 Julai 2010
Pagi tu dari Muar, Ayah bwk Mak gi HUKM..Dlm pkl 12pm gitu, aku mtk permission boss aku nak keluo kejap...
Alhamdulillah, sampai2 je sana, Prof. Fuad (Head of Onkology) sedang check previous record Mak..
After a few physical check etc...Prof. Fuad suruh Mak masuk wad..Sedang Ayah sorong Mak naik wheelchair keluar bilik Prof, aku tanya Prof camne keadaan semasa Mak. Sejak abis kimo Feb'10 & even masa kimo, mmg tak penah Mak muntah2..
Prof Fuad : (Geleng kepala). Your mum is going downhill?
Jul 25, 2010
Something About Work
Hajat di hati nak menang best prize, TV Plasma 50". Macam biasa, gigit jari je la...
Nak compete Best Dress, rase2nye tu je la sekali....Tobat takmo lagi dah...hehehe...
Sesuatu yg menggamit perasaan aku...bagaimanapun, adalah award2 kepada 10, 20 & 30 tahun long-service award....yg 10 tahun lebih kurang 80 org..yg 20 thn dlm 30..pastu yg 30 thn dlm 8 orang...
betapa ramai sungguh loyal employees kat kilang aku ni...
Penah jugak sorang bos Jepun bercerita, bagaimana kat Jepun...antara budaya mereka adalah loyalty..
Sampaikan mereka akan berharap generasi anak, cucu & seterusnya akan menyambung legasi mereka...
Begitulah.....
30 Jun tempoh hari, genaplah 5 tahun aku kat Toyota ni..
Pejam celik, rase kejap benar masa berlalu...
Sejak Jun jugalah, aku dipindahkan ke dept lain, yg menuntut komitmen lebih daripada aku...
Sejak aku keje jdk auditor kat PwC 5 tahun yg sudah, kali ni aku kembali berdepan dgn 3rd party..yg bermacam ragam..
Sampaikan masa aku kat wad tatkala Mak sedang sakit, asyik le ade org tepon tak putus2...
Seronok??
Apa2 exposure yg baru, pada aku memang seronok..
Asalkan tak stay sampai pkl 12-1 pagi kat ofis mcm aku keje audit dulu, rase2nya aku masih OK lagi..insya-Allah..
Berbalik kisah long-award tadi..
Aku congak2 blk, andai kata aku dipanjangkan umur...maka 2036 le tahun aku pencen..
Mungkinkah aku masih di sini lagi???
Wallahua'lam...
Jul 22, 2010
Selamat Hari Lahir Ayah
Aku pohon padaMU Ya-Allah, tinggikan darjat Ayahku, kurniakan kebaikan & kesejahteraan buatnya di dunia & akhirat...Amin....
Dari Anakmu,
Mohd Zairy Mohd Tamam
22 Julai 2010 @ 10 Syaaban 1431
Jul 19, 2010
Kehadiran yang Dinanti..Pemergian yang Ditangisi..
Once upon a time, there was a boy called Harry Potter, whose uncle told him he was a liability. But the boy felt unwilling to accept this designation without qualification, since his parents were off-balance sheet, that is, missing.
One day, a strange visitor named Hagrid gave the boy some professional advice: "Your fortunes may go up or they may go down but due diligence requires me to inform you that you are not a liability of the muggle class, but an asset of the wizard class."
The young asset travelled to Hogwart’s School for a set of "add value" courses expected by analysts to cause a significant appreciation in his book value. In class, Harry met a female asset called Hermione and thought about having a merger with her.
But he was distracted because an outside party called Voldemort earmarked him for 100% depreciation (that’s death).
A huge takeover battle followed, with Voldemort attempting a hostile acquisition followed by a total liquidation of Harry and associated assets.
Harry won by using an unlisted extraordinary item called heroism.
In a huge EGM of interested parties at Hogwarts Hall, Harry found that his book value had increased considerably. However, there was no merger with Hermione.
"Also, I haven’t found my parents, who are still listed as receivables," Harry said. As a result, analysts suggested that there may be room for subsidiary or spin-off adventures.
- Gantilah puasa2 yg tertunggak...
- Biasa2kanlah bangun pagi utk bersahur & berqiam 2-4 rakaat sekurang2nya...
- Rajin2 ke surau/masjid...bimbang jugak dikutuk tiang masjid...bila malam Ramadhan, apasal lak penuh mengalahkan solat Jumaat....
- Bersiaplah...dgn cara yg kita rasa selesa & bersemangat dgnnya...mungkin dgn memborong kurma Yusof Tayyob...beli jubah ke, kopiah baru ke, Quran ke, ...pasang azam nak penuh Terawikh dll...
- Azam, azam & azam...utk kita jadi lebih baik selepas ini...Ingat suatu ketika bila Jibril mengucapkan celaka kepada orang yg berlalunya Ramadhan namun tak terhapus dosa2nya...di'Amin'kan pula Rasulullah....
- Ini yg susah skt...cuba2lah lawan perasaan teringatkan hari raya melebihi yg selayaknya... (Baju, kuih, kasut??Bawak2 le bertenang...)
Jul 12, 2010
Untukmu Ibu...
Jul 7, 2010
Jul 4, 2010
Tentang Bola
Jun 14, 2010
Senang vs Tenang
For sure la nak dua2....
What a
Kita sememangnya perlukan kesenangan..demi keperluan hidup kita sehari2..
Namun, adakah dengan senangnya kita akan membuatkan kita tenang?
Kalau ya jawapannya, alhamdulillah...kalau bukan, maka perlulah kita renung & fikirkan kembali tujuan kita mencari kesenangan..
Berapa ramai orang yang senang, tapi jiwa tidak tenang...
Tapi janganlah dikejar tenang itu hingga terabai senang..
Bayangkan galah itu sebagai keperluan, dan buah yg ingin dijolok itu sebagai tujuan..
Sudah pasti kedua2nya sama penting..
Tapi hakikatnya, yang ingin kita makan adalah buah (tujuan) itu & bukannya galah (keperluan)...
Dan, kadang2 kita tak perlu pun galah yg terlalu panjang utk sebiji buah di pohon yg rendang..
Kan?
Jun 10, 2010
Sentuhan Jiwa
Kebiasaannya, 'wavelength' tak sama...boleh jadi ilmu si penulis terlalu tinggi nak dibanding dgn pembaca.. Boleh jadi juga penulis yg 'syok sendiri'...
Maka, penulisan yg baik dpt 'tackle' audience secara keseluruhannya...
Utk itu, aku syorkan satu majalah.. Solusi namanye...
Aku tak tau org lain, tapi bagi aku tulisan2 & artikel2 yg disiarkan amat dekat dgn jiwa, seterusnya diharap dpt melembutkan jiwa yg kadang2 kotor & sering tersasar...
Wallahua'lam...
Jun 5, 2010
Just Do it
Tagline Nike kalo tak silap aku...
Memanglah...sebagai manusia..kita akan buat apa yg kita rasakan baik..
Tapi belum tentu apa yg kita buat tu sememangnya baik secara hakikinya..
Cuma Allah yg Maha Mengetahuinya....
Yes, you can just do it..
but think twice before you do it..
"Kita akan dipersoalkan atas setiap apa yg kita kerjakan"
May 30, 2010
Blog, FB & Whatnot
Nak mula memang tak susah, tapi nak memaintainkan..sgt2 susah..
Menulis blog ni, ada byk matlamat & tujuan...
Tapi aku lebih suka melihatnya sebagai satu alat...
Matlamat aku menulis, pada awalnya tentulah utk berkongsi pengalaman...disahkan menghidap kanser..
kemudiannya menjalani kimoterapi...
Saudara, sahabat handai ramai yg inginkan perkembangan terkini
Takkan nak jumpa, telefon selalu..
Maka melalui blog, dapat juga aku update keadaan semasa..
Masa tu FaceBook pun blm seglamer sekarang...
Lama2, matlamat aku jadi lain...
Memang tak salah berkongsi kegembiraan, kesedihan di blog...
Tapi sebagai manusia, kadang2 kita 'terlajak' dari batas yg sepatutnya..
Terlalu rumit utk dijelaskan, harap2 secara generalnya...korang bole tangkap maksud aku ni..
Kerana itu juga, aku 'deactivate'kan FB aku suatu masa dahulu..
Tapi entah kenapa tiba2 ia 'hidup' semula...
Namun, bila aku renung2 semula...ada juga manfaatnya..jadi aku biarkan sebegitu..
sekurang2nya aku dpt jemputan kahwin kawan2...berhubung dgn kawan2 yg lama giler tak dengo berita etc2....
Cuma, secara peribadi aku rase kadang2 org gunakan FB buat sebagai alat tapi matlamat...
Mungkin sebab itulah, nak ke tandas pun diwar2kan seantero dunia...
Aku ada juga dpt nasihat2 yg tidak menggalakkan diletakkan gambar2 kita, bimbang ada unsur sihir etc...
Ada kebenarannya...kerana sudah ada yg terkena...
Berbalik kepada alat vs matlamat...
Pendek kata, kalau medium2 social network ni kita jadikan matlamat, maka sehari kita tak jenguk terasa mcm hidup tak sempurna..
Sedangkan byk lagi urusan lain yg perlukan perhatian yg lebih..
Kalau di ofis, andai semua kerja dah beres...tiada halangan utk berFB, berblog dll
Tapi kalau kerja entah ke mana....Nabil cakap "Lu Pikir La Sendiri"
Aku sendiri pun penah gak ter'addicted', asyik nak meng'update' blog...
Kerana itu, aku 'revamp' blog aku ni, bio jdk plain, simple, dull, hodoh, sgt tak colourful etc....
Untuk ingatan buat diri aku, ianya hanyalah sekadar alat...menyampaikan, berkongsi sesuatu yg bole jdk manfaat...
Dan, aku tidak mengharap orang lain sependapat dgn aku...
Wassalam
> Tentang iklan Google Adsense & Nuffnang di blog...
>> Pesanan Ustaz Zaharuddin tentang Facebook.
Berhati2lah... [Tapi nak tulis pegi tandas takde masalah... Takut meloyakan org je la... :-) ]
.
May 28, 2010
ChickyNud Turn 4
Semakin lama aku kenal 'dunia' ni, semakin resah dan gelisah utk aku teruskan perjalanan hidup..
Bunyinya seperti berputus asa..
Tidak sebenarnya....
Cuma risaukan dgn segala ujian nikmat & kesusahan, takut2 iman & taqwa semakin berkurangan, bukannya bertambah...
Apapun, ku harapkan pengakhiran yg baik buat diriku serta orang2 di sekelilingku, Amin..
28 May...aku perlu mencoretkan sesuatu..
Ia milestone kami...tarikh keramat bermulanya perkongsian hidup..
Kini sudah tahun ke empat...insya-Allah selamanya...
Mengimbas kembali detik aku disahkan menghidap testicular cancer...Saat itu sebenarnya aku sudah terbayangkan bahawa aku hidup dah tak lama lagi...
Namun tika itu aku berdoa pada Allah..
"Andai matiku ini baik utk semua, maka ambillah nyawa ini..
Tapi andai ada lagi manfaat sekiranya aku terus hidup...maka panjangkanlah umur aku...."
Ternyata, tidak cukup lagi kifarah utk aku..maka Allah izinkan aku terus menghirup nafas...dgn harapan aku tidak akan lupa janji2 aku sebelum ini...
Terkenang tatkala meraikan Tahun ke-2, mahupun Tahun ke-3...
(bagus jugak ade blog ni, dpt gak flashback memori2 daun pisang..)
Kalau di ofis aku, budaya 'Kaizen' bermaksud continuous improvement...
Kalau aku praktikkan utk tujuan anniversary aku ni..paling koman pun aku kene bawak holiday oversea....hehehe...
Apapun, begitulah kita manusia...semakin hari kite mengharapkan semakin baik apa yg kita ada..
Rasulullah pun pernah berpesan..jika diberi segunung emas..manusia itu tetap takkan puas..mengharapkan segunung lagi emas...
Jadi, beruntunglah orang2 yg mengerti hakikat hidup ini, mengambil semua yg ada dgn kadar yg sepatutnya..
Insya-Allah, dgn mengharapkan keredhaan Allah...semoga bahagia yg dikecapi di dunia ini, berkekalan hendaknya hingga ke syurga...Amin..Amin..Amin...
Terima kasih buat Nadiah, isteriku..semoga redha Allah milik kita bersama selamanya....
Adios....Wassalam....
P/S: It was an earlier gift for our 4th anniversary..Amierah will be kak long come Dec 27th 2010..Insya-Allah...
May 16, 2010
Adat vs Ibadat..
Jika kita makan, minum, tidur...
Mahupun bekerja makan gaji, kerja sendiri mahupun jdk bos...
Atau dlm perkara2 ibadah rutin (khusus) sekalipun....berwudhu, solat2 dll
Maka ternyata, tanpa niat kerana Allah..maka sekadar adatlah apa2 yg kita lakukan segalanya itu..
Kerana itu, pastikan diri kita, sentiasa berniat dalam setiap perkara yg kita buat..
Indahnya hidup sebagai Muslim sebenarnya, setiap hembusan nafas kita, dalam redha & rahmat Allah...
Oh, usah disangka derita itu kerana murkaNYA...
barangkali di akhirat sana, bergunung2 keampunan, rahmat & redha Allah..
Usah juga kita menyangka, bahagianya kita kini dgn segala kurnia tanda mulianya kita di sisiNYA...
Barangkali, di 'sana' nanti, kitalah orang paling muflis.... Nauzubillah....
"Apakah kamu menyangka kamu orang yg beriman, sedang kamu belum diuji dgn ujian2 yg telah ditimpakan kepada org2 terdahulu daripada kamu..."
Duhai diri, duhai hati...
Istiqamahlah dlm beribadah...dlm menjalani hidup di dunia ini...
Amin....
May 14, 2010
what a chase
jika kita kejar akhirat,nescaya dunia akan lari mengejar kita.
May 8, 2010
Truth
Tapi ia tak kunjung tiba, sampai kita tertanya2..kitakah yang bersalah..
Ataupun kita di pihak yg batil sebenarnya??
Bagi mereka yg mendambakan kebenaran, pastinya tidak putus asa berdoa & mengharap Allah tunjukkan kebenaran...
Namun ia tetap tak kunjung tiba..
Boleh jadi Allah hijab kebenaran, lantaran dosa2 kita yg lalu...
Lantas sucikanlah titik2 hitam dgn air mata taubat..
Mungkin juga Allah tangguhkan kebenaran agar ia lebih manis dinikmati di kemudian hari..Maka bersabarlah...
Tidak mustahil juga Allah ganti kebenaran di dunia dgn ganjaran syurga di akhirat..
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segalanya..
Bersangka baiklah dgnNYA..
At the end, truth will prevail..
Sooner, later or in the Hereafter..
Wallahua'lam..
Apr 27, 2010
Ibarat Tikar
Kita mudah menasihatkan orang supaya bersabar..
Tapi bila kita ditimpa sebarang musibah..maka, di situlah sebenarnya teruji iman kita...
Semoga Allah kurniakan kekuatan & ketabahan utk terus sabar menempuh ujian...Amin...