Jan 26, 2012

The Day She Was Born

Kelaziman aku saban tahun, antara lain adalah mengucapkan selamat hari jadi buat Mak.
Hari ini, aku tetap ucapkan selamat...
Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan para syuhada' & solihin..Amin..

Hampir 30 tahun melalui hidup bersama arwah, 15 tahun pertama aku akui betapa aku tidaklah membanggakan ibuku. 15 tahun terakhir, sedikit demi sedikit aku mulai mengenal erti hidup & semakin memahami pengorbanan seorang ibu. Kasih yang tiada bertepi..

Bayangkan kita di tengah lautan, tanpa sebarang daratan di pandangan. Begitulah perumpamaan kasih sayang seorang ibu.

Mudah-mudahan, kalian yang masih berpeluang akan ingat pesan ini. Hargailah ibumu dengan sepenuh hati. Hatta seorang ayah tempatnya ke-2 dibandingkan dengan martabat seorang ibu.

Sungguh, aku masih belum puas berbakti untuk Mak. Aku harapkan agar kebaikan-kebaikan yang sedikit ini mampu kuhadiahkan buat bekalan Mak di sana.



Al-Fatihah
26.1.1954 - 8.7.2010
 Trivia:
1- Kenangan Kek Terakhir.

Jan 15, 2012

ILMU

“Barang siapa menempuh suatu jalan dengan tujuan mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Selain itu, malaikat akan meletakkan sayapnya bagi orang yang mencari ilmu sebagai keredhaan atas tindakannya. Sesungguhnya yang ada di langit dan bumi, bahkan ikan-ikan di laut, akan memohonkan ampunan bagi orang yang menuntut ilmu. Keutamaan orang  yang berilmu atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas planet yang lain. Para ulama adalah pewaris nabi. Dan, para nabi tiada mewariskan dinar atau dirham, melainkan ilmu. Maka, barang siapa mengambilnya, bererti ia telah mengambil bahagian yang sempurna.” (HR. Ahmad)


Sila rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut.

"Jadilah kamu orang yang mengajarkan ilmu, ataupun yang belajar ilmu, mahupun yang mendengar ilmu, atau paling tidak yang menyintai ilmu.
Janganlah kamu menjadi golongan yang ke-5 yakni yang akan beroleh keburukan di dunia & akhirat..

Wallahua'lam..

Jan 8, 2012

Menjelang 901

Tuan,

Saya tahu malam ini bakal menjadi malam yg pendek buat Tuan.
Situasi kurang lebih 10 tahun lalu bakal menjadi "déjà vu" buat Tuan serta kaum keluarga.

Sama ada Tuan buat atau tidak kesalahan itu, sememangnya Allah jua yang Maha Mengetahui. Ternyata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berbeza pendapat. Mempercayai apa yang mereka yakini.

Sekiranya Tuan di pihak yang benar, maka yang menuduh & mempercayai bakal juga ditanya di mahkamah Allah kelak. Apatah lagi 'mastermind'nya. Habuan dunia terlalu sedikit & saya kira tidak berbaloi dengan azab yang bakal ditanggung.

Dan sekiranya Tuan dengan 'sebenarnya' melakukan perkara itu, tentu saja taubat jalan keluarnya. Apalah sangat hukuman penjara di dunia berbanding kemurkaan Allah di akhirat. Selagi ajal belum menjemput kita, peluang kita masih ada untuk mendapat keampunan, rahmat & redha Allah di akhirat sana.

Sekiranya dijatuhi hukuman esok hari, maka bersabarlah. Ketidakadilan di dunia ini seharusnya menjadi bukti kepada yang orang beriman bahawa ALLAH MAHA ADIL. Mahkamah dunia, manusia boleh menipu. Namun di mahkamah Masyhar, tangan, kaki, lidah dan seluruh anggota kita bakal berkata benar dengan sebenar-benarnya.

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah, moga DIA menunjukkan kebenarannya di dunia ini lagi. Agar umat Islam tidak lagi bersengketa. Agar kita dapat sama-sama berganding bahu  memakmurkan Malaysia tanahair yang tercinta ini. Bumi yang Allah anugerahkan agar dilakukan kebaikan ke atasnya. Semoga setiap dari kita akan merenung kembali, apa tujuan asal kita dijadikan Allah di muka bumi ini.

Sesuatu yang bermain di fikiran saya, harap dapat dikongsi bersama.
Sukar untuk saya percaya bahawa seorang mangsa rogol akan rela duduk bersama lagi untuk menikmati hatta secawan air kosong bersama perogolnya.
Begitu juga seorang mangsa liwat yang masih mampu makan karipap bersama-sama dengan peliwatnya. Maaf, ini sekadar pandangan peribadi. Tentu sekali Yang Arif lebih bijaksana dalam menilai & mempertimbangkan keputusannya kelak.

Akhir kalam, apapun keputusannya, semoga Tuan tetap tabah & sabar menerimanya.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Ikhlas,
Mohd Zairy
8.1.2012


Jan 3, 2012

English Education

Diam tak diam, Amierah menjangkau usia 5 tahun pada tahun baru 2012 ini.

Antara persoalan yang bermain di benak setiap ibu bapa (benak = fikiran, betul eh?kamus dewan please..) adalah ke mana nak dihantar anak-anak ini, pengasuh, taska, tadika, sekolah?

Kami juga tak terkecuali..
Ikutkan hati, memanglah mahukan yg terbaik..Anggapan biasa manusia normal macam kami ni, yang lebih mahal lebih baik hasilnya..
Macam-macam consideration yang lainnya, yuran bulanan, syllabus, penerimaan anak terhadap subjek-subjek yang diajar itu juga.

Namun, hasil pengalaman-pengalaman lalu tentang kehidupan ini, yang mahal tak semestinya yang terbaik. Bayangkan seseorang membeli smartphone, tapi fungsi yang digunapakai sekadar menelefon & ber'sms' (OK la, snap foto gak..). Tentu sekali 'kurang' berbaloi..

Pengalaman seorang pengusaha taska sendiri, seorang kanak-kanak seusia 3 tahun yang telah dihantar ke kelas English (beryurankan RM800 / bulan), tapi tatkala dihantar ke taska, mengalami masalah komunikasi yang amat serius dek kerana tidak boleh berbahasa Melayu langsung. (Haruslah ambil maid ber'english education', ye tak?!Tiba2 rindu kat Usop Wilcha, lama tak dengo suara dia..hehehe..)

Berdasarkan budget yang sederhana, memastikan hasil yang optimum, kami berdoa agar pilihan kami yang terbaik & mendekatkan diri kami sekeluarga kepadaMU jua...

Ya, OPTIMUM..
Mudah-mudahan, Amin..

**********************************

Optimum

In mathematics, computational science, or management science, mathematical optimization (alternatively, optimization or mathematical programming) refers to the selection of a best element from some set of available alternatives.[1]
In the simplest case, an optimization problem consists of maximizing or minimizing a real function by systematically choosing input values from within an allowed set and computing the value of the function. The generalization of optimization theory and techniques to other formulations comprises a large area of applied mathematics. More generally, optimization includes finding "best available" values of some objective function given a defined domain, including a variety of different types of objective functions and different types of domains.
Sumber dari : Wikipedia 

Ada Apa Dengan J.P.O. (Johor Premium Outlets)


25 Dec 2011 : Menyinggah jap...maklum la, jgn kata org Johor tapi tak penah sampai, ye tak?
Rule of Thumb : Nengok bole. Beli? Nengok budget la ye...

Nak masuk pun kene Q panjang..Sebab dah tau harganye after 50% off pun paling koman RM2k, abaikan saja...

Belum ape2 Miyah dah 'paw' sarung bantal kat Akemi..

Alamak, Adidas Predator X!!! Normal price RM350, after discount dlm RM200++.
Ehem..ehem..

Pink ke, krim ke, dark blue?? Cepat pilih, jangan malu2..

Poney sampai 70%. Tapi bukanlah yg new arrival ye...Yg tu kene crk kat Sogo..hehehe..

Ni kete escort Tengku Mahkota Johor (Sultan Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim Ismail Iskandar)
Fuh, full name tu..Daulat Tuanku..

Utk panduan mereka yg teringin nak singgah. Dari PLUS highway menghala ke Johor Bahru. Exit di Senai Airport/Linkedua/Desaru H'way.



Dec 30, 2011

Zero-Sum

Another lesson of life..

Our happiness could be despair to others..
It is the best if we can share the same joy together..

Dec 27, 2011

Quote

Senyumlah pada mereka yang membencimu
Doakanlah mereka yang memusuhimu

Kelak kau akan tahu erti BAHAGIA

- IKIMfm

Dec 23, 2011

1st Birthday

23.12.2010 + 10 days

23.12.2011 - 5 days

Duhai Ahmad Ziyad,
Semoga dikau menjadi seorang anak soleh & mujahid Islam, pembela agama kita yang tercinta, Amin..




Dec 20, 2011

BR1M

Sungguh, ia suatu inisiatif yang mulia.
Siapalah kita untuk mempertikaikan keikhlasan, kerana ia milik Allah jua. Jika pelakunya tidak ikhlas sekalipun, tidaklah kita berhak menghukum.
Kepada mereka yang mengambil kesempatan (borang palsu etc), maka laknat Allah jua yang layak buat anda!!

Sekadar membawakan satu senario:-

Keluarga A total income RM2,800. Mempunyai seorang cahayamata berusia 3 tahun. Maka layak mereka mendapat RM500. Alhamdulillah..

Keluarga B total income RM3,200. Mempunyai 4 orang anak, 2 sudahpun bersekolah.
Adakah B juga mendapat RM500 itu?

Para penggubal, penguatkuasa & mereka yang berkaitan dengan BR1M ini, saya merayu agar B ini juga diberikan bantuan RM500 ini, walaupun pada pendapat saya seharusnya kita beri lebih..


S.B.P.A.

Jika ada yang membantah, tentu ada 'disadvantage'nya..

(a) Umur bersara wajib 60 tahun. Tidak setuju?
Bukankah itu yang diperjuangkan oleh ramai pihak?
Kos sara hidup yang meningkat tidak selari dengan kenaikan gaji, ditambah purata jangka hayat penduduk M'sia yang semakin bertambah. Tentu sahaja ini sebahagian jalan keluar.

(b) 'Exit policy for non-performer'. Mengapa tidak?
Jika seseorang staf itu bebas melakukan sesuatu kerja peribadi (meliputi ber'FB', menonton video/movie serta kerja-kerja peribadi lain), tidak ada salahnya dihukum. Mekanismanya perlulah adil. Amaran, tindakan tatatertib, barulah dipecat.
Namun, jika memang tiada tugas untuk si pekerja sehingga 'terpaksa' melakukan aktiviti-aktiviti di atas, itu salah pihak pengurusan. Tak layak duduk di atas! Malah dia orang pertama perlu dipecat.

Jika kerana sebab-sebab di atas Cuepacs menolak, maka aku kira agak kurang bijak.
Dalam kita menuju ke arah negara maju, setiap orang perlu ada peranan & tidak seharusnya 'free-rider' dibela..


Dec 11, 2011

A Foiled Break In

9.12.11 @ 11.10 pagi

Terdengar ketukan bertalu-talu dari rumah Abon, jiran selang sebelah rumah. Lantas Abu menjenguk sebentar. Setahu Abu, Abon di kampung kerana isterinya masih berpantang kelahiran anak sulong.

Kelihatan sebuah kereta Proton Wira (sedan) berwarna emas di depan rumah Abon. Seorang lelaki Cina di dalam kereta. Rakannya sedang mengetuk pintu rumah Abon.

Abu : Hello, mahu cari siapa?

Cina 1 : Oh, mahu pergi rumah kakak saya! (penuh yakin & selamba). Ini rumah kakak saya.

Abu : (Kaget!!Bila masa pula si Abon ni ada adik ipar Cina?!!) Ye ke? Ni bukan rumah Melayu ke?

Cina 1 : Bukanlah. Ini rumah kakak saya.

Cina 2 : Tak percaya ke? Ini saya mahu parking kereta! (Sambil pura-pura undur kereta nak parking dalam garaj)

Abu : (Alamak, lain macam ni!!Hand phone dalam rumah pulak!) Ok..

Berlalu masuk ke rumah untuk mengambil hand phone, sempat menjeling nombor pendaftaran kereta, JFJ 9756.

Terus mereka memecut laju, meninggalkan rumah 'kakak' mereka.

Lantas, Abu terus meneliti apa sebenarnya yang berlaku. Pintu pagar & grill, mangganya sudah tiada. Dan pintu kayu, benteng terakhir rumah Abon..


Nyaris sahaja sebelum direwangkan 'adik-adik bukan seibu sebapa itu'!!

Abu menelefon Abon, pihak keselamatan & polis tentang kejadian yang berlaku.

Abu ditertawakan seorang Sarjan;
"Saya pernah jumpa orang yang terserempak dengan penjenayah.
Tapi ini 1st time saya jumpa orang yang berborak dengan penjenayah!"

Moral of the story:-
1- Simpan nombor telefon balai polis terdekat.
2- Kenal siapa jiran kita
3- Common sense


Dec 6, 2011

Force Majeure

Force majeure  (French; pronounced: [fɔrs maʒœr], approximately fors ma-zhur)

**************************Pertama kali aku diperkenalkan dengan istilah ini masa meneliti "Supply & Purchase Agreement" tidak lama dulu. Bagi ahli perundangan, mungkin term ini agak familiar. Ketika itu, aku pun sekadar baca sekali lalu.Kini, baru aku sedar kepentingan adanya clause itu dalan sesebuah perjanjian. Biasanya, ia sekadar satu perenggan. Tapi nilai yang terjejas akibat daripadanya boleh jadi jutaan ringgit!Bayangkan seorang pembekal yang membekalkan 5 biji tayar untuk sebuah kereta (purata RM500 / kereta = 2,000 unit / sebulan), nilainya RM1,000,000 sebulan!!Belum lagi alloy rim, enjin, transmisi & seribu satu parts yang lainnya.Itulah yang terjadi apabila berlakunya banjir di Thailand tempoh hari. Aku turut simpati kerana aku tahu betapa peritnya ujian ini. Syukurlah tempat aku mencari sesuap nasi tidak terjejas teruk. Walaupun tidak sampai sebulan, itupun sudah ada keluhan. Aku diberitahu ada sebuah kilang yang terpaksa diberhentikan operasi untuk 3-6 bulan. Bayangkan jika gaji yang ada termasuk kerja lebih masa terkurang 30%-40%. Bayangkan para penjual kereta yang 'basic salary' tidak sampai RM800 / bulan & mengharapkan komisen untuk memenuhi komitmen sehari-hari, tidak dapat menjual sebiji kereta dalam tempoh itu?
2011: Weeks after flood in Thailand

Ya, kita mungkin tidak pernah terfikirkan itu. Kerana kita tidak terkena tempiasnya. Hakikatnya, apa yang berlaku di sekeliling tidak lain adalah sebagai peringatan juga kepada kita. Agar kita sentiasa tidak lupa untuk bersyukur. Agar kita selalu ingat bahawa kuasa Allah itu tidak ada tolok banding. Bahawa hakikat kita akan sentiasa memerlukan Tuhan serta hakikat sebenar sebuah kehidupan. Apa yang terjadi di Thailand, perbandingannya hanya 1% di Metro Kajang Jumaat lepas. Tidak mustahil ia boleh berlaku di tempat kita juga. Moga kita akan sentiasa ingat itu, insya-Allah..
"Ya-Allah, peliharalah kami, keluarga kami, umat Islam keseluruhannya daripada murkaMU. Tetapkanlah iman kami & ampunilah dosa-dosa kami, wahai Tuhan Sekalian Alam"
**********************force majeure |ˌfôrs mäˈ zh ər|

noun1 unforeseeable circumstances that prevent someone from fulfilling a contract.2 irresistible compulsion or greater force.ORIGIN late 19th cent.: French, literally ‘greater force.’

Dec 4, 2011

Tasu'a & Asyura of Muharam

10 Muharam @ Hari Asyura hari yang punya sejarah yang panjang.
Rasulullah menyatakan bahawa umat Islam lebih berhak meraikannya berbanding orang Yahudi.
Berpuasa pada hari ini menjadi kewajipan tatkala Rasulullah berhijrah ke kota Madinah.
Termansuh apabila difardhukan puasa bulan Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah.

Puasa pada 9 Muharam @ Hari Tasu'a adalah bersandarkan pesan Rasulullah agar kita turut berpuasa pada hari ini bagi menyalahi (membezakan) amalan orang Yahudi. Namun tidak ada halangan sekiranya sekadar berpuasa pada 10 Muharam sahaja. Malah, tidaklah menjadi satu kesalahan jika tidak berpuasa langsung pada 10 Muharam.

Banyak juga fadhilat tentang puasa hari Asyura ini.

Namun, alangkah baiknya sekiranya dapat kita penuhi tuntutan & amalan Rasulullah atas bukti cinta kepadanya serta mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

:: Ikhlas amat payah, jika dapat dicapai ianya sungguh indah ::



Dec 2, 2011

Demise

It was Thursday evening.
And it was Friday morning.

The memory of my late mum's final breath on that evening & the remains buried in the morning is still fresh in my mind.

**************

Condolence to my colleague, Wong Kok Hui, who just lost his beloved mother last night. She suffered similar disease as my mum, that is why I can understand the feeling.

As people say, only time can heal.

Nov 28, 2011

LEKA

Oh, ini bukan azam tahun baru utk lebih rajin menulis blog sempena tahun baru 1433H.
Malah, aku kena kerja hari ini gara-gara cuti Awal Muharam ni dah digunapakai masa maintenance shutdown bulan Mei lepas.
Sekadar kesinambungan daripada entry sebelum ini.

Benarlah yg akhir itu lebih baik daripada permulaannya.
Apalah guna mendahului 2-0 hanya melihat scoreboard 2-3 di akhirnya.

Leka & lalai, bukankah itu attribute seorang manusia, malah kita juga?

Untuk renungan bersama..

Nov 27, 2011

Awal & Akhir


وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى
"Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan" 
(Adh-Dhuha 93 : 4)

Ada banyak tafsiran tentang ayat yang selalu kita baca ini.

Tentang perbandingan kehidupan akhirat (akhir) yang kekal abadi & hakiki berbanding kehidupan dunia yang sementara (awal)

Terdapat juga tafsiran tentang pengakhiran yang baik atas dakwah Rasulullah Al-Amin Muhammad (selawat atas baginda) setelah bergelut dengan segala macam tribulasi & cabaran yang perit ketika peringkat awal menyebaran Islam.

Boleh juga kita aplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Team Harimau Muda kalah pusingan pertama dengan Syria, tapi menang pada perlawanan timbal balik nanti.
Ahmad Fakri gagal sepakan penalti final Sukan Sea 2011, tapi akhirnya menjadi top scorer Sukan Asia atau Olimpik 2012 kelak (boleh?)
Tentu itu lebih baik, bukan? (Oh, be realistic Ciki!!)

Ramai sudahpun memasang azam yang pelbagai (perfectly fine), kerana setiap amalan itu adalah dengan niat. Lebih penting jika menjelang akhir tahun nanti, lebih banyak pencapaian berbanding azam yang telah kita sasarkan.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H.

Nov 23, 2011

Something About Work

When your boss really trust you, you will end up doing more jobs


Nov 21, 2011

Between Optimistic & Pessimistic

Optimistic itu satu ciri & sifat yang murni.
Pessimistic pula sering dilabel sebagai nilai yang negatif.

Namun, kadangkala kita tersalah anggap.
Boleh jadi optimistic itu menjadi too ambitious, dan pessimistic itu dek kerana kita bersikap realistic.

Untuk perlawanan malam ini, tentunya aku mengharapkan Malaysia akan menang.
Tapi aku kurang yakin sebenarnya.

Adakah aku seorang pessimistic, atau realistic?

ALL THE BEST, HARIMAU MALAYA!!!

Nov 20, 2011

Biarlah Rahsia

Kita biasa dalam situasi begini;

"Abu, aku ada satu rahsia ni. Tolong jangan bagitau sape2 ye!" - Mat

Abu dengan serius menjawab "Janji. Aku tak bagitau sape2." "Ceritalah pada aku, jangan risau ko bole percayakan aku." - sambung Abu (dengan penuh keterujaan)

Selang 2 hari..

"Lan, ko tak tau, si Mat tu rupa2nye ******. Tapi ko jangan bagitau sape2 tau. Ni rahsia kau & aku je!!" - Abu.

Begitulah dialog Lan & Awang, Awang & Ahmad...seterusnya......

Bayangkan aib si Mat yang menjadi open secret itu.


*********************************************

Begitulah nilai kepercayaan generasi Facebook & Twitter hari ini.
Mungkin kerana prinsip Internet itu sendiri ie "borderless world", maka rahsia bukanlah menjadi sesuatu yang rahsia lagi..

Menyedari kita mempunyai seseorang yang mempunyai nilai "percaya" yang hakiki, andalah manusia yang paling teramat beruntung sekali.
[ pun intended. Cikgu Bakar (cikgu BM masa UPSR) mesti 'piat' telinga aku kalau dia baca ayat aku ni. ]

note:
pun |pən|nouna joke exploiting the different possible meanings of a word or the fact that there are words that sound alike but have different meanings

Nov 18, 2011

Rawatan Alternatif

1- Lihatlah agamanya
2- Perhatikan amalan wajib & sunat
3- Perhalusi akhlaknya
4- Bagaimana kaedah perubatannya

- Jika dia bukan Islam, bimbang jampi-jampi yang bersifat pensyirikkan
- Andai solat wajib pun dilengahkan (apatah lagi ditinggalkan), mana mungkin Allah dekat dengannya
- Sekiranya kata-kata & perlakuannya penuh sifat angkuh, takabbur & riyak, syaitan & nafsu lebih dekat dengannya
- Tidak dijaga batas aurat, bahan-bahan yang diguna juga meragukan, berwaspadalah..

Sekadar renungan bersama...

Nov 16, 2011

Dulu, Sekarang & Akan Datang

Dulu, nak mengaku pro pembangkang memang tak segan silu
Sekarang, nak cakap suka pembangkang agak ragu-ragu
Akan datang tetap takde hati nak sokong belah lagi satu

:: pantun 3 kerat ::

On serious note, tiba2 aku terfikirkan sesuatu...
Ya, kakitangan kerajaan & swasta ada satu perbezaan yang agak ketara.

Pekerja swasta, setiap kali pencapaian "Untung & Rugi" kurang memuaskan, kesannya boleh dirasai hampir serta merta (acapkali tahunan).

Berbeza (in my humble opinion) dengan kakitangan awam. Hampir tidak ada perasaan gundah tidak kira sama ada berjaya atau tidak KPI itu dicapai.

Aku pernah berpengalaman melalui satu situasi di mana pihak syarikat terpaksa 'delay' pembayaran gaji utk seminggu bahana 'cash flow' yang agak tenat. Keadaan bertambah buruk kerana aku pula yang terpaksa menjawab bagi pihak pengurusan!!

Siapa pula pernah bayangkan kerajaan tidak mampu membayar gaji kakitangannya.
Ya, itu sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Namun, tahukah kita Greece telah & kini Itali berhadapan situasi sukar akibat beban hutang yang tidak tertanggung?
Kesannya cukup besar. Bayangkan sahaja gaji kita dipotong, cukuplah sekadar 5%!!

Kita harapkan itu tidak berlaku, insya-Allah.

Mungkin atas asbab itulah, "pengharapan" agar hanya mereka yang benar2 tulus sahaja yang memegang amanah rakyat keseluruhannya, membuatkan aku tetap ambil tahu tentang situasi politik semasa.

Bagi aku, kita sedang "tenat". Pohonlah kepada Allah agar hanya yang layak & berhak diangkatNYA menjadi pemimpin kita, tak kira di 'sebelah' manapun dia. Dan mereka pula bersatu atas nama Allah untuk benar2 memperjuangkan hak rakyat.



Nov 15, 2011

Weekdays

1 hour - in the car
11 hours - in the office
12 hours - in the house (4 hours alive, 8 hours not)

what a waste, if we do not set our mind right.

:: segalanya boleh jadi ibadah ::



Nov 10, 2011

Antara Kawan & Sahabat

Aku pernah mencoretkan sesuatu :-
1. a friend will laugh with you
2. a good friend will listen to you
3. a best friend will cry for you

(15 October 2011)


Aku sendiri bukanlah seorang sahabat yang baik. Sekadar mampu menjadi kawan dalam keadaan yang tertentu. Acapkali juga berkawan atas sebab-sebab yang mendatangkan kebaikan. 


Tatkala kita ada seorang kawan yang sanggup datang kepada kita bila kita dalam kesusahan, dialah sebenarnya seorang sahabat & hargailah dengan seluruh jiwa kita.


Memetik kata-kata  seorang ilmuwan, 
"you are, the people whom you associated with & the books/materials that you read"


Untuk itu, Al-Quran sebenarnya sahabat terulung yang setiap orang perlukan.  



Nov 9, 2011

Chill Out

should be simply put as "careful with water pressure"
:: found in Japan ::

bukan di negara One Malaysia ye..
Disclaimer: Copied from www.engrish.com

Nov 7, 2011

Happy Birthday, My Love

7 November 2011 @ 11 Zulhijjah 1432H

Dear Nadiah Misman,

I am sorry, my dear. Tonight supposed to be a happy moment (every day is a happy day, though). It's your birthday. Everybody will happy on their birthdays. For thousands reasons. Big cake, expensive gift, romantic dinner, surprise party and whatnot.

I guess, life is full of uncertainties & unexpected events. How on earth would I expect to be alone in the hospital, on your birthday?!

This is just another test for us. We should appreciate regardless of anything. I am just happy that we are still together, weathering any circumstances. We will treasure every moment, seeking wisdom and move forward, Insya-Allah.

I pray to Allah, we will be together in this world & Akhirat. Amin.

Yours forever,

Mohd Zairy Mohd Tamam



Fakta kes:-
10 Zulhijjah 1432H @ 6 November 2011

- 11.00am : Aktiviti melapah lembu korban di Kg. Pt. Baru.
- 11.45am : Kaki kiri tertusuk parang panjang Wak "..". Berdarah tidak henti. Hampir pitam akibat kehilangan darah yang banyak.
- 12.30pm : Tiba di wad kecemasan, Hospital Putra Batu Pahat.
- 12.45pm : Minor OT. Exploration & minor surgery. Urat kecil terputus berdekatan jari kelingking. 5-6 jahitan.
- 2.00pm : Admission di bilik 213. Expected to be discharged tomorrow noon. Recovery within 2-week, insya-Allah.


Nov 1, 2011

Takkan Penuh

Ada 2 perkara yang tak akan dapat kita penuhkan sampai bila-bila.

Pertama AKAL.
Malahan, semakin orang itu berilmu, dia mendapati banyak lagi cabang-cabang ilmu lainnya yang masih belum diterokai.

Kedua NAFSU.
Kerana itu kita melihat semakin hebat orang itu mengejar nafsu, maka semakin tidak puaslah dia dengan kehidupan dunia ini.

"Kejar dunia, nescaya akhirat akan lari meninggalkan kita. Mari kita kejar akhirat, insya-Allah dunia pula akan berlari-lari mengejar kita"

Oct 28, 2011

Daerah Itu

Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagiMu Allah, yang mengurniakan kehidupan & segala kebaikan dalam di dalamnya, sama ada berbentuk kesenangan mahupun kesulitan. Berbahagialah bagi yang menempuhnya, sentiasa dalam ketaatan & kepatuhan kepadaMu..

Mutakhir ini, dunia automotif dikejutkan lagi oleh satu lagi bencana alam setelah terjadinya tsunami di Jepun, Mac'11. Banjir Thailand Okt'11 menjadi bukti bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa & makhluk tiada kuasa. Rakan di H sudahpun menghentikan operasi, manakala di T sebulan dua lagi pasti juga terasa kesannya nanti. Kesan banjir juga melumpuhkan operasi industri elektronik, malahan sumber makanan juga. Mudah-mudahan sahaja tidak terlalu besar impaknya, Amin.

Kilang H di Ayutthaya

Salah satu kilang komponen T


Menarik untuk direnung bagaimana usaha-usaha men'divert'kan air bah itu daripada memasuki kota Bangkok, menyelamatkan kubu terakhir lambang kemegahan & kemajuan negara yang tidak pernah dijajah (nota: Malaysia juga tidak terjajah)






Terkenang kisah banjir besar yang melanda kaum Nabi Nuh, apabila mereka yang tidak beriman (termasuk ahli keluarga baginda sendiri) menyangka bahawa mereka akan terselamat dari banjir itu. Berusahalah semahunya, berikhtiarlah hatta dengan teknologi tercanggih yang tak pernah terfikir dek akal manusia kebanyakan.
Moga hati akan celik menyedari bahawa kekuasaan Allah itu tiada tolok tandingnya. Pengabdian kepada Pencipta kita adalah satu-satunya jalan keluar dari segala permasalahan hidup.


Berkebetulan, kira-kira dalam tempoh 8 bulan aku akan menjejakkan kaki ke sana. Barangkali dalam tempoh yang agak panjang (1-2 tahun). Sekiranya begitu ketentuan Allah.

Mudah-mudahan, ada rahmat di sebalik kejadian yang berlaku ini. Paling tidak, akan terdetik di fikiran & sanubari mereka bahawa Pencipta Sekalian Alam ini sebenarnya ingin agar makhluk-makhluk ciptaanNya ini kembali kepada fitrah kejadian manusia..

Insya-Allah..

Oct 23, 2011

Ihtifal Taska Darul Hannan 2011


Jigsaw puzzle contest..no.1..
Alhamdulillah..
tak sia2 practice tiap2 hari kat umah..

Miyah jdk burung hantu


Pelajar 4 tahun
Highlight of the day
:: Aci Aci Buka Pintu ::


Sep 26, 2011

Kakak & Adik

 Adik, Kakak nak pinjam 'car' kejap, boleh?


 Kakak kan dah ada 'horse'!!

Milo Kakak pun macam sedap je tu, nak..... 


Nak jugak, nak jugak!!!!

Moral of the story: "Jangan dijolok sarang tebuan"

************************************************* 

Duduk bawah ni macam best, kan Umi?


Alamak, camne pulak nak turun ni??

Moral of the story: "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
Er, kait ke?


Sep 24, 2011

He is Back

Alhamdulillah...
Setelah hampir seminggu, Ahmad Ziyad kembali pulih.
Mudah-mudahan sentiasa dalam kesihatan yang baik..

Jadual harian semakin padat..
Terasa ingin berjaga sepanjang malam, melangsaikan 'chore', memastikan segalanya in order..

Banyak kami alami, banyak pula yang kami belajar & teladani..

Harap-harap dapat menjadi lebih baik dari hari-hari, bulan-bulan, tahun-tahun sebelumnya....



Sep 19, 2011

Jiwa Hamba, Rasa Bertuhan

Menempuh hari2 yg mendatang,pastinya tidak lengkap jika tidak diuji. Ujian boleh hadir pelbagai bentuk; kemiskinan,kesakitan,kehilangan dll.
Uniknya ujian,adakalanya seseorang merasakan itulah ujian terhebat sedangkan orang lain merasakan ia biasa2 sahaja. Vice versa. Ada pula yg menghadapi dugaan maha dahsyat di mata umum, tapi dia mampu tersenyum & menganggap ia hanya jentikan manja dari Tuhannya.

Sifat redha itulah yg harus diteladani. Orang biasa boleh sahaja sabar , tapi orang yg dekat dgn Allah, dia redha malah bersyukur atas setiap ujian.

Semuanya boleh dicapai dgn adanya rasa kehambaan dlm diri. Seorang hamba akan terima setiap suruhan & arahan tuannya tanpa byk soal. Kerana demikian fitrah hamba. Di samping itu, datangkan pula rasa bahawa kita ini punya Tuhan. Yang padaNya kita pohon & minta pertolongan. Jika sikap hamba membawakan sifat 'khauf/takut', rasa bertuhan pula memberi sifat 'raja'/harap'. Bila hati kita keras, agak mustahil utk mendapat rasa ini. Lebih menyedihkan, jiwa kita bertambah hitam & kosong, setiap kali dibebaskan dari ujian itu.

Alangkah beruntungnya sesiapa yg mempunyai sifat hamba & rasa bertuhan ini.

Ya-Allah, moga aku tergolong di kalangan orang sedikit itu, sungguh aku sedar masih jauh dari jangkauanku..

:: nota dari DSH, 17.9.11 ::

Sep 14, 2011

Not H1N1 but..

Alhamdulillah...baru dapat pengesahan Ahmad Ziyad tidak menghidap virus Influenza A H1N1 seperti yang disyaki oleh Dr.Mardziah Alias. Demam yang berpanjangan serta simptom-simptom lainnya, membuatkan Doktor 'expecting for the worst'.

Mujurlah, syukurlah....

Selain itu, Ahmad Ziyad turut menunjukkan simptom Ekzema seperti ruam, kemerahan, kulit kering dll.
Menurut Doktor, ia hanya muncul sekiranya sistem pertahanan / imunisasi sedang lemah.
Harapannya, ia akan dapat diubati & tidak berpanjangan.

Banyak yang kami belajar, banyak lagi yang kami belum tahu.

The stay continues...until when?
As a matter of fact, we really do not know.

Sep 13, 2011

Doctor vs Mechanic

Seorang mekanik bertemu dengan seorang doktor seraya berkata;
"Wahai Tuan Doktor, mengapa berbeza benar jurang gaji & penghargaan masyarakat antara kita. Sedangkan, tidak jauh beza kesukaran pekerjaan Tuan & saya. 


Jika Tuan menggantikan organ-organ yang rosak dengan yang lain, saya juga begitu. Tuan menggantikan jantung atau paru-paru yg rosak dengan organ yang didermakan, saya gantikan enjin rosak dengan yang baru.


Jika Tuan buat pintasan jantung (bypass surgery), saya pula mahir dalam membuat pintasan wayar (wire re-routing).


Malah, kerap kali juga Tuan Doktor melakukan 'trial and error' terhadap pesakit-pesakit. Saya juga berbuat demikian!


Lantas, tiada bezanya antara kita. Para mekanik patut mendapat pengiktirafan sebaik para doktor."

Jawab si Doktor; 
"Baiklah. Untuk setiap prosedur & masalah yang Tuan sebutkan tadi, cuba Tuan lakukan ketika enjin kereta itu sedang berfungsi!!"

++++++++++++

Day 2 (13 Sept'2011 @ 15 Syawal 1432H)

Pada awalnya, Ahmad Ziyad disyaki menghidap radang paru-paru (pneumonia - pronounced as n(y)oōˈmōnēə)

Masuk hari ke-2, demam & batuk masih belum surut. Barangkali antibiotik masih belum berfungsi sepenuhnya. Sebentar tadi, sampel 'throat swab' (bayangkan siri CSI, nak ambil sampel DNA melalui sampel air liur) diambil. H1N1? Nauzubillah..

Harap-harap segalanya akan kembali normal..
Maafkan Abi ye Ziyad. Mungkin Abi masih belum cukup usaha, ikhtiar, doa & tawakal.

"Dan apabila aku sakit, Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku." (Al-Syu'ara - 26:80)



Sep 12, 2011

Another Déjà Vu

After 2 years plus...we are here, again.

Not much changes physically, but it triggers me, emotionally...

Ahmad Ziyad, semoga lekas sembuh
Abi, Ummi & Kakak miss your smile, sweetie...



Sep 11, 2011

Looking For That ...

Kian cuba memahami hakikat..

Tak semua yg kita hajatkan Allah akan segerakan.
Ia bergantung kepada beberapa asbab..

Mungkin dilengahkan kerana tidak elok utk kita.
Mungkin di 'sana' ganjarannya lebih berlipat ganda.

Atau mungkin sahaja ada 'sesuatu' yg masih belum beres.

Ya, ibarat sebuah rumah yg bocor tatkala hujan..
Tentu ada lubang yg mungkin sebesar lubang jarum, namun bisa jua membasahi seluruh rumah..

Carilah urusan yg belum beres itu.

Jika dosamu pada Allah, taubatlah dgn sesungguhnya.
Andai berdosa dgn manusia, maka mohonlah ampun & kesilapan lalu..



Sep 7, 2011

One of the Hardest Things To Do

Bukan mudah utk mengakui kesilapan. Tambahan pula sekiranya dengan pengakuan salah kita itu lebih membawa banyak kerugian berbanding kebaikan.

Mendengar berita tentang Honda Recall baru2 ini mengingatkan aku tentang Toyota yang satu ketika dahulu turut mengejutkan orang ramai dgn upacara recall besar-besaran. Sehingga diabadikan dalam Wikipedia. Boleh baca di sini.

Sebagai salah seorang yg terlibat secara langsung dlm bidang automotif, aku amat memahami tentang kepentingan sebiji skru yg tidak dipasang mampu membawa kematian.

Lantas, tindakan recall sebenarnya sesuatu yg sangat mulia. Berani mengaku salah walaupun berdepan dgn kritikan & kerugian yg bukan sedikit.

Itu sesungguhnya jauh lebih baik daripada menuding jari menyalahkan orang lain atas setiap kesilapan yang berlaku.

Moga dapat jadi iktibar bersama.


Sep 6, 2011

Post Mortem

Tak sukar nak menilai sama ada amalan2 kita yg berkobar2 semasa Ramadhan, adakah benar2 membawa kesan terhadap hidup kita..

Hari ini, saat ini, masihkan ada semangat itu?

Sep 5, 2011

Back to Office

Selamat kembali bertugas..
Pastinya mood raya masih terasa..

Aku pulak, masih meneruskan cuti lagi sehari..
Tak sanggup nak meredah jem hari Ahad. Nak blk awal, it isn't me..
Time raya, memang aku raya se'sakan'nya. Malas pulak nak masuk ofis esok..hehe..

Bukannya apa, susah nak pegi rumah sedara2 kalau bukan time raya.
Bila masa yg orang tak marah kalau kita dtg umah pagi2, tgh2 hari buta ataupun 10-11pm..

Walaupun begitu, aku sudah mulai belajar menjiwai perasaan tuan rumah.
Lebih empathetic...

Syawal kali ini, penuh cerita suka duka..
Mudah-mudahan aku akan ambil iktibar & hikmah setiap satu...

Semalam, berhasil berkunjung ke rumah ustazah Rubiah..
Beliau mengajar aku bahasa Arab dari Tingkatan 1-3 (1993-1996)
Atas kapasiti sebagai guru tingkatan & aku pernah pula menjadi ketua darjah, hubungan kami agak akrab. Beliau banyak juga menegur aku bukan sekadar dalam matapelajaran yg diajar..
Tentang keperluan menutup aurat (masa aku bermain bolasepak utk team sekolah).
Berkenaan tanggungjawab sebagai anak, sebagai ketua yg dilantik.

Besar impak seorang guru, terutama utk murid2 yg baru nak mengenal dunia.

Mudah-mudahan generasi yg kita lahirkan, akan dididik oleh guru2 yg soleh & solehah..
agar Islam akan lebih dijulang, Amin..


Sep 2, 2011

Indahnya Kenangan Dahulu

Benarlah kata orang, syahdunya Aidilfitri kerana ketika itulah terimbau memori lama. Terimbas segala rasa yang terpendam dalam hati, suka & duka.

Aku tidak terkecuali.

1- Ketika sahur, Mak sentiasa akan pastikan anak-anaknya bangun. Bimbang tidak larat di siang hari. Milo panas Mak adalah hirupan wajib utk aku...
Semasa kami tidak lagi tinggal bersama, Mak sering risaukan aku yang lebih cenderung bersahur dgn roti & kadang2 hanya kurma. "Kenapa tak makan nasi, Ee?"

2- Mak cukup suka bila aku mengaji kuat2. Pernah juga Mak mintak aku mengaji sebelahnya masa aku nak baca Quran dalam bilik. "Ee, Mak nak dengar. Duduk sini je.."

3- Ketika kami di Tenggaroh 6, aku & Mak buat karipap sardin utk jualan. Hari pertama, licin..Hari kedua, banyak pula lebihannya. Hari ketiga, tak buat terus selamanya.
Ayah pun, kalau nak makan karipap, memang kene tunggu aku ade kat rumah. Akulah tukang 'torak'nya. Selalu Mak komplen kalau orang lain yg torak, pasal kulit tebal/nipis sangat..Selalunya ungkapan biasa dalam telefon, "Ee balik minggu ni kite buat karipap sardin"

Sesuatu yang aku ingin belajar dari Mak tapi failed, nak 'klim' tepi tu. Mak buat sangat kemas. Pernah jugak aku beli acuan yg dah siap tu, tapi Mak tak suka. Mak sangat teliti. Mak suka klim sendiri.

4- Baju raya, Mak yang tolong tempahkan. Kiranya tiap2 kali raya, tak perlu bimbang.
Tahun ini, utk pertama kalinya aku tempah sendiri. Masih dengan tailor yang sama. Harus bagaimana aku tidak terkenangkan arwah Mak...

5- Aku ni kalo beraya, bole kata kategori extreme..siap tido umah org lagi.
Mak memang paling bising kalo time time raya. "Tak ingat rumah"..
Ada sekali tu, aku beraya sakan sampai tgh malam. Akibat ngantuk sgt, aku tido sekejap kat Petronas, sampai la Mak tepon tanya aku kat mana!
Rupa2nya, Petronas tu betul2 kat sebelah tanah perkuburan kat Bakri Bt.6!!

Kini Mak sudah tiada lagi.
Mudah-mudahan saban tahun akan lebih kuat ingatanku padanya & bertambah doa2ku kepada arwah. Moga dimakbulkan Allah jua..Amin..

Aug 24, 2011

Usah Dicari Tanda, Jiwailah Maknanya



Selama 20 tahun lebih aku berpuasa, antara hari yang dirai adalah kemunculan malam yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam yang berpuasa.
Benar, tidak semua yang berhasil memperolehnya. Malah, ada juga yang tidak ambil 'pot' langsung tentang kepentingannya. Barangkali puasa itu sendiri tidak mendatangkan 'zouk' & rasa yang sepatutnya. Tinggallah puasa itu sekadar lapar & dahaga (diri ini tidak terkecuali).

Mungkin sedari kecil, sudah digembar-gemburkan oleh cikgu-cikgu tentang 'ajaib'nya malam itu. Pokok akan bersujud. Air sungai berhenti mengalir & bermacam2 lagi.
Tatkala pagi pula, hari mendung. Suasana hening & tenang. Senarainya panjang...

Antara kelaziman aku sendiri, utk memerhatikan sekiranya terdapat tanda2 terjadinya malam Al-Qadr itu. Ternyata, jika ditanya kepada 10 orang, kemungkinan kesepuluh itu memberikan hari yg berbeza-beza.

Pernah aku berkongsi suatu ketika dahulu tentang pendapat Imam Al-Ghazali berkenaan hari-hari kemungkinan berlakunya malam itu. Ada pertikaian tentangnya. Namun, siapalah kita nak dibandingkan dengan  ilmu & amalan beliau. Ada juga pendapat, seperti HAMKA yang menyatakan bahawa malam ini sudah tidak ada lagi. Hanya terjadi ketika turunnya Al-Quran. Wallahua'lam..

Apapun yang kita yakini, pastinya keampunan Allah yang kita cari.

Tidak salah dengan 'curiosity' kita dengan tanda2 terjadinya malam itu. Namun, apa yang paling penting ialah untuk kita terus-terusan berusaha mengharapkan agar Allah menemukan kita dgn malam itu.

Jika kita sekadar yakin bahawa malam tadi (atau malam2 lainnya) terjadinya Lailatul-Qadar berdasarkan tanda-tanda, tanpa kita berbuat apa-apa amalan yang dituntut & menurut sunnah Rasulullah..ia tidak akan mengubah apa-apa.

Berbaki beberapa hari ini, tidak ada istilah terlalu lambat untuk kita berusaha meraih redha & pengampunan Allah. Insya-Allah..

Wallahua'lam...